Presiden Umno, Zahid Hamidi telah menyerahkan tugasnya sebagai Presiden parti pada Timbalannya, Mohamed Hasan. Manakala jawatan Timbalan Presiden diambil alih Ismail Sabri Yaakob yang merupakan Naib Presiden paling kanan.
Zahid tidak meletakkan jawatan sebagai Presiden parti tetapi hanya Mohamed Hasan mengambil alih tugas-tugas Presiden. Ertinya, Zahid tidak lagi berkuasa di atas semua pentadbiran dan perjalanan parti.
Ini ekoran suasana dan perkembangan dalam parti selepas Pru14 memperlihatkan Zahid gagal menjadi Presiden parti yang berkesan dalam membawa parti kembali bangkit setelah rebah di Putrajaya.
Zahid bukan sahaja gagal sebagai Presiden malah menghadapi kes salah guna kuasa dan pecah amanah di mahkamah.
Zahid enggan letak jawatan sebagai Presiden walaupun didesak berbagai pihak dan ugutan daripada para pemimpin yang mahu keluar parti sekiranya beliau tidak berundur.
Jadi langkahnya menyerahkan tugas Presiden pada Timbalannya dan dia tidak meletakkan jawatan hanyalah langkah mahu menjaga maruah dan air mukanya sahaja.
Pada hakikatnya beliau kini sudah tidak ada apa-apa lagi walau pun pada kertasnya dia masih kekal jawatan Presiden.
Yang sebenarnya kedudukan beliau itu hanya menunggu masa sahaja. Pada masa dan ketika beliau tiada pilihan melainkan terpaksa melepaskan jawatan Presiden Umno.
Tidak mungkin dan mustahil Zahid akan kembali memikul tugas Presiden semula pada masa mendatang.
Semua orang tahu kemampuan dan prestasi Zahid semenjak beliau menggalas jawatan Presiden Umno. Tiada pembaharuan atau pembaikan ke atas parti yang dilakukannya.
Yang ada hanya retoriknya yang mahu bercantum dengan parti Pas. Itu sahaja agenda Zahid.
Justeru Zahid menjadi Presiden Umno paling singkat mempunyai kuasa dalam sejarah parti.
Ini semua tidak lain kerana beliau telah gagal dan tidak layak menjadi Presiden bagi sebuah parti besar seperti Umno.
Dan kini tumpuan beralih pada Mohamed Hasan yang menggantikan Zahid. Apakah Hasan akan menerima nasib sama seperti Zahid? Atau dia mampu untuk tidak mengulangi kelemahan Zahid dalam tugasnya memulih dan membangkitkan kembali Umno yang hampir punah itu.
Namun apa pun tanggungjawab Hasan cukup berat.

Zahid Hamidi |

Mohamed Hasan |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan