SIAPA sangka Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang merupakan seorang tokoh korporat dulunya kini menjadi seorang ahli politikus paling licik. Dah berbulan lamanya parti PKR dan Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu dia berundur dari jawatan MB namun sehingga sekarang tidak memberi sebarang kesan. Malah dia kelihatan tidak berganjak dan semakin degil.
Bila orang bercakap pasal kepimpinan politik, lebih banyak tumpuan diberikan pada tokoh-tokoh seperti Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Najib Razak, Tengku Razaleigh Hamzah, Nik Aziz Nik Mat, malah Anwar Ibrahim sendiri. Tidak ada siapa melihat ke arah Tan Sri Khalid.
Pada umumnya orang hanya kenal Khalid berkaitan dengan PNB, ASB dan sebagainya pada tahun 80an. Ertinya, Khalid lebih menonjol sebagai ahli ekonomi dan pentadbir dari seorang ahli politik.
Khalid bisik pada Nuar, "Ada Aku Kesah".. |
Tetapi lihat apa yang berlaku sekarang ini. Seluruh negara dan dunia sedang memberi tumpuan padanya. Apa pun selepas 10 Ogos ini segala-galanya akan terjawab. Sama ada Khalid kekal sebagai MB atau sebaliknya tidak penting lagi kerana kerosakkan atau "damage" pada PKR dan Pakatan Rakyat khususnya telah pun berlaku. Ia memerlukan masa untuk dipulihkan.
Mesej besar yang hendak disampaikan Khalid pada dunia adalah dia lebih hebat dan lebih licik berpolitik dari calon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bayangkan ketika ini dia mendapat sokongan penuh dari Presiden Pas, Tok Guru Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dalam mempertahankan kedudukannya sebagai MB Selangor.
Dan buat pertama kalinya dalam sejarah penubuhan Pakatan Rakyat, Nik Aziz Nik Mat mempunyai sikap dan pendirian berbeza dengan pemimpin yang diangkat sebagai Anugerah Tuhan iaitu Anwar Ibrahim. Selama ini Anwar sering mendapat dokongan dari Nik Aziz dalam banyak isu.
Tidak seperti Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Pas, Dr Haron Din yang telah diketahui umum tidak sebulu dengan Anwar dalam banyak perkara. Dengan sikap Nik Aziz yang terkini ini telah memberi pukulan hebat pada Anwar sepanjang karier politiknya.
Yang paling memberi kesan dari politik Khalid ini ialah dia membuktikan dia tidak kurang hebatnya berbanding Anwar yang secara kebetulan adalah Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dengan elaun sebanyak RM Satu Ringgit.
Barangkali, Khalid hendak tunjuk pada dunia bahawa inilah standard dan kualiti Anwar sebagai ahli politik yang hanya bernilai RM Satu Ringgit !
Tan Sri Khalid, "keep up the good work". Ha..ha..ha...!
Kepada Anwar, jangan marah !
Lain Kali Lah !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan