Selasa, 20 Jun 2017

Tangkap Jho Low

ISU 1MDB mendapat tumpuan dan perhatian seluruh dunia.  Tapi di Malaysia,  kerajaan kelihatan tak ambil pot dan bersikap defensif.

Peliknya siapa saja menimbulkan isu ini akan menghadapi masalah terutama jika si polan yang persoalkannya datang dari kalangan parti berkuasa.

Tindakan akan diambil dalam berbagai cara.  Lebih-lebih lagi lah mereka yang berada diluar kerajaan.

Kenapa kerajaan tidak selesaikan isu 1mdb ini secara telus - "once and for all" bagi jelas dan memuaskan semua pihak.

Mengapa laporan Ketua Audit Negara berkenaan 1mdb diletakkan dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA)??

Janji itu hari mahu dedahkan laporan tersebut.  Apa yang mahu disembunyikan??  Ada siapakah yang mahu dilindungi?

Komon lah buka pada umum lah laporan tersebut bagi jelas isunya. Tak payah lagi ada main politik atau main persepsi di atas isu skandal yang memalukan sejarah negara ini.


Jho Low

Dan satu lagi siapa dia ni Jho Low yang tak dapat dipisahkan dengan 1mdb. Banyak sangat tuduhan terhadapnya menipu, mencuri duit 1mdb berbillion dengan berpoya-poya dan bermewah-mewah. Akhirnya imej negara dan kerajaan tercalar dan nama menjadi busuk.

Susah sangat kah nak tangkap Jho Low dan bawanya kembali untuk disoal siasat bagi membersihkan dirinya dan juga kerajaan yang terpalit sama.

Nampak kebal sangat Jho Low ini. Pasal apa? Khabarnya dia ni dah jadi pelarian dan meneruskan hidupnya hanya di atas kapal layarnya (Yacht)  .



Tak berani kot mendarat takut ditahan pihak berkuasa.

Sekiranya si Jho Low kena tahan pasti isu 1mdb boleh dimuktamadkan.

Orang-orang politik dan rakyat marhaen tak akan bergaduh lagi pasal 1mdb.

Hallo,  PDRM, SPRM etc. ambil tindakan lah segera. Walau pun sudah terlambat. Kenapa perlu ambil masa panjang sangat untuk bertindak.

Kes ada prima facie.  Sound and clear. Just Do It. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan