Khamis, 29 Mac 2012

S. Nallakaruppan

Ini bukan dari filem Sivaji The Boss

DIA adalah rakan bermain tennis dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bekas pengerusi Magnum semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan.

Sudah meringkuk dalam penjara. Selepas dibebaskan masih terus bersama Anwar dalam PKR.

Entah apa yang tidak kena kini S. Nallakaruppan menjadi musuh nombor wahid pada bekas rakan dan sahabatnya itu.

Tuduhan beliau terhadap Anwar sebagai seorang pengamal biseksual dan sebagainya adalah satu tuduhan berat dan serius. Keberaniannya melontarkan tuduhan secara terbuka dan sanggup berdepan di mahkamah menarik perhatian ramai. Bukan itu sahaja Nalla mahu Anwar membawanya segera ke mahkamah bagi membolehkannya membuktikan segala tuduhannya.

Soal tuduhan adalah "secondary". Yang "primary"nya ialah keberaniannya melemparkan tuduhan. Sedangkan dia tahu jika segala tuduhannya tidak benar, maka akibatnya amatlah buruk di sisi undang-undang. Dia bakal meringkuk sekali lagi di penjara.

Nalla bukan hero filem Tamil seperti dalam filem Sivaji The Boss. Dia seorang bertaraf senator. Apa pandangan negatif masyarakat terhadapnya tidak penting. Apa yang penting mengapa beliau begitu berani dan sanggup ke mahkamah untuk membuktikan segala tuduhannya.

Nampaknya, Anwar yang bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri akan terus dihantui Nallakaruppan sepanjang karier politiknya. Melainkan Anwar membersihkan imej dan kredibilitinya pada masyarakat awam bahawa beliau seorang bukan sahaja bersih tetapi kelihatan bersih dan berintegriti.

Bola ada di kaki Anwar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan