PMX Anwar Ibrahim mempertahankan keputusan mahkamah melepaskan tanpa dibebaskan Zahid Hamidi dalam kes 47 pertuduhan rasuah dan salahguna kuasa.
Anwar menafikan dia mencampuri dan mempengaruhi kes Zahid Hamidi.
Sebaliknya kata Anwar, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun berkuasa penuh membuat keputusan menghentikan kes perbicaraan Zahid Hamidi tersebut.
Ertinya, Peguam Negara yang membuat keputusan dan bukan Perdana Menteri.
Dr Radzi Jidin MP Putrajaya |
Ok lah kita menerima hujah PMX Anwar dalam isu kes Zahid. Maknanya dia sebagai PM tidak campurtangan dalam kes mahkamah. Yang membuat keputusan adalah Peguam Negara. Peguam Negara berkuasa penuh.
Sekiranya itu dijadikan kayu pengukur kita ingin bertanya: apakah dua kes liwat terhadap PMX pada 1998 dan 2008 adalah keputusan Peguam Negara??
Kerana menurut Anwar, Peguam Negara berkuasa penuh membuat keputusan dan pertuduhan. Namun dalam kes liwat tersebut Anwar telah menuduh kes tersebut adalah satu konspirasi politik untuk menjatuhkannya.
Saya beri hujah ini berdasarkan logik yang Anwar nyatakan.
Dalam dua kes liwatnya, Peguam Negara telah membuat pertuduhan. Dan dua orang Peguam Negara tersebut ialah Allahyarham Tan Sri Mohtar Abdullah dan Tan Sri Abdul Gani Patail.
Dan kes liwat pertama berlaku pada zaman Dr Mahathir. Kes kedua berlaku zaman Datuk Seri Najib Razak. Anwar menuduh keduanya adalah fitnah dan konspirasi politik.
Kes pertama Anwar dipenjarakan enam tahun di atas kesalahan salah guna kuasa. Kes kedua pada masa Najib, Anwar dihukum penjara lima tahun di atas kesalahan liwat.
Anwar tetap menegaskan semua pertuduhan adalah satu konspirasi politik jahat terhadapnya.
Soalannnya: apakah berlaku konspirasi politik dalam dua tempoh masa dibawah dua orang Perdana Menteri?
Kalau dikira logik jawaban Anwar dalam kes Zahid, maka Dr Mahathir dan Najib juga akan menjawab bahawa kes liwat Anwar dahulu adalah keputusan Peguam Negara. Peguam Negara berkuasa penuh.
Seperti cabaran Anwar baru baru ini dalam parlimen tidak ada bukti dia mencampuri kes Zahid. Begitu juga sehingga kini tidak ada secebis pun bukti bahawa Dr Mahathir dan Najib mencampuri kedua kes liwat tersebut.
Sekiranya ada bukti maka Dr Mahathir dan Najib mesti dibawa ke mahkamah untuk keadilan semua.
Mereka lain yang dituduh terlibat dalam konspirasi jahat menjatuhkan Anwar masih hidup. Mereka juga perlu diheret ke mahkamah. Antara mereka selain Dr Mahathir dan Najib adalah seperti Tan Sri Gani Patail, Tan Sri Musa Hassan, Umi Hafilda dan lain lain lagi yang masih hidup.
Sehingga kini tidak ada siasatan atau bukti menunjukkan adanya konspirasi politik dalam kes liwat Anwar Ibrahim.
Namun Anwar setelah menjadi PMX tidak menunjukjan kesungguhan beliau mahu mengheret mereka yang berkonspirasi menjatuhkannya.
Sebaliknya dia sibuk menuduh macam macam terhadap Dr Mahathir dalam isu rasuah dan mengumpul harta. Namun apa yang berlaku sebaliknya - Dr Mahathir pula telah saman dan mengheret Anwar ke mahkamah di atas semua tuduhannya itu.
Tetapi Anwar tidak pula mengheret Dr Mahathir di atas segala pertuduhan liwat yang dikatakan hasil konspirasi politik jahat mahu mencemar peribadinya.
Begitu juga apa yang baru berlaku dalam parlimen semasa Anwar memberi penjelasan dan mempertahankan kes Zahid Hamidi telah berlaku pertelagahan dengan wakil rakyat Putrajaya, Radzi Jidin.
Anwar sebagai wakil rakyat Tambun telah menuduh Radzi Jidin melakukan perbuatan rasuah tanpa memberi bukti. Maka berlaku cabar mencabar. Speaker pula berat sebelah cuba melindungi Tambun. Putrajaya hanya minta Tambun menarik balik tuduhan tersebut. Jawaban Tambun dan Speaker pula berbelit belit.
Akhirnya, Putrajaya membuat kenyataan, " Saya yakin Tambun peliwat".
Putrajaya dan semua MP pembangkang keluar dewan sebagai tanda protes terhadap Speaker yang tidak berlaku adil. Dan tindakan keluar dewan beramai ramai sebagai satu tindakan bermaruah ekoran Tambun menuduh Putrajaya tanpa bukti.
Sebaliknya semasa Putrajaya berkata, "Saya yakin Tambun peliwat" Speaker dan Tambun hanya terdiam senyum. Mereka tidak berkata apa-apa.
Tetapi Putrajaya diarah keluar dewan oleh Speaker kerana enggan duduk sebagai protes terhadap Tambun yang menuduhnya tanpa sebarang bukti.
Yang peliknya bila Putrajaya menuduh Tambun peliwat, Tambun boleh meneruskan ucapannya tanpa sebarang protes dan reaksi.
Putrajaya mengulangi perkataan peliwat itu lebih tiga kali sehingga Speaker menutup suara mikrofon. Namun Speaker dan Tambun tidak pula mununtut perkataan tersebut ditarik balik.