Selasa, 13 Mac 2012



Dari Iran Cartoon...



IRAN tidak berganjak dalam isu program nuklear negaranya dalam menghadapi ancaman dan sekatan dari Amerika dan sekutunya, terutama Israel. Rejim Israel tidak akan rasa selamat selagi tiada usaha menghalang Iran dari terus membina senjata nuklearnya.

Presiden Barrack Obama lebih berhati-hati dalam menangani isu ini dengan mengambil jalan rundingan dan sekatan bagi menyekat Iran. Israel pula lebih memilih menerusi cara ketenteraan dengan melancarkan serangan ke semua tapak loji nuklear Iran.

Obama tahu sekiranya Iran diserang ia berkeupayaan menyerang dan bertindak balas ke sasaran dan kepentingan Barat di Eropah. Ini tentunya akan membawa kemusnahan seluruh rantau.

Amerika dan barat menjangka melalui sekatan antarabangsa terhadap Tehran ia akan memberi kesan untuk jangka panjang. Namun, Obama, baru-baru ini menegaskan dihadapan para pelobi Yahudi dalam kempennya ke White House untuk penggal kedua berikrar akan mempertahankan Israel dan pilihan menggunakan ketenteraan terhadap Iran masih terbuka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan