PADA 2008 dan 2009 bila Tun Dr Mahathir Mohamad menyerang dan mengkritik Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) semua parti pembangkang di negara ini menyokong dan mempertahankan Pak Lah.
Ia termasuklah bekas Pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh. Parti Isle, Pas pis pus juga tidak ketinggalan. Mereka semua sepakat membela Pak Lah.
Agak pelik pembangkang begitu bersungguh-sungguh mempertahankan Pak Lah yang ketika itu Perdana Menteri dan Presiden Umno dari kritikan Dr Mahathir. Dr Mahathir membidas pimpinan Pak Lah kerana orang tua itu mengira stail pimpinan Pak Lah lemah dan boleh merosakkan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Tun Dr Mahathir Mohamad |
Parti pembangkang pula sibuk membela Pak Lah kerana sedang berkira-kira mahu mengambil kesempatan di atas kelemahan Pak Lah dan menjatuhkannya dalam PRU12, 2008, bagi menubuhkan kerajaan yang baru di Putrajaya.
Tetapi pada PRU12, 2008, Umno dan BN dibawah pimpinan Pak Lah tidak jatuh dan terus berkuasa di Putrajaya, walau pun kehilangan majoriti dua pertiga. Usaha pembangkang yang terdiri dari PKR, DAP dan Pas untuk berkuasa dan menjatuhkan Umno/BN pimpinan Pak Lah gagal.
Selepas PRU12 selesai Dr Mahathir terus meningkatkan serangan dan kritikannya terhadap Pak Lah sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri. Sehinggalah Dr Mahathir mengambil langkah politik dengan keluar dari Umno sebagai tanda protes kerana Pak Lah enggan berundur.
Langkah itu berkesan dan memberi impak besar terhadap kedudukan Pak Lah yang akhirnya terpaksa menerima tekanan dan berundur sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri pada 2009.
Ironinya, dalam PRU12 pihak pembangkang yang di ketuai Anwar Ibrahim dan dibantu rakan-rakan lain seperti Karpal Singh, Lim Kit Siang, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, Tok Guru Abdul Hadi Awang dan lain-lain tidak berjaya dan tidak mampu menjatuhkan Pak Lah. Mereka cuma berjaya mengurangkan majoriti dua pertiga yang sering dikuasai kerajaan sejak merdeka.
Tetapi Dr Mahathir dengan kelasnya yang tersendiri telah berjaya memainkan peranan sehingga Pak Lah tidak punya banyak pilihan selain berundur dan meletakkan jawatan. Tidak ada sesiapa boleh menafikan di dalam dan di luar Umno, perletakkan jawatan Pak Lah adalah dari usaha dan gerakkan Dr Mahathir.
Justeru itu jangan lah marah kalau saya katakan, Anwar, Kit Siang, Nik Aziz, Hadi dan lain-lain masih belum sampai tahap dan standard yang ada pada Dr Mahathir dalam bidang politik. Mereka semua masih lagi berada ditahap standard kampung ! Jangan marah ya !!
Dan terkini Dr Mahathir secara berterus terang menegur pula Perdana Menteri, Najib Razak di atas segala kelemahannya dalam mentadbirkan negara selepas lebih setahun PRU13 berlalu. Dia menegur cara Najib menguruskan ekonomi negara, penghapusan Akta ISA dan langkah-langkahnya yang banyak merosakkan hubungan antara kaum dan sebagainya.
Tetapi seperti kata Dr Mahathir, kritikannya ini bukan peribadi tetapi demi kepentingan Umno dan negara keseluruhannya. Sebab itu jugalah dia tidak mendesak Najib agar meletakkan jawatan dan dia pun tidak membayangkan yang dia akan keluar dari Umno.
Setakat ini sikap Dr Mahathir itu dapatlah dibayangkan yang dia mahu Najib melakukan perubahan dan mengatasi kelemahan sebelum PRU14 yang dijangka tidak lewat 2018. Najib serta lain-lain pimpinan Umno perlu mengambil teguran Dr Mahathir secara positif untuk kebaikan parti.
Mereka tidak perlu "over" dalam tindak balas dari teguran negarawan itu. Yang pasti tegurannya itu adalah ikhlas mahu melihat Umno kembali kuat sebagai parti yang bermaruah. Orang Umno perlu menerima hakikat maruah Umno kini sedang berada ditahap paling bawah dalam sejarah Umno.
Apa yang pasti dengan perkembangan ini, parti PKR, DAP dan Pas pis pus akan menangguk di air yang keruh dan mengambil sikap mempertahankan Najib dari serangan dan kritikan Dr Mahathir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan