Dalam keadaan negara darurat dengan ancaman covid 19, kehidupan rakyat marhaen semakin tertekan. Ada hilang kerja. Hilang punca mencari rezeki. Mereka yang tertekan perasaan dan mental semakin serius. Kes bunuh diri pun banyak.
Namun begitu kita lihat perangai pak-pak menteri dan para ahli politik semakin bodoh. Bercakap bodoh dan menunjuk teladan yang tidak baik. Berapa orang menteri dan Y.B yang telah melanggar SOP.
Kelihatan mereka langsung tidak sensitif dengan perasaan rakyat yang semakin sukar menghadapi kehidupan harian.
Ada Menteri Agama pun macam Cap Ayam. Dia pun langgar SOP. Kalau bercakap macam orang bodoh. Hanya layak pegang jawatan tok siak di surau di kampung. Tak tahu lah macam mana dia dapat PHD. Fening wal heran....
Kabinet Mahiaddin sekarang berjumlah lebih kurang 70 orang termasuk Timbalan Menteri. Yang betul-betul buat kerja hanyalah beberapa orang menteri sahaja. Yang lain semua mangkuk hayun. Gaji buta.
Mereka semua tidak cekap. Orang putih kata tidak kompeten.
Tengku Razaleigh Hamzah, veteran Umno menuduh Mahiaddin adalah seorang pemalas dan lembab. Ini berdasarkan pengalamannya bekerja bersama Mahiaddin sebagai Timbalannya 30 tahun dahulu.
Para penyokong Mahiaddin jangan marah saya. Ini bukan saya cakap tapi Ku Li yang cakap. Kalau nak marah boleh pi marah Ku Li.
Ini kejadian terbaru betapa bodohnya pemimpin dan bekas menteri kabinet membuat kenyataan. Dia membuat kenyataan pada media bahawa dia akan ke luar negara kerana ada urusan. Dua kali bodoh bila dia nyatakan urusannya itu bagi mengurus anaknya yang berusia 5 tahun masuk sekolah!! Apa lah punya bangang!! Kalau ya pun tak payah lah hebahkan pada umum. Jaga lah perasaan hati rakyat marhaen.
Rakyat jangankan hendak keluar negara pun tidak boleh disebabkan sempadan ditutup. Kita orang politik tup tup nak ke luar negara pasal nak hantar anak 5 tahun masuk sekolah. Pundek..!!
Apa sudah jadi dengan mentaliti para menteri dan ahli politik kita?? Kenapa begitu rendah sekali tahap pemikiran mereka. Gaji dan elaun berpuluh ribu sebulan namun standard sangat low dan tidak ada kualiti.
Satu sahaja cara bagi menghapuskan tahi-tahi politik ini dari terus menjelma ialah dengan tidak lagi mengundi mereka sebagai calon di kawasan masing-masing dalam Pru 15 nanti.
Undilah calon yang lebih cerdik serta rajin mengambil berat kehidupan rakyat.
Satu lagi calon yang mesti dihindari ialah calon yang berwatak pak lebai yang bukan sahaja menipu malah menunggang agama demi sebuah Mercedes dan wang ringgit. Sudah cukup dah menipu selama 30 tahun. Apa kita tidak serik lagi?
Cukup-cukup lah. Pilih lah wakil rakyat kita yang betul-betul berkualiti dan kuat bekerja untuk rakyat. Bukan sebaliknya.