Penyerang import paling berkesan
TERENGGANU bertuah kerana memiliki pemain import yang telah banyak memberi sumbangan pada pasukan itu.
Dengan pasukan-pasukan lain dalam Liga M bergelut dengan masalah pemain import mereka yang tidak mencapai kualiti yang dikehendaki, malah hanya menjadi penumpang - penyerang dari Liberia, Francis Forkey Doe menjadi "ayam tambatan" pada Sang Penyu.
Setiap kali turun padang Forkey Doe telah memberi komitmen seratus peratus dalam membantu pasukannya. Tidak ada yang mencemuhnya baik dari jurulatih Mat Zan dan para penyokong setia Peteh.
Forkey sendiri meluahkan betapa dia gembira tinggal di Terengganu dan tertarik dengan suasana di negeri itu. Sehingga baru-baru ini beliau terpaksa menolak panggilan mewakili negaranya, Liberia dalam kejohanan antarabangsa. Baginya beliau mahu memberi tumpuan pada pasukan baru yang diwakilinya.
Sebelum ke Terengganu, Forkey telah bermain di kelab-kelab meliputi Afrika, Eropah dan Timur Tengah. Sumbangannya yang terbaru ialah membantu Terengganu menyingkirkan pasukan dari Singapura, Lions XII dalam perlawanan suku akhir Piala FA.
Walaupun Forkey tidak menjaringkan gol dalam perlawanan itu, namun prestasinya dikagumi para penyokong dan pihak lawan.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said sebagai penyokong nombor satu Penyu tidak bercadangkah untuk membantu memberi kerakyatan bertaraf permastautin tetap pada Forkey ? Alang-alang jadi rakyat Terengganu boleh terus wakil pasukan Harimau Malaya ?
Indonesia dan Singapura telah melakukannya. Begitu juga dalam dunia badminton negara bila Presiden BAM, Datuk Nadzmi berusaha mendapatkan taraf penduduk tetap pada Rexy Manaiky, jurulatih dari Indonesia.
Datuk K.Rajagopal tentu senyum mendapat pemain penyerang seperti Forkey Doe.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan