APAKAH keputusan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat pada 17 Ogos ini dalam isu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor ? Mesyuarat ini telah tertangguh sebanyak dua kali yang awalnya dijadualkan pada 10 0gos dan 13 Ogos.
Sebelum ini Majlis Syura Ulama Pas telah pun membuat pendirian menyokong Tan Sri Khalid terus kekal sebagai MB.
Dengan perkembangan terbaru di mana Tan Sri Khalid telah pun dipecat daripada PKR, apakah Pas Pusat akan terus mempertahankan Tan Sri Khalid sebagaimana keputusan Majlis Syura ?
Sekiranya Pas Pusat mengambil pendirian mematuhi keputusan PKR memecat Khalid demi menjaga kesepakatan Pakatan Rakyat ia akan bercanggah dengan pendirian Majlis Syura. Ini bererti Pas mempunyai dua puak yang bertentangan.
Tetapi sekiranya Pas Pusat mengambil pendirian seiring dengan Majlis Syura ini bermakna kedudukan Pas dalam Pakatan Rakyat telah hancur. Kedudukan Pas dalam Pakatan Rakyat sudah tidak relevan lagi.
Ini ditambah lagi dengan percakaran secara terbuka antara pemimpin Pas dan DAP; seperti kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustapha Ali yang membidas Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli sebagai bodoh ! Dan juga tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyaman Nasrudin Tantawi, ahli Majlis Syura Pas kerana dituduh memfitnahnya.
Semua ini memberi gambaran Pas dan DAP hanya sekadar berpakat dalam Pakatan dan tidur sebantal tetapi mempunyai mimpi yang berlainan.
Dari sudut luar Pakatan, bukan Pas dan DAP sahaja yang tidak sehaluan tetapi dalam Pas sendiri telah jelas mempunyai dua kumpulan yang tidak sehaluan dalam menerajui parti.
Di satu pihak, Presiden, Tok Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul, Dr Haron Din, Pemangku Ketua Dewan Ulama, Datuk Ahmad Yakob dan beberapa orang tokoh ulama. Satu pihak lagi terdiri dari pemimpin seperti Mat Sabu, Khalid Samad, Hanifa Maidin dan lain-lain yang dianggap lebih rapat dan mesra dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kedudukan Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat sedikit membingungkan kerana sering membuat kenyataan yang bercanggah dan keliru. Seperti pada awalnya dia menyokong Presiden, Abdul Hadi dalam mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid sebagai MB Selangor. Selang beberapa hari kemudian dia menyatakan dia tidak terlibat dalam mesyuarat Majlis Syura bagi menentukan nasib Khalid.
Nampak jelas dia sendiri tidak mampu membuat pendirian dan keputusan. Dia keliru. Ini mungkin disebabkan keadaan orang tua itu dalam keadaan yang sangat uzur. Dikabarkan dia membuang air kecilnya dalam beg plastik yang dibawanya.
Kenapa kah dia masih memegang jawatan sebagai Mursyidul adalah sesuatu yang sukar difahami. Sepatutnya dia melepaskan jawatan itu bersama jawatan MB Kelantan tempoh hari. Mengapalah dia membebankan dirinya dan parti ?
Semua gambaran ini adalah tidak baik untuk masa depan Pas yang bercita-cita mahu ke Putrajaya dan mahu menggantikan Umno.
Sudah sampai masa para pemimpin Pas dan ahlinya bermuhasabah diri dan menoleh kembali ke manakah arah tuju parti itu terutamanya menjelang PRU 14 pada 2018. Pas perlu ingat ia adalah antara parti tertua di samping Umno jika dibandingkan dengan parti PKR dan DAP.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan