Isnin, 26 Jun 2017

Tugas AG Untuk Negara Bukan Parti

JANGAN marah saja nak tanya,  apakah Peguam Negara sekarang,  Tan Sri Apandi Ali memang layak dan kompeten menjawat sebagai Peguam Negara?

Atau perlantikannya hanya berdasarkan tangan-tangan politik?

Sejak memegang jawatan Peguam Negara (AG)  menggantikan Tan Sri Gani Patail,  beliau dilihat tidak begitu kompeten berbanding AG terdahulu.

Tan Sri Apandi Ali

Banyak kenyataan akhbarnya dan reaksi balas bersabit isu-isu nasional berkaitan perundangan lebih menimbulkan persoalan dari jawaban.

Memang Apandi Ali dilihat tidak seperti AG terdahulu seperti,  Tun Salleh Abbas, Tan Sri Abu Talib Othman, Tan Sri Mohtar Abdullah dan terakhir Tan Sri Gani Patail.

Mereka semua ketika menjadi AG memperlihat dan kelihatan seorang AG yang berwibawa sebagai pengamal undang-undang.

Tun Salleh Abbas

Dan mereka semua bukan ahli parti politik atau terlibat secara langsung aktiviti parti termasuk memegang jawatan dalam parti.

Apandi Ali pernah bertanding dalam pilihan raya sebagai calon Umno di Kelantan. Dia juga pernah pegang jawatan parti diperingkat bahagian.

Tan Sri Abu Talib Othman

So ini lah problemnya sekarang bila dia kini seorang AG! Segala tindakannya banyak menimbulkan berbagai persepsi umum.

Sepatutnya seorang AG yang dilantik perlu punya rekod bersih dari mempunyai kaitan atau pernah aktif dalam mana-mana parti politik.

Tan Sri Mohtar Abdullah

Jawatan AG adalah besar dan penting demi kepentingan negara.  Bukan untuk kepentingan sesuatu parti atau individu.

Salleh Abbas,  Abu Talib Othman dan Gani Patail misalnya,  mereka berkhidmat pada negara bukan parti atau individu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan