Baghdad menjadi tuan rumah
BUAT kali pertama dalam masa 20 tahun Iraq menjadi tuan rumah persidangan Liga Arab yang kini sedang berlangsung di kota Baghdad.
Hanya 10 pemimpin negara hadir dari 22 negara anggota. Antara isu menjadi tumpuan utama persidangan ialah krisis di Syria dan kerjasama ekonomi serantau.
Menurut agensi satelit AlJazeera, semasa Presiden Iraq, Jalal Talabani sedang berucap merasmikan persidangan telah berlaku beberapa letupan bom berdekatan dengan lokasi pertemuan.
Disahkan juga letupan berlaku tidak jauh dari kawasan Zon Hijau; kawasan yang dianggap selamat. Ramai penduduk Iraq memandang sinis keperluan persidangan ini diadakan di Baghdad; memandangkan negara itu kini masih bergolak dan keamanan belum pulih sepenuhnya.
Apakah yang dapat dicapai dalam persidangan ini sedangkan Perdana Menteri Iraq, Nouri Al Maliki yang mewakili majoriti Syiah masih belum berhasil menghentikan pertelingkahan yang semakin berlarutan di kalangan rakyatnya.
Liga Arab hanya memperlihatkan pada dunia bahawa ia sebuah pakatan yang tidak relevan dan berkesan pada dunia Islam, lebih-lebih lagi pada umat Islam yang tertindas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan