Selasa, 13 Mac 2012



Iraq kini musnah


KOTA Baghdad bukan lagi sebuah kota 1001 malam. Selepas pencerobohan tentera asing pada 2003 yang diterajui Amerika dan Britain kini Iraq semakin mundur kebelakang jika dibandingkan semasa era regim Saddam Hussein.

Semasa era Saddam semua puak dan mazhab Sunnah, Syiah, Yahudi dan lain-lain hidup aman damai dan tidak berlaku pembunuhan antara satu sama lain.

Tetapi setelah Saddam tumbang dan kehadiran tentera asing di bumi Iraq mereka saling bertelingkah dan berbunuhan.

Tentera penceroboh telah berjaya melaksanakan dasar pecah dan perintah bagi memudahkannya menguasai hasil minyak yang merupakan matlamat utama Amerika dan Britain menceroboh bumi Iraq.

Dengan hanya beralasan Saddam mempunyai dan menyimpan senjata kimia dan biologi, George Bush dan Tony Blair telah berjaya melaksanakan rancangan mereka. Walaupun pihak IAEA telah mengesahkan Saddam tidak memiliki senjata merbahaya itu - mereka tidak menghiraukannya.

Rakyat Iraq terus menderita dalam suasana negara yang tidak stabil dan kacau bilau. Walaupun ianya mempunyai sebuah kerajaan melalui pilihanraya, namun ia gagal memberi keamanan dan kemakmuran pada rakyatnya.

Suatu masa Iraq lebih hebat dari Qatar dan tidak seburuk di Darfur, Sudan. Tetapi kini ia tidak lebih baik dari keduanya. Rakyat Iraq merindui masa lampau dan keindahannya. Sebahagiannya mengakui Iraq tidak punya masa depan.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan