Rabu, 26 Jun 2013

Pilihan Raya Kecil : Uji sikap Pas

RAKYAT akan menghadapi satu lagi pilihan raya - kali ini pilihan raya kecil di kawasan DUN Kuala Besut, Terengganu, setelah wakil BN meninggal dunia. Allahyarham Dr Rahman Mukhtar, calon BN menewaskan calon Pas dengan majoriti 2,434 undi dalam PRU13 lalu.

Dengan kedudukan kerusi DUN BN 16 dan PR 15 sekarang; pilihan raya kecil ini menjadi penting dan penentu kerajaan sedia ada. Apakah akan menjadi 17-15 atau 16-16 ?
Allahyarham Dr Rahman

Pas sudah pasti akan berusaha memenangi kerusi ini bagi memberi peluang padanya menubuhkan kerajaan.

Bagi SPR pula ini adalah peluang baginya memulangkan buah keras pada parti pembangkang, terutama Pas yang terus mempertikaikan ketelusan badan itu dalam menguruskan perjalanan pilihan raya di negara ini.

Tuntutan utama Pakatan Rakyat dalam siri himpunan ke seluruh negara adalah perletakkan jawatan segera Pengerusi dan Timbalan SPR dari jawatan mereka yang dituduh menjadi alat kerajaan. Dan PRU13 pada 5 Mei lalu dianggap sebagai satu proses pilihan raya penuh dengan penipuan.

Justeru di atas prinsip itu Pakatan Rakyat, terutama Pas tidak perlu bertanding dalam pilihan raya kecil ini sebaliknya memberi kemenangan percuma pada calon BN.

Ini adalah selaras dengan pendirian dan sikap Pakatan Rakyat terhadap SPR.

Sekiranya Pas turut serta bertanding dalam pilihan raya kecil ini dan kalah; apakah ia akan terus menuduh SPR melakukan penipuan ? Dan sekiranya ia menang; apakah ini bererti SPR adalah telus dan boleh diyakini  kewibawaannya ?

Apa pun yang berlaku Pakatan Rakyat telah menjadikan SPR sebagai kambing hitam untuk menutup kegagalan mereka dalam PRU13 lalu.

Keputusan Pas bertanding dalam pilihan raya kecil ini akan mendedahkan sifat kepuraan dan persepsi salah mereka terhadap SPR selama ini.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan