Nasib Muhyiddin Yassin ibarat seperti telur dihujung tanduk. Kedudukannya sebagai Presiden parti Bersatu dan masa depannya sebagai ahli politik serta partinya Bersatu semakin terhimpit.
Prn Johor akan berlangsung tidak lama lagi. Dia pula membuat kenyataan tidak akan bertanding mempertahankan kerusinya di Gambir.
Keputusannya itu sebenarnya memberi tamparan besar pada seluruh ahli Bersatu. Bagaimana seorang ketua tidak akan turun ke medan perang. Tentunya ini melemahkan semangat dan moral para ahli parti.
Sekiranya Muhyiddin yakin dengan kekuatan parti Bersatu, dia seharusnya mempertahankan kerusinya. Kerana itu adalah tindakan yang sepatutnya sebagai Presiden parti.
Apa sahaja alasan yang diberikan Muhyiddin untuk tidak bertanding tidak boleh diterima sama sekali. Dia perlu berada di hadapan dan berani menghadapi pilihan rakyat di peti undi.
Alasannya hanya akan turun berkempen dalam Prn Johor adalah tidak munasabah. Nampak kelemahan dia disitu dan partinya Bersatu.
Saya jangka nasib Muhyiddin dan Bersatu akan hanyut dan ibarat kubur tidak bernisan selepas Prn Johor.
Dalam Prn Melaka baru baru ini, parti Bersatu hanya menang dua kerusi. Satu tamparan hebat pada Muhyiddin, Bersatu serta Perikatan Nasional yang diterajui Muhyiddin.
Walaupun Bersatu akan bekerjasama dengan parti Pas, saya jangka ia tidak akan banyak membantu. Sama ada untuk Bersatu atau Pas. Keduanya tidak akan berjaya di Johor.
Ironinya, Johor adalah kubu Muhyiddin dan parti Bersatu sejak Pru 2018.
Tambahan lagi sayugia, Muhyiddin tidak berpengaruh dan berkarismatik seperti Dr Mahathir dalam memikat hati para pengundi.