Ahad, 25 Jun 2017

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

Pada hari raya semasa menjamu selera jangan terlalu ikut nafsu dengan makan dan minum secara berlebihan. 

Makan dan minumlah dengan sederhana.  Paling penting jangan makan sehingga terlalu kenyang. 

Berhati-hati pemakanan yang terlalu manis dan berlemak kerana ia adalah punca segala penyakit. 

Pendek kata kurangkan gula dan makanan berlemak. 

Ingat fikiran yang cerdas adalah dari tubuh badan yang sihat.

Akhir sekali berhati-hatilah dijalanraya. Pandulah dengan cermat.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan