Selasa, 22 Oktober 2013

Husam salah langkah

CARA Datuk Husam Musa membidas kerajaan Pas negeri dalam sidang DUN Kelantan baru-baru ini sedikit melucukan. Husam telah mengkritik secara terbuka mengenai beberapa kelemahan pentadbiran Menteri Besar, Datuk Hj Ahmad Yaakob.

Inilah kali pertama ianya berlaku seolah kerajaan negeri itu dikuasai Umno. Husam mungkin bertujuan baik namun caranya tidak berapa kena. Ia telah memberi kesan negatif pada parti lebih-lebih lagi kerajaan negeri.

Sebelum ini semua menganggap Husam adalah pemimpin muda yang berpotensi dan berbakat. Malah ada dikalangan pemimpin Pas mengira dia adalah "material" jawatan Perdana Menteri. Sampai begitu sekali ?

Ada juga cadangan dia dicalonkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas malah ke peringkat Presiden. Sampai begitu sekali ? Begitulah hebatnya Husam pada pandangan para ahli Pas.

Kisah dia merajuk dan kecewa kerana tidak terpilih menjadi Timbalan Menteri Besar selepas PRU13 bukanlah satu rahsia lagi. Malah lebih mengecewakan lagi dia tidak terpilih pun menjadi anggota exco negeri. Sedangkan sebelum ini dia adalah orang paling berkuasa dan berpengaruh dalam kerajaan negeri selepas Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Kepintaran dan cerdiknya sebagai exco kanan telah menenggelamkan semua pemimpin lain termasuk TMB ketika itu - Hj Ahmad Yaakob. Sampai begitu sekali ?

Sikapnya seolah mahu menjadi hero dengan membedil kerajaan Pas negeri dalam dewan membuktikan dia tidaklah hebat seperti jangkaan banyak pihak. Dia sebagai Naib Presiden Pas tetapi perwatakan dan tindakannya itu seolah dia bertaraf Ketua Pemuda Cawangan.

Dia sebenarnya telah merendahkan kedudukannya sebagai salah seorang Naib Presiden parti. Apalah gunanya dia membising dalam dewan dan mendedahkan kelemahan partinya sendiri ? Apakah dia seorang pembangkang di DUN Kelantan ?

Sebagai Naib Presiden Pas, dia hanya perlu bersemuka dan berdepan dengan Datuk Hj Ahmad Yaakob dan Timbalannya, Nik Amar Nik Abdullah. Berunding secara keluarga dan secara tertutup. Buat apa bising di dewan ? Apa yang dia cari ? Publisiti ? Nak jadi hero ?

Dalam parti Husam lebih tinggi kedudukannya dari Hj Ahmad dan Nik Amar. Tapi dengan sikap kebudakkannya itu dia telah meletakkan dirinya lebih rendah dari dua tokoh itu.

Husam nak bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas ? Husam "material" calon Perdana Menteri ? Sampai begitu sekali ? Heh..heh..  Husam oooo..Husam..

Anwar tidak akan berjaya melalui pembangkang


Dari kiri Anwar, Setiausaha Agung Umno, Mustafa Jabar dan Dr Mahathir

FOTO di atas adalah peristiwa lebih 30 tahun dahulu ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru sahaja menyertai Umno telah bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda Umno dan terus berjaya menewaskan penyandang jawatan Datuk Hj. Suhaimi Kamarudin dengan kelebihan 10 undi.

Umumnya semua mengetahui bahawa Dr Mahathir Mohamad sebagai Presiden parti ketika itu telah memberi sokongan pada Anwar melalui kempen Setiausaha Politik nya, Allahyarham Megat Junid Megat Ayub.

Datuk Hj Suhaimi yang juga anak saudara kepada bekas pemimpin Umno, Allahyarham Datuk Harun Idris dikatakan tidak bertegur sapa dengan Dr Mahathir selepas kekalahannya itu.

Anwar pula sejak kemenangan itu terus bertapak kukuh dalam parti sehingga berjaya melangkah ke jawatan Naib Presiden dan seterusnya Timbalan Presiden.

Suasana politik Umno ketika itu adalah jelas dan terang bahawa Anwar lah tokoh yang akan mewarisi dan menggantikan Dr Mahathir sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri.

Ini terbukti bila Dr Mahathir bercuti selama dua bulan, Anwar telah memangku jawatan Perdana Menteri. Bak kata, Anwar hanya menunggu saat dan ketika sahaja bagi mengesahkan kedudukannya sebagai pengganti kepimpinan parti dan negara.

Namun segalanya musnah sekelip mata dan hancur luluh dek surat yang mendedahkan cerita peribadinya. Sehingga ia meleret-leret dan mengheret peribadinya ke jurang yang lebih tajam !

Akhirul kalam, Anwar tiada rezeki. Itu sudah menjadi ketentuan Nya.

Tapi Anwar seolah tidak putus asa dan mahu mencapai apa yang hampir dimilikinya lebih sedekad lalu. PRU 13 telah pun berlalu. Dia gagal memenuhi impiannya. PRU 14 ? Tempoh masih panjang dan perjalanan masih jauh.

Apakah harapan dan impiannya semakin tipis ? Atau ia hanya mampu terlaksana dengan kembalinya ke pangkuan Umno semula ? Ia seperti sesuatu yang mustahil berlaku. Tapi dunia politik ia serba mungkin. Cuma yang pasti Anwar tidak akan berjaya melalui pembangkang !

Buku yang perlu dibaca



Isnin, 21 Oktober 2013

Cucumber

14 Reasons You Should Start Eating Cucumber

Cucumber Cucumbers are number four most cultivated vegetable in the world and known to be one of the best foods for your overall health, often referred to as a super food. Pick a handful of firm, dark green cucumbers and drop them into your shopping cart. Congratulations! You have just bought yourself stuff full of good health.
Cucumber rehydrates body
If you are too busy to drink enough water, eat the cool cucumber, which is 90 percent water. It will cheerfully compensate your water lost.
Cucumber fights heat inside and out
Eating cucumber will get your body relief from heartburn. Apply cucumber on your skin and you will get relief from sunburn.
Cucumber eliminates toxins
All that water in cucumber acts as a virtual broom, sweeping waste products out of your body. With regular eating, cucumber is known to dissolve kidney stones.
Cucumber replenishes daily vitamins
Cucumbers have most of the vitamins the body needs in a single day. A B and C, which boost your immune system keep you radiant and give you energy. Make it more powerful by juicing cucumber with spinach and carrot. Don’t forget to leave the skin on because it contains a good amount of vitamin C, about 12 percent of the daily recommended allowance.

w.w.w.fitnea.com

Rabu, 16 Oktober 2013

Naib Presiden lebih kanan dari Ketua Pemuda dan Wanita

DATUK Seri Zahid Hamidi dijangka tidak menghadapi masalah besar memenangi dan mempertahankan kedudukannya sebagai salah seorang Naib Presiden Umno. Yang dua lagi menjadi perhatian. Adakah Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal mampu mengekalkan kedudukan ?

Tidak seperti Zahid; peluang Hisham dan Shafie tidak secerah Menteri Dalam Negeri itu yang dikira lebih popular. Ini ditambah dengan penyertaan Datuk Mukhriz Mahathir yang dianggap calon kedua popular disamping Zahid.

Ternyata Hisham dan Shafie terpaksa bekerja keras bagi memastikan kemenangan mereka. Lebih-lebih lagi Hisham yang sedikit terjejas imejnya ekoran prestasinya sebagai menteri dan pemimpin parti dipersoalkan banyak pihak.

Tetapi mesej yang diterima dari pucuk pimpinan parti seolah ketiga penyandang Naib Presiden perlu dikekalkan. Ini bererti ada pihak dalaman parti belum boleh menerima kehadiran Mukhriz.

Dengan kemenangan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda dan Datuk Seri Shahrizat Jalil sebagai Ketua Wanita telah menguatkan lagi gerakan agar Mukhriz tidak terpilih. Dengan itu memberi peluang pada Hisham dan Shafie mengekalkan kedudukan mereka.

Harapan dua calon lagi iaitu Datuk Seri Ali Rustam dan Tan Sri Isa Samad tidaklah mengancam sebagaimana ancaman dari Mukhriz.

Bagi kalangan parti yang tidak suka pada Mukhriz sudah tentu akan memastikan dia tidak terpilih dalam tiga Naib Presiden tersebut. Terutamanya bagi para penyokong kuat Khairy dan Shahrizat kerana kemenangan Mukhriz sebagai Naib Presiden boleh mengerhanakan kedudukan Ketua Pemuda dan Wanita itu dalam parti dan kerajaan.

Walau pun kedudukan Ketua Pemuda dan Wanita itu bertaraf Naib Presiden namun kerusi Naib Presiden lebih kanan dan berada di barisan ketiga selepas Presiden dan Timbalan Presiden.

Oleh itu sekiranya Mukhriz menang dan terpilih sebagai salah seorang Naib Presiden- dia lebih atas dan lebih kanan dari Khairy dan Shahrizat dalam pimpinan tertinggi Umno.

Justeru tidak menghairankan jika ada kempen-kempen dari kalangan calon yang telah terpilih baru-baru ini mahu memastikan Mukhriz gagal. Barangkali, inilah mesej yang tersebar kononnya dikekalkan status quo pada tiga jawatan Naib Presiden tersebut.


Ahad, 6 Oktober 2013

Racism


Sumber: nstcartoons.blogspot.com