Ahad, 25 Jun 2017

PAS Parti Konpius

PAS adalah satu parti keliru.  Pemimpin tertinggi konpius dan para ahli lebih-lebih lagi terkonpius.

Tuan Presiden lebih mesra dengan Umno dan bersikap bisu dalam isu penipuan dalam 1MDB yang mendapat perhatian seluruh dunia.


Timbalan Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man pula bersikap kritikal terhadap kerajaan Umno dalam menguruskan skandal 1MDB itu.

Nampak tidak seiring dan sehaluan Tuan Presiden dan Timbalan parti Isle itu dalam isu tersebut.  Apo kono jang??

Ahli-ahli parti akar umbi cukup keliru dengan pendirian kedua pemimpin depa itu. Kerana sebahagian para ahli parti tidak dapat menerima Tuan Presiden depa lebih  mesra dengan Umno.


Apakah ini gambaran awal parti Isle itu akan berpecah lagi setelah ianya berpecah sehingga melahirkan parti Amanah?

Kenapa Tuan Presiden cakap lain dan Timbalan Presiden pun cakap lain?

Apa depa berdua tak bertegur sapa kah? Atau memang tak berjumpa langsung?  Tolong depa habaq mai!!

Kalau pun Tuan Presiden dan Timbalan tidak sehaluan dalam sesuatu perkara kenapa depa tak bincang dahulu atau berpakat sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang bercanggah antara satu sama lain.

Bincang dulu kan elok.  Kan depa parti Isle.  Jangan buat lagu tu,  kesian depa dibawah jadi konpius.

Konpius tak apa.  Takut jadi bengong!!





Tiada ulasan:

Catat Ulasan