Selasa, 3 Januari 2017

Najib kena heret Mahathir ke mahkamah

DR MAHATHIR MOHAMAD  sejak dari awal begitu konsisten menuduh PM Najib sebagai tidak amanah dan mengamalkan rasuah.

Isu duit derma RM 2.6 billion dan RM 42 juta duit SRC yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib adalah antara isu pokok.

Najib hanya menafikan tuduhan tersebut tanpa mengambil apa-apa tindakan bagi membersihkan namanya.

Peguam Negara dan SPRM kelihatan kehilangan taring bagi merungkai masalah yang tersimpul.

Mereka yang mempertahankan Najib pula hanya menyerang balas Dr Mahathir dengan menuduh negarawan itu melakukan rasuah lebih besar sejumlah RM 100 billion sepanjang 22 tahun berkuasa.

Ertinya, kalau Najib ada skandal RM 2.6 billion, maka apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan RM 100 billion. Atau kalau Najib rasuah, Dr Mahathir pun mengamalkan rasuah juga; apakah bezanya ?

Begitulah kira-kiranya apa yang dapat dibaca dari serangan balas terhadap Dr Mahathir.


Soalnya; Dr Mahathir kini telah tidak berkuasa lagi. Bahkan banyak jawatan dan kemudahan yang diterimanya telah pun ditarik balik oleh kerajaan. Orang tua itu sudah tidak berkuasa dan mampu berbuat apa-apa lagi.

Namun Najib sehingga sekarang terus berkuasa dan bertambah kukuh kedudukannya dalam parti dan kerajaan. Jabatan Peguam Negara, polis dan SPRM masih setia dan bersedia menerima apa sahaja arahan PM.

Kenapa Najib tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Dr Mahathir dalam isu 100 billion itu ? Bawa orang tua itu ke mahkamah sekiranya ada bukti dia songlap duit sebanyak itu.

Tidak perlulah bermain dengan isu tanpa mengambil sebarang tindakan.

Sekiranya Dr Mahathir masih berkuasa apakah depa fikir orang tua itu tidak akan mengheret Najib ke mahkamah bagi membersihkan imejnya yang tercemar dalam isu 2.6 billion dan duit SRC itu ??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan