Percayalah selepas diadakan Pru 15, muka-muka lama, muka-muka recycle , muka-muka sampah inilah yang akan berkuasa menjadi menteri, pengerusi itu ini dan sebagainya.
Realitinya majoriti mereka tidak ada kualiti dan tidak layak pun jadi menteri. Sebahagian besar dari menteri-menteri sekarang layak sahaja sebagai pak lawak komedi. Bila muka mulut bercakap terserlah betapa kurang cerdik dan tidak matang. Kita berharap menteri-menteri seperti ini tidak kembali diberikan jawatan.
Itu kategori menteri seperti badut. Ini pula tokoh-tokoh recycle yang masih bernafsu besar untuk kembali berkuasa. Muhyiddin Yassin masih tidak puas menjadi Perdana Menteri selama 18 bulan dan mahu buat kali kedua. Atok Mahathir 96 tahun pun mahu menjadi PM kali ketiga !!!
Zahid Ponorogo pun kepingin sangat-sangat. Bossku yang menginap di Kajang juga mahu kembali ada kuasa, kalau pun tidak boleh jadi PM kali kedua.
Inilah nasib negara yang ku cin tahx bakal mendapat para pemimpin bakul sampah menjadi pengemudi negara. Bahaya !!
Yang pastinya selepas Pru 15 tidak ada parti yang akan menang majoriti. Masing-masing akan bergantung antara satu sama lain untuk survive. Bukan untuk survival rakyat. Tetapi demi survival perut mereka sendiri. Itu realiti. Parti pak lebai pun tidak perlu ber Al Quran dan ber al Hadis. Mereka semua sama - pembohong, penunggang agama demi parti.
Apa pilihan rakyat dalam Pru 15 nanti ? Senang sahaja - pangkah dan undi calon yang bersih, cerdik dan amanah tanpa mengira bangsa dan parti. Pilih calon yang bekerja untuk rakyat.
Jangan lihat rupa bentuk. Contoh janggut, jubah, songkok, kopiah. Ini semua kosmetik. Pilih calon yang berkualiti. Bukan calon yang mahu jadi badut dan pak lawak komedi.
Sekiranya kita tersalah pilih maka mampuih lah kita untuk lima tahun lagi.