Memang pelik jika Pas menang dalam PRK ini, Tuan Ibrahim mengesa Pas meletakkan kesalahan pada SPR kerana kedudukan kerusi DUN Terengganu akan menjadi seri BN 16 dan Pakatan 16.
Tuan Ibrahim |
Selepas PRU13 BN menubuhkan kerajaan dengan majoriti dua kerusi; BN 17 Pakatan 15. Dengan kematian calon BN, kini kedudukan 16-15.
Menurut Tuan Ibrahim bila Pas menang dalam PRK ini kedudukan kerusi DUN menjadi seri 16-16 dan dia menyalahkan SPR kerana jumlah kerusi DUN menjadi genap. Ertinya, SPR silap menjadikan jumlah kerusi DUN negeri itu genap dan bukan ganjil. Bila keadaan menjadi seri ia memberi masalah pada parti untuk menubuhkan kerajaan.
Begitulah cara berfikir pemimpin Pas yang juga seorang bertaraf ulama.
Selepas PRU13 Pas dan rakan-rakannya menyalahkan SPR dalam semua hal dari dakwat kekal, Bangla, blackout dan sebagainya. Tidak ada yang betul dengan SPR.
Himpunan haram anjuran Pakatan telah diadakan seluruh negara dengan tuntutan seluruh pimpinan SPR letak jawatan kerana didakwa menipu dalam pilihan raya. Dan mereka menggesa pilhan raya diadakan semula.
Tetapi bila kerusi DUN Kuala Besut kosong kerana kematian wakilnya dari BN, maka Pas dan rakannya PKR begitu ghairah ikut serta dalam PRK dan mencari calon.
Gema suara mereka membalun dan mencaci SPR belum lagi reda. Kini cukup beria-ria untuk meletakkan calon bertanding merebut kerusi Kuala Besut itu dan seterusnya berharap dapat menumbangkan kerajaan BN sekarang.
Mereka tidak yakin dengan SPR. Meragui kewibawaannya dalam mengurus pilihan raya. Namun kini bersedia tanpa halangan untuk turut serta dalam PRK, malah sudah bayangkan kerusi DUN akan seri 16-16.
Yang peliknya jika ia menang dan kerusi seri 16-16, pihak yang bersalah adalah SPR !
Kenyataan Tuan Ibrahim ini boleh dibaca dalam Harakah Daily, 29 Jun 2013.
Bila kalah PRU13 yang salah dan tipu adalah SPR. Dan PRK Kuala Besut yang belum lagi ditetapkan tarikhnya, sekiranya Pas menang menjadikan kerusi Pakatan 16 sama dengan BN 16 - kesalahan tetap diletakkan dibatang leher SPR lantaran kerusi DUN berjumlah angka genap.
Dan takdir Pas kalah dalam PRK Kuala Besut ini maka yang salah dan kambing hitamnya juga adalah SPR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan