Selasa, 3 Januari 2017

Isu Porsche Panamera

TENGKU MAHKOTA JOHOR (TMJ) telah menimbulkan isu Tan Sri Annuar Musa menggunakan dana kerajaan untuk membeli Porsche Panamera.

Isunya wang itu diberikan oleh Dr Mahathir untuk digunakan dalam kempen pilihanraya di Kelantan satu masa dahulu.

Setakat ini Annuar Musa hanya memberi respons, "No komen", terhadap isu Porsche Panamera tersebut.



Annuar adalah Ketua Penerangan Umno dan Pengerusi MARA.

Sekiranya isu ini melibatkan para pemimpin pembangkang terutamanya pemimpin Cina DAP, pihak berkuasa secepat kilat akan membuka siasatan hingga ke lubang cacing !

Nampaknya di negara kita mempunyai dua set peraturan dan undang-undang. Satu untuk kerajaan. Satu lagi untuk pembangkang.

Isu ini timbul bukan di tepi jalan atau kedai kopi. Ia perlu pada pencerahan. 

Bak kata arif bistari, "keadilan bukan hanya perlu dilaksanakan tapi mesti kelihatan dilaksanakan".

Anyway, Peace Yo !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan