Apakah wajar beliau bertanding lagi dalam keadaan ia tidak mempunyai apa-apa jawatan lagi dalam kerajaan ? Perlantikkannya sebagai Senator telah tamat. Dia juga tidak terpilih sebagai calon bertanding dalam PRU13 lalu.
Datuk Seri Shahrizat |
Semua itu berpunca dari isu National Feedlot Corporation (NFC) yang melibatkan suaminya. Kes itu masih di mahkamah. Akibat NFC imej Shahrizat turut terpalit dan menjadikannya sebagai calon bukan ' winnable'.
Kes NFC telah menghancurkan karier politik Shahrizat. Dia terpaksa letak jawatan sebagai Menteri Wanita dan hilang peluang menjadi calon bertanding di Parlimen. Justeru kini tinggal jawatan Ketua Wanita yang dimenanginya setelah menewaskan Tan Sri Rafidah Aziz.
Dalam suasana begini apakah wanita masih memerlukan khidmatnya lagi ? Adakah masih ada sokongan kuat dari ahli akar umbi ?
Apa yang menimpa Shahrizat menjadikan Wanita bertambah malang dengan nasib bekas Naib Ketua nya, Datuk Kamilia Ibrahim yang dipecat dari Umno gara-gara bertanding sebagai calon Bebas dalam PRU13 lalu.
Sekiranya Kamilia tidak dipecat sudah pasti dia lah calon paling layak menggantikan Shahrizat sebagai Ketua. Kemampuan dan kebolehan Kamilia sebagai pemimpin tidak diragui, malah dia lah calon paling layak bertanding menentang Ketua Wanita itu.
Namun Kamilia telah tersilap langkah dan kini masa depan karier politiknya musnah sama sekali. Wanita juga kehilangan seorang pemimpin yang mempunyai potensi besar dalam pergerakkan itu.
Datuk Kamilia |
Setakat ini tidak jelas siapakah calon paling layak menentang Sharizat bagi jawatan Ketua. Cuma bekas Ketua Puteri Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said telah menyatakan kesanggupannya bertanding mencabar Shahrizat.
Dalam konteks politik Umno, tidak adakah calon lain selain dari Azalina ? Wanita memerlukan seorang pemimpin yang mempunyai imej bersih dan segar bukan calon recycle.
Bagi Shahrizat terpecatnya Kamilia dari Umno, memberi sedikit nafas bagi menyambung hayatnya dalam kepimpinan Wanita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan