Khamis, 28 Ogos 2014

Tun Musa Hitam dengan klon Dr Mahathir


TUN Musa Hitam exTimbalan Perdana Menteri ( 1981-1986) menyindir Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Tun Musa berkata, hanya klon Dr Mahathir sahaja yang layak menjadi PM dan berkuasa di Putrajaya.

Tun Musa adalah Timbalan Perdana Menteri (TPM) pertama di bawah Dr Mahathir yang ketika itu lebih popular dengan gelaran kerajaan 2M. Tetapi Tun Musa tidak lama dalam kerajaan kerana tidak sehaluan dan mempunyai banyak perbezaan pendapat dengan Dr Mahathir.

Akhirnya, Tun Musa meletakkan jawatannya sebagai TPM tetapi terus kekal sebagai Timbalan Presiden Umno.
Tun Musa Hitam

Tindakan Tun Musa itu sebenarnya lebih bersifat strategi politik. Dia berundur daripada kabinet dengan muslihat mendapat simpati para ahli Umno untuk menyokongnya dalam menghadapi Dr Mahathir.

Sekiranya Tun Musa benar-benar mahu berundur dan melepaskan jawatannya, seharusnya dia juga melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden parti sekali gus. Tetapi itu tidak berlaku.

Dan ini terbukti bila dia berpakat dengan Tengku Razaleigh Hamzah(Ku Li) menjadi regunya melawan pimpinan Dr Mahathir yang ketika itu mengambil Almarhum Tun Ghafar Baba sebagai timbalannya menggantikan Tun Musa.

Tetapi Tun Musa cerdik. Dia tidak menentang Dr Mahathir dan bertanding jawatan Presiden Umno. Tetapi dia berjaya mempengaruhi Ku Li agar bertanding menentang Dr Mahathir dan manakala dia terus mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden Umno melawan Tun Ghafar.

Almarhum Tun Ghafar bersama Dr Mahathir


Tun Musa tahu yang dia tidak akan menang bertanding melawan Dr Mahathir. Sebab itu dia tolak Ku Li, kononnya yang sering diucapnya dalam kempen-kempen sebagai boss nya yang baru.

Strategi Tun Musa adalah " killing two birds with one stone ". Ertinya, dalam konteks pertandingan pucuk pimpinan Umno ketika itu - dia dan Dr Mahathir menang dan kekal sebagai Presiden dan Timbalan Presiden. Manakala Ku Li dan Tun Ghafar akan tersingkir dari pucuk pimpinan parti. Dan ini sekali gus memberi petunjuk bahawa dia mendapat sokongan para ahli parti dan seterusnya bakal pengganti Dr Mahathir.

Namun itu tidak berlaku. Sebaliknya, dia dikalahkan oleh Tun Ghafar di jawatan Timbalan Presiden parti dengan majoriti 40 undi. Ku Li juga tewas dengan Dr Mahathir dengan majoriti yang sama.

Justeru itu sehingga kini perang dingin Tun Musa dengan Dr Mahathir belum reda. Seolahnya dendam politik masih belum terlunas. Pada era Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tun Musa boleh dianggap sebagai Penasihat tidak rasmi pada pentadbiran Pak Lah di Putrajaya. Kendati Pak Lah sememangnya dari dulu dikira sebagai "orang Musa" berbanding "orang Mahathir".

Jadi semasa Dr Mahathir mengkritik dan menyerang pimpinan Pak Lah, Tun Musa penuh setia berada dibelakang Pak Lah. Dan ketika Dr Mahathir mengambil keputusan keluar dari Umno sebagai satu protes simbolik terhadap pimpinan Pak Lah - Tun Musa telah berkata, telah terkeluar duri dalam daging (maksudnya Dr Mahathir) dalam parti Umno.

Tetapi ternyata politik Dr Mahathir lebih menyengat dengan jatuhnya Pak Lah dan kembalinya semula sebagai ahli Umno dibawah pimpinan Najib. Tun Musa terus diam membisu dengan perkembangan itu.

Dan kali ini Tun Musa bidas lagi Dr Mahathir lantaran kritikannya terhadap Najib. Namun begitu Tun Musa tidak pun menjawab satu persatu fakta-fakta yang dilontarkan Dr Mahathir mengenai kelemahan Najib sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri. Dia hanya kata hanya klon Dr Mahathir sahaja yang dapat menjawab segala ketidakpuasan hati negarawan itu sebagai penggantinya.

Sebagai seorang peminat terhadap kedua tokoh besar Umno ini, saya lebih melihat Tun Musa sebagai seorang opporcunis politik yang mengamalkan politik kura-kura. Manakala Dr Mahathir sebagai seorang politikus yang konsisten dengan pendirian kritikal dan ketegasannya sejak zaman Tunku Abdul Rahman lagi.

Selasa, 19 Ogos 2014

Dr Mahathir tegur Najib


PADA 2008 dan 2009 bila Tun Dr Mahathir Mohamad menyerang dan mengkritik Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) semua parti pembangkang di negara ini menyokong dan mempertahankan Pak Lah.
Ia termasuklah bekas Pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh. Parti Isle, Pas pis pus juga tidak ketinggalan. Mereka semua sepakat membela Pak Lah.

Agak pelik pembangkang begitu bersungguh-sungguh mempertahankan Pak Lah yang ketika itu Perdana Menteri dan Presiden Umno dari kritikan Dr Mahathir. Dr Mahathir membidas pimpinan Pak Lah kerana orang tua itu mengira stail pimpinan Pak Lah lemah dan boleh merosakkan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Tun Dr Mahathir Mohamad

Parti pembangkang pula sibuk membela Pak Lah kerana sedang berkira-kira mahu mengambil kesempatan di atas kelemahan Pak Lah dan menjatuhkannya dalam PRU12, 2008, bagi menubuhkan kerajaan yang baru di Putrajaya.

Tetapi pada PRU12, 2008, Umno dan BN dibawah pimpinan Pak Lah tidak jatuh dan terus berkuasa di Putrajaya, walau pun kehilangan majoriti dua pertiga. Usaha pembangkang yang terdiri dari PKR, DAP dan Pas untuk berkuasa dan menjatuhkan Umno/BN pimpinan Pak Lah gagal.

Selepas PRU12 selesai Dr Mahathir terus meningkatkan serangan dan kritikannya terhadap Pak Lah sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri. Sehinggalah Dr Mahathir mengambil langkah politik dengan keluar dari Umno sebagai tanda protes kerana Pak Lah enggan berundur.

Langkah itu berkesan dan memberi impak besar terhadap kedudukan Pak Lah yang akhirnya terpaksa menerima tekanan dan berundur sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri pada 2009.

Ironinya, dalam PRU12 pihak pembangkang yang di ketuai Anwar Ibrahim dan dibantu rakan-rakan lain seperti Karpal Singh, Lim Kit Siang, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, Tok Guru Abdul Hadi Awang dan lain-lain tidak berjaya dan tidak mampu menjatuhkan Pak Lah. Mereka cuma berjaya mengurangkan majoriti dua pertiga yang sering dikuasai kerajaan sejak merdeka.

Tetapi Dr Mahathir dengan kelasnya yang tersendiri telah berjaya memainkan peranan sehingga Pak Lah tidak punya banyak pilihan selain berundur dan meletakkan jawatan. Tidak ada sesiapa boleh menafikan di dalam dan di luar Umno, perletakkan jawatan Pak Lah adalah dari usaha dan gerakkan Dr Mahathir.

Justeru itu jangan lah marah kalau saya katakan, Anwar, Kit Siang, Nik Aziz, Hadi dan lain-lain masih belum sampai tahap dan standard yang ada pada Dr Mahathir dalam bidang politik. Mereka semua masih lagi berada ditahap standard kampung ! Jangan marah ya !!

Dan terkini Dr Mahathir secara berterus terang menegur pula Perdana Menteri, Najib Razak di atas segala kelemahannya dalam mentadbirkan negara selepas lebih setahun PRU13 berlalu. Dia menegur cara Najib menguruskan ekonomi negara, penghapusan Akta ISA dan langkah-langkahnya yang banyak merosakkan hubungan antara kaum dan sebagainya.

Tetapi seperti kata Dr Mahathir, kritikannya ini bukan peribadi tetapi demi kepentingan Umno dan negara keseluruhannya. Sebab itu jugalah dia tidak mendesak Najib agar meletakkan jawatan dan dia pun tidak membayangkan yang dia akan keluar dari Umno.

Setakat ini sikap Dr Mahathir itu dapatlah dibayangkan yang dia mahu Najib melakukan perubahan dan mengatasi kelemahan sebelum PRU14 yang dijangka tidak lewat 2018. Najib serta lain-lain pimpinan Umno perlu mengambil teguran Dr Mahathir secara positif untuk kebaikan parti.

Mereka tidak perlu "over" dalam tindak balas dari teguran negarawan itu. Yang pasti tegurannya itu adalah ikhlas mahu melihat Umno kembali kuat sebagai parti yang bermaruah.  Orang Umno perlu menerima hakikat maruah Umno kini sedang berada ditahap paling bawah dalam sejarah Umno.

Apa yang pasti dengan perkembangan ini, parti PKR, DAP dan Pas pis pus akan menangguk di air yang keruh dan mengambil sikap mempertahankan Najib dari serangan dan kritikan Dr Mahathir.



Ahad, 17 Ogos 2014

Ulama dalam Pas kena akur

PARTI PAS dan ahlinya boleh terus gembira dan rasa lega dengan keputusan partinya untuk kekal dalam Pakatan Rakyat dan bersetuju dengan PKR dan DAP mengenai calon MB Selangor yang baru menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Tetapi hakikat yang perlu diakui sepanjang krisis MB Selangor ini imej Pas sebagai parti Isle telah terjejas dan tercedera teruk malah hancus !

Apa tidak hancus nya; ia telah mendedahkan :

1- Presiden parti tidak tegas dan buat U turn dari pendirian asalnya
2- Majlis Syura Ulama tiada kuku dan taring
3- Parti lembab dan lambat buat keputusan dalam isu yang perlu disegerakan
4- Mendedahkan parti berpecah dalam dua kumpulan; konservatif dan profesional
5- Presiden dan pemimpin ulama dalam parti tidak menerima Anwar Ibrahim sebagai calon PM
6- Kaum Cina sudah pantang haram untuk mengundi calon Pas dalam PRU 14
7- Cadangan ' Unity Gomen' dengan Umno dalam kalangan pemimpin Pas belum mati
    ( Kalau anda ada poin lain boleh tambah lah sendiri ! )
Lim Guan Eng, Anwar dan Mat Sabu di mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan


Justeru itu krisis politik Selangor telah banyak merugikan Pas. Dalam konteks ini, saya bersetuju dengan pendapat Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa bahawa Pas sekiranya diibarat keretapi ia hanyalah gerabak dan bukannya lokomotif. Pas memerlukan masa 30 tahun bagi membolehkannya memintas Umno.

Melainkan Pas sama ada konservatif atau profesional perlu mengemudi parti tanpa ada ganguan dan campurtangan antara dua kumpulan itu. Hanya satu sahaja. Satu kumpulan lagi perlu mengundur diri bagi melicinkan perjalanan parti.

Pas tidak boleh berpura-pura mereka tidak berpecah sedangkan pada hakikatnya masing-masing kumpulan mempunyai arah tuju parti sendiri.

Dalam hubungan ini jelas puak profesional lebih menguasai parti berbanding kumpulan ulama.
Kumpulan profesional di ketuai Timbalan Presiden Mat Sabu,
                                                 Husam Musa
                                                 Mahfuz Omar
                                                 Dr Dzulkifly Ahmad
                                                 Hanipa Maidin, Khalid Samad,
                                                 Kamaruddin Jaafar dan lain-lain. Semuanya tak pakai serban.

Kumpulan ulama pula tidak perlu disenaraikan kerana mereka mudah dikenali; berjubah dan berserban.

Bukti terbaru kumpulan ulama yang diketuai Presiden parti Abdul Hadi, akur dan tunduk pada kumpulan profesional ialah pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat petang tadi, Pas diwakili Timbalan Presiden, Mohamad Sabu. Hadi tidak kelihatan. Kenapa beliau tidak hadir dan menghilangkan diri?

Tidak payah untuk membuat kesimpulannya. Hadi bersama pemimpin ulamanya telah hancus dan tenggelam dalam permainan politik kumpulan profesional.

Untuk para penyokong Pas - Takbir ! 3x.








Abdul Hadi Awang perlu berundur


PRESIDEN Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu meletakkan jawatannya sebagai Presiden parti ekoran keputusan partinya bertentangan dengan sikapnya sebelum ini dalam isu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Hari ini mesyuarat Ahli Majlis Kerja Pas Pusat telah sebulat suara bersetuju Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali dicalonkan sebagai MB Selangor yang baru menggantikan Tan Sri Khalid.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Sebelum ini Abdul Hadi telah mempertahankan Tan Sri Khalid sebagai MB dan menolak cadangan PKR untuk meletakkan Dr Wan Azizah sebagai MB yang baru. Sikap dan pendirian Hadi itu juga telah mendapat sokongan Majlis Syura Ulama Pas yang mengambil pendirian yang sama seperti Hadi menolak Dr Wan Azizah.

Ertinya, pendirian Hadi dan Majlis Syura Ulama telah ditolak sebulat suara oleh Majlis Kerja Pusat parti. Sebab itu jugalah bila mesyuarat berakhir, Hadi sebagai Presiden tidak hadir dalam sesi sidang akhbar dan media.  Ia digantikan dengan Timbalan Presiden, Mohamad Sabu. Hadi tidak mungkin sanggup menghadapi para media ekoran sikapnya yang bertentangan seperti mana keputusan parti hari ini.

Keputusan Pas hari ini tidak lain sebagai jalan bagi menyelamatkan Pakatan Rakyat dari terus berpecah dan ingin memberi petunjuk bahawa Pas akan terus bersama PKR dan DAP.

Tidak ada parti dalam dunia seorang Presiden terpaksa tunduk dan mengalah pada kehendak ahli majlis tertinggi parti dalam menyelesaikan sesuatu isu dihadapinya. Apakah dia layak untuk terus memimpin parti setelah partinya sendiri menolak sikap dan pendiriannya?

Sekiranya Hadi seorang politikus yang bermaruah dia tidak punya pilihan melainkan melepaskan jawatannya sebagai pemimpin parti. Tiada guna dia kekal di situ. Dia harus pergi. Itu sajalah langkah paling bermaruah yang ada pada Hadi.

Tidak mungkin dia mampu terus memikul memimpin parti sedangkan majoriti pemimpin tertinggi parti tidak setia dan berada dibelakangnya.

Di manakah kesilapan Hadi dalam menangani isu MB Selangor ini? Apakah dia terlalu cepat mengambil pendirian secara terbuka? Tetapi itu adalah haknya sebagai pemimpin. Mungkin kelemahannya ialah dia tidak mampu untuk mempengaruhi sebahagian besar pemimpin tertinggi parti agar seiring dan senada dengannya dalam isu ini.

Hadi pernah menyuarakan hasratnya untuk kembali ke laut menjadi nelayan - satu hobi yang diminatinya jika sampai masa dia meninggalkan dunia politik. Setelah partinya membuat keputusan hari ini, dia perlu pertimbangkan  hasratnya itu dengan serius!

Khamis, 14 Ogos 2014

Krisis politik Selangor punca dari "fulus"



Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula diberi elaun sebanyak RM Satu Ringgit. Macam mana lah dia tak mengamuk dan separuh gila! Hehehe....


Penasihat Ekonomi Negeri Selangor
p.s. Duit Satu Ringgit nak makan apa, weh??

Pantun Selamat Hari Merdeka ke 57



Pantun khas untuk umat Melayu




Untuk saudara ku Melayu yang dikasihi...

Hai Melayu!

rumahmu semua dibina indonesia,
ekonomi pula dikuasai cina,
golongan profesional semuanya india,
warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,
warga Nepal pula menjadi Jaga,
orang Bangla yang menabur baja,
orang pakistan usung karpet jaja merata,
lalu melayu ada apa?

harapkan ustaz, saling menyesat,
harapkan hiburan, lagi best filem barat,
harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat
harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,
harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!

Hai melayu!

masih mendabik menjadi tuan?
sibuk mahu menjadi tuan,
rupanya kerja kelas bawahan,
ditipu mentah orang atasan,
konon perjuangan ini untuk kalian!
kerja sikit, sembang kencang,
banyak rungut, sikit rancang,
siapa tegur, dituduh lancang
duduk warung, gigit kacang!

Hai melayu!

konon kau pantang dicabar,
konon kau tangkas menyambar,
tapi cuma indah khabar,
rentakmu makin lama makin hambar
kau melayu aku pun melayu,
aku menulis bukan cemburu,
aku mahu engkau tahu,
kenapa melayu tak macam dulu.....

Hai melayu!

jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,
bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya,
kau menjadi jaguh dunia bab ber gaya,

Hai melayu!

kau melaung-laung di jalan raya,
bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,
pada hakikat ia digadai kepada orang yang kaya!

Hai melayu!

kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,
bila dah kaya kau jadi puaka,
ini tandanya kau sudah derhaka!

Hai melayu!

sedarlah bangsa ku,
buka lah minda mu,
bersatulah bangsa ku,
kerana malaya bukan lagi milik mu !

aku pun melayu,

engkau pun melayu,

bodoh sombong harus di tepis,
riak, bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,
bersatulah melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,
kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa.....

SELAMAT HARI MERDEKA - MALAYSIA 57

(anda bangsa melayu ? anda kasihi bangsa dan agama mu? sila forward (whats app, facebook, email, dll) kepada semua saudara yang anda kasihi dan bersatu !)

.


Isnin, 11 Ogos 2014

Portraits from Sheikh Jarrah, East Jerusalem





Apa kata Anon tentang krisis politik Selangor






Anonymous Anonymous said...
PAS has no choice but to support PKR in this affair. MB Khalid has to go. Azizah, a doctor, will take over.

PAS leaving PR is just like digging their own grave. If there is a state election PAS will be wiped out. Umno cannot make it enough. DAP will win big. PKR too.

So PAS is in dilemma now. Apa salahnya dengan MB wanita? Zaman ini wanita lebih berjaya daripada zaman al-unta di padang pasir. Zaman al-unta lelaki hanya perlu 4 tents to keep 4 wives. Wives dijadikan doormat.

Bukan lagi zaman sekarang. Ingat apa Bobbit buat kepada lelaki yg tak betul.....

Saya sokong wanita jadi MB Selangor. Dr Wan gets my support, not her husband.
Sunday, August 10, 2014 2:55:00 PM
Anonymous Anonymous said...
I really do not know how these people can lead the country. Baru urus selangor, dah gaduh cerai berai macam bapak dia punya negeri.

Selangor 'richest state'. Bro, pakatan did not make it richest state. It was the work of the federal government that made it rich. Then it was momentum that carried it through. tengok kelantan sudah lah. sampai sekarang tak ada peluang apa2. Tengok berapa ramai ornag kelantan datang buka tom yam stall, jual buah, sayur, jual daging lembu merata2 takde lesen perniagaan. income tax tak bayar, yuran majlis bandaran tak bayar, buat kotor sampah sarap merata2.

Woooi bangun la ingat awak punya tanggung jawab.

Nuar berahim, kanser orang melayu. tak habis dengan hasad dengki, pecah belah bangsa, negara, ugama. pencinta kroni paling dasyat, bini, anak, esok cucu pun nak jadi menteri.

konon nya nak jadi pensyarah kelentong orang.

let me repeat. nuar berahim, peliwat kanser melayu dan negara dan ugama.
Sunday, August 10, 2014 4:19:00 PM
Anonymous Khong Khek Khuat said...
Anon 1.58

What maruah are you talking about? Go ask Anwar about maruah! He was also sacked by his party, he was found guilty many times by the courts, caught red-handed in sex videos...

And most of all, being a leader of a party without being elected. Maruah my bontot la...
Sunday, August 10, 2014 4:32:00 PM

Ahad, 10 Ogos 2014

MB Selangor yang baru - Si Tukang Kipas



Akak akan berjuang bebaskan suami akak...

Anwar cakap tak serupa bikin

Ini laporan dari Malaysian Insider

Accept decision and move on, Anwar tells Khalid





Datuk Seri Anwar Ibrahim (second from left) with DAP secretary-general Lim Guan Eng and other DAP leaders, speak to reporters at the DAP headquarters in Kuala Lumpur, today. – The Malaysian Insider pic by Nazir Sufari, August 10, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/accept-decision-and-move-on-anwar-tells-khalid#sthash.yW2aGPkm.dpuf

Komen : Alangkah moleknya jika Anwar Ibrahim melakukan apa yang diperkatakannya sekarang. Janganlah bersikap cakap tak serupa bikin.

Pada tahun 1998 bila dia dipecat dari kerajaan dan Umno, kenapa dia tidak mahu menerima keputusan kerajaan dan partinya ?

Kalau dia menerima keputusan ke atas dirinya dengan baik dan bersikap "move on" tanpa membuat kekecohan dengan melakukan demonstrasi jalanan seperti berguling-guling di atas jalanraya dan sebagainya sudah tentu rakyat dalam negara ini tidak akan berpecah belah.

Kini apa yang berlaku pada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, lebih kurang sama dengan apa yang menimpa dirinya 16 tahun dahulu.

Jadi, brader Nuar, tak payahlah nak bernasihat-nasihat kepada Tan Sri Khalid. Kamu berdua pun dua kali lima sahaja.

POO..DAH !!

Ke mana arah tuju Pas ?


APAKAH keputusan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat pada 17 Ogos ini dalam isu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor ? Mesyuarat ini telah tertangguh sebanyak dua kali yang awalnya dijadualkan pada 10 0gos dan 13 Ogos.

Sebelum ini Majlis Syura Ulama Pas telah pun membuat pendirian menyokong Tan Sri Khalid terus kekal sebagai MB.

Dengan perkembangan terbaru di mana Tan Sri Khalid telah pun dipecat daripada PKR, apakah Pas Pusat akan terus mempertahankan Tan Sri Khalid sebagaimana keputusan Majlis Syura ?

Sekiranya Pas Pusat mengambil pendirian mematuhi keputusan PKR memecat Khalid demi menjaga kesepakatan Pakatan Rakyat ia akan bercanggah dengan pendirian Majlis Syura. Ini bererti Pas mempunyai dua puak yang bertentangan.

Tetapi sekiranya Pas Pusat mengambil pendirian seiring dengan Majlis Syura ini bermakna kedudukan Pas dalam Pakatan Rakyat telah hancur. Kedudukan Pas dalam Pakatan Rakyat sudah tidak relevan lagi.

Ini ditambah lagi dengan percakaran secara terbuka antara pemimpin Pas dan DAP; seperti kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustapha Ali yang membidas Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli sebagai bodoh ! Dan juga tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyaman Nasrudin Tantawi, ahli Majlis Syura Pas kerana dituduh memfitnahnya.

Semua ini memberi gambaran Pas dan DAP hanya sekadar berpakat dalam Pakatan dan tidur sebantal tetapi mempunyai mimpi yang berlainan.

Dari sudut luar Pakatan, bukan Pas dan DAP sahaja yang tidak sehaluan tetapi dalam Pas sendiri telah jelas mempunyai dua kumpulan yang tidak sehaluan dalam menerajui parti.

Di satu pihak, Presiden, Tok Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul, Dr Haron Din, Pemangku Ketua Dewan Ulama, Datuk Ahmad Yakob dan beberapa orang tokoh ulama. Satu pihak lagi terdiri dari pemimpin seperti Mat Sabu, Khalid Samad, Hanifa Maidin dan lain-lain yang dianggap lebih rapat dan mesra dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedudukan Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat sedikit membingungkan kerana sering membuat kenyataan yang bercanggah dan keliru. Seperti pada awalnya dia menyokong Presiden, Abdul Hadi dalam mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid sebagai MB Selangor. Selang beberapa hari kemudian dia menyatakan dia tidak terlibat dalam mesyuarat Majlis Syura bagi menentukan nasib Khalid.

Nampak jelas dia sendiri tidak mampu membuat pendirian dan keputusan. Dia keliru. Ini mungkin disebabkan keadaan orang tua itu dalam keadaan yang sangat uzur. Dikabarkan dia membuang air kecilnya dalam beg plastik yang dibawanya.

Kenapa kah dia masih memegang jawatan sebagai Mursyidul adalah sesuatu yang sukar difahami. Sepatutnya dia melepaskan jawatan itu bersama jawatan MB Kelantan tempoh hari. Mengapalah dia membebankan dirinya dan parti ?

Semua gambaran ini adalah tidak baik untuk masa depan Pas yang bercita-cita mahu ke Putrajaya dan mahu menggantikan Umno.

Sudah sampai masa para pemimpin Pas dan ahlinya bermuhasabah diri dan menoleh kembali ke manakah arah tuju parti itu terutamanya menjelang PRU 14 pada 2018. Pas perlu ingat ia adalah antara parti tertua di samping Umno jika dibandingkan dengan parti PKR dan DAP.


Rabu, 6 Ogos 2014

Tan Sri Khalid degil dan licik


SIAPA sangka Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang merupakan seorang tokoh korporat dulunya kini menjadi seorang ahli politikus paling licik. Dah berbulan lamanya parti PKR dan Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu dia berundur dari jawatan MB namun sehingga sekarang tidak memberi sebarang kesan. Malah dia kelihatan tidak berganjak dan semakin degil.

Bila orang bercakap pasal kepimpinan politik, lebih banyak tumpuan diberikan pada tokoh-tokoh seperti Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Najib Razak, Tengku Razaleigh Hamzah, Nik Aziz Nik Mat, malah Anwar Ibrahim sendiri. Tidak ada siapa melihat ke arah Tan Sri Khalid.

Pada umumnya orang hanya kenal Khalid berkaitan dengan PNB, ASB dan sebagainya pada tahun 80an. Ertinya, Khalid lebih menonjol sebagai ahli ekonomi dan pentadbir dari seorang ahli politik.
Khalid bisik pada Nuar, "Ada Aku Kesah"..

Tetapi lihat apa yang berlaku sekarang ini. Seluruh negara dan dunia sedang memberi tumpuan padanya. Apa pun selepas 10 Ogos ini segala-galanya akan terjawab. Sama ada Khalid kekal sebagai MB atau sebaliknya tidak penting lagi kerana kerosakkan atau "damage" pada PKR dan Pakatan Rakyat khususnya telah pun berlaku. Ia memerlukan masa untuk dipulihkan.

Mesej besar yang hendak disampaikan Khalid pada dunia adalah dia lebih hebat dan lebih licik berpolitik dari calon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bayangkan ketika ini dia mendapat sokongan penuh dari Presiden Pas, Tok Guru Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dalam mempertahankan kedudukannya sebagai MB Selangor.


Dan buat pertama kalinya dalam sejarah penubuhan Pakatan Rakyat, Nik Aziz Nik Mat mempunyai sikap dan pendirian berbeza dengan pemimpin yang diangkat sebagai Anugerah Tuhan iaitu Anwar Ibrahim. Selama ini Anwar sering mendapat dokongan dari Nik Aziz dalam banyak isu.

Tidak seperti Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Pas, Dr Haron Din yang telah diketahui umum tidak sebulu dengan Anwar dalam banyak perkara. Dengan sikap Nik Aziz yang terkini ini telah memberi pukulan hebat pada Anwar sepanjang karier politiknya.

Yang paling memberi kesan dari politik Khalid ini ialah dia membuktikan dia tidak kurang hebatnya berbanding Anwar yang secara kebetulan adalah Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dengan elaun sebanyak RM Satu Ringgit.

Barangkali, Khalid hendak tunjuk pada dunia bahawa inilah standard dan kualiti Anwar sebagai ahli politik yang hanya bernilai RM Satu Ringgit !

Tan Sri Khalid, "keep up the good work". Ha..ha..ha...!

Kepada Anwar, jangan marah !

Lain Kali Lah !


Ahli PKR keliru dan konpius !!


PARA penyokong parti PKR kini semakin keliru dan konpius. Mereka mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berundur dari jawatan Menteri Besar Selangor di atas beberapa faktor. Antaranya; ketidaktelusan Khalid dalam menyelesaikan hutangnya sebanyak hampir RM 70 juta dengan Bank Islam dan beberapa transaksi penjualan aset negeri kepada pihak tertentu.

Tan Sri Khalid sudah pun menjawab tuduhan tersebut dengan mencabar agar ia disiasat sepenuhnya. Dia juga tidak teragak untuk mengambil tindakan saman ke atas sesiapa yang boleh mencemar kredibilitinya.

Setakat ini semuanya hanyalah bersifat tuduhan. Khalid belum lagi terbukti melakukan sebarang kesalahan.
i tidur sekejap..tak salah kan?..kan?..kan?

Apa yang dimaksudkan dengan penyokong PKR keliru dan konpius adalah status Tan Sri Khalid yang masih bersih - belum disiasat pihak SPRM atau polis dan tidak ada mahkamah menjatuhkan hukuman terhadapnya.

Sedangkan pemimpin PKR yang disifatkan sebagai pemimpin Anugerah Tuhan telah pun meringkuk di penjara Sungai Buloh selama enam tahun disabit kesalahan salah guna kuasa semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Dan yang terbaru dia kini menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan setelah Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun di atas kesalahan liwat. Kes ini dijangka akan diketahui selanjutnya pada Ogos dan September ini.

Kepada para penyokong PKR, buka matalah sikit jangan konpius ! Takkan tak boleh bezakan dengan pemimpin yang telah didapati bersalah dengan pemimpin yang belum lagi disiasat apatah lagi didakwa di mahkamah.

Tetapi alakuliha, para pemimpin Pas, termasuk Presidennya Tok Guru Abdul Hadi Awang dan pimpinan Dewan Ulama parti itu sudah mulai sedar dan insaf. Ini terbukti dengan pendirian mereka menolak pelan Langkah Kajang yang mahu meletakkan isteri pemimpin Anugerah Tuhan sebagai MB Selangor menggantikan Tan Sri Khalid.

Apa yang lebih memeriahkan lagi suasana ini ialah dengan pendirian Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat yang menyokong pendirian Abdul Hadi agar Khalid terus kekal sebagai MB. Tok Guru kata, Khalid tidak buat apa-apa kesalahan sepanjang mentadbir Selangor. Tuu...dia !

Pada para penyokong PKR; pemimpin kamu itu adalah bekas banduan dan menunggu satu lagi kes rayuan di mahkamah persekutuan. So, please, jangan keliru dan konpius lah !

Isnin, 4 Ogos 2014

Umat Islam terus dirundung malang


KEADAAN umat Islam dikebanyakan negara semakin lama semakin tenat. Tidak kelihatan sebarang kemajuan atau pemulihan malah semakin hari semakin bertambah teruk.

Rakyat Palestin di Gaza sekarang ini bagaikan disembelih secara beramai-ramai oleh regim Zionis tanpa rasa perikemanusiaan. Jumlah terkorban mencecah 1,900 orang dan yang tercedera sahaja meningkat sehingga 8,000 orang termasuk kanak-kanak, wanita dan orang-orang tua.

Seluruh dunia, terutama dari negara-negara Islam seperti bisu, kaku dan kelu tanpa berbuat apa-apa dan hanya mampu melihat kerakusan zionis Israel terus bermaharajalela.

Apa dah terjadi ? Apa yang tidak kena ? Apakah seluruh negara Islam di dunia kini telah menempuh jalan-jalan yang "sesat" ?
Kanak-kanak Palestin jadi mangsa

Lebih memilukan kalau di Palestin, Yahudi terus membunuh orang-orang Islam secara kejam namun di tempat-tempat lain orang muslim membunuh orang muslim. Bahkan kemungkinan orang muslim membunuh sesama muslim lebih besar jumlahnya jika dibandingan dengan orang Yahudi membunuh orang muslim.

Kes muslim bunuh muslim berlaku di Libya, Iraq, Syria, Afghanistan dan Pakistan.

Di Iraq, tentera ISIS membunuh secara kejam laki-laki muda yang dianggap musuh tanpa belas kasihan. Mereka dibawa dengan lori beramai-ramai ke satu tempat. Selepas ditembak di kepala; mayat-mayat mereka dibuang ke dalam sungai dan sebahagiannya dihumbankan ke dalam satu lubang besar.

Di Syria, regim Bassar Al Assad terus mencengkam dengan meneruskan serangan demi serangan di bandar-bandar yang dikuasai para pemberontak.
Tentera ISIS menembak tawanan mereka

Di Libya pula seolah sudah tidak ada kerajaan lagi. Masing-masing puak bertelagah terus berperang dan mahu menguasai Lapangan Terbang Tripoli.

Demikianlah nasib malang umat Islam, khasnya di kawasan Timur Tengah. Sudahlah rakyat Palestin tidak terbela ia ditambah lagi dengan musibah orang muslim berbunuhan sesama sendiri.

Sudah tiba masa orang Islam mencari dan mengkaji sebab-sebab serta punca-punca kenapa nasib malang dan bala bencana terus menerus menimpa mereka. Selagi orang Islam tidak mendapat jawaban yang sebenar tentang punca malang nasib mereka selagi itulah keadaan ini akan berterusan tanpa ada apa-apa perubahan.

Dalam Quran; Allah memberi ingatan, tidak akan berubah nasib sesuatu kaum itu sekiranya ia sendiri tidak berusaha untuk mengubahnya.