Rabu, 21 Jun 2017

Dato Senator Pemakan Dedak

SAYA tidak tahu nak ketawa atau berduka bila terbaca posting dalam Fb seorang Senator merangkap Ketua Bahagian Umno, dalam usahanya mempertahankan parti dan pimpinannya dalam isu semasa.

Postingnya ringkas saja dalam lebih kurang 5 hingga 7 baris ayat.

Dia seorang senator berkelulusan ijazah di universiti.  Tapi postingnya tidak menggambarkan dia seorang yang berfikiran inteligen dan intelek.  Ayat pun huru hara,  tak ada noktah dan koma.  Main sodok jer... haha...

Itu tak mengapa lah mungkin saja dia mahu simple kan benda yang kompleks.



Tapi yang yang peningkan saya ialah tidak mampunya dia menjawab,  memberi penjelasan serta hujah yang bernas bila pengkomen2 mula hujah balas dan bertanya soalan isu-isu semasa yang berbangkit.

Bukan saja tak mampu berhujah malah ada soalan yang tidak terjawab langsung.  Apa hal ini Dato? Malulah pada budak-budak dalam Fb itu.

Nampak sangat Dato Senator itu tidak mempunyai pengetahuan yang cukup.  Jelas Dato ini memang malas membaca.  Asyik main Fb jer barangkali.

Kalau inilah standard Dato,  Senator dan Ketua Bahagian parti macam ini apa lah yang hendak diharapkan terutama generasi muda yang menjadi ahli dan pengikutnya?

Dan ini kah level penyokong tegar Presiden parti?  Mungkin ini kah yang dikatakan pemakan dedak tegar sehingga tumpul dan tertutup minda?

Saya sengaja tidak mahu sebut namanya.  Mahu jaga maruah dan aibnya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan