Isnin, 7 Disember 2015

Siapa Yang Auta, Datuk Seri ?

PERDANA MENTERI Datuk Seri Najib Razak ketika berucap dihadapan para mahasiswa mengulangi pendiriannya selama ini bahawa 1MDB belum rugi lagi. Masih ada aset dengan terjual semua pegangannya 100% dalam aset tenaganya kepada pihak China General Nuclear Power Corp. bernilai RM 17 billion.

"Nampak boleh selesai", katanya.

PM Najib dengan nada optimis percaya segala permasalahan 1MDB yang sarat dengan hutang mencecah RM42 billion itu dapat diselesaikan sedikit masa lagi. Beliau menolak segala tuduhan pihak pembangkang terhadap syarikat pelaburan kerajaan itu. Dan menganggap pihak pembangkang sengaja memainkan persepsi negatif terhadap 1MDB.

PM Najib Razak

Najib berkata lagi, kalau kerajaan bentang fakta, pembangkang akan kalah. Kalau bentang logik pun kalah. Kalau lawan dengan rasional pun pembangkang akan kalah. Najib berkata lagi, pembangkang bukan lawan dengan fakta tetapi lawan dengan auta.

Apakah betul kenyataan Najib itu bahawa segala isu dan fakta berkaitan 1MDB yang ditimbulkan pihak pembangkang termasuk daripada negarawan Tun Dr Mahathir Mohamed adalah auta belaka ?

Atau PM Najib sendiri yang banyak auta ?

Sampai bilakah Najib hendak saman The Wall Street Journal dan Sarawak Report yang telah mendedahkan banyak laporan tentang penyelewengan 1MDB dan kewujudan akaun peribadinya yang disalurkan wang sebanyak RM2.6 billion ?

Apakah para peguam Perdana Menteri masih belum menerima apa-apa arahan tindakan selanjutnya ? Kenapalah mengambil masa terlalu lama sekiranya pendedahan laporan itu adalah auta ?

Kenapa susah sangat PM hendak memberi penjelasan atau jawaban terhadap segala isu dan tuduhan yang dilemparkan ? Kenapa diambil tindakan terhadap mereka yang cuba mempersoalkan isu berkaitan 1MDB ?

Kenapa payah sangat PM Najib memberi penjelasan di Parlimen dalam isu ini agar semua orang jelas dan mendapat pencerahan ? Sebaliknya dia menyerahkan pada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Zahid Hamidi menjawab bagi pihaknya. Itu pun Zahid menjawabnya hanya dalam masa tiga minit !!

Siapa yang auta, Datuk Seri ??

Kenapa Datuk Seri tidak berani berdepan dalam Parlimen menjawab segala isu yang ditimbulkan ? Kenapa hanya berani berucap dihadapan para mahasiswa yang tentunya telah dipilih dan disaring sebelum menghadirinya ?

Sekiranya semua fakta disebelah sana semua auta tolonglah berikan jawaban dan penjelasan secara terang bagi menyakinkan rakyat bahawa Datuk Seri bukan auta.

Janganlah hanya pakai slogan "Nothing 2 Hide" tetapi tidak mengamalkannya.

Jangan bersembunyi "behind the bush", Datuk Seri !!






Tiada ulasan:

Catat Ulasan