CABARAN Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertanding melawan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PRK di DUN Kajang ini apa cerita ??
Azmin buat cabaran itu setelah kekosongan Dun Kajang oleh ahli PKR sendiri dan kononnya itu adalah satu taktikal parti di Selangor dengan memberi laluan pada Anwar bertanding seterusnya membuka peluang pada Anwar menjadi MB Selangor.
Satu soalan bodoh untuk Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR; kenapa tidak mencabar Najib bertanding di Putrajaya atau di Pekan ? Apa urusan Najib dengan taktikal parti lawan itu ? Sebagai PM, dia pun jadi sama bodoh dengan Azmin sekiranya menerima cabaran bodoh dan tak masuk akal itu.
Sebagai pemimpin politik, saya sentiasa mengira Azmin hanyalah seorang ahli politik kurang matang. Dia boleh dikatakan sama standard dengan seorang lagi pemimpin muda Pas, Datuk Husam Musa. Keduanya adalah dalam kategori dan kualiti yang sama.
Azmin yang bernafsu menjadi MB perlu cermin dirinya dahulu. Pencapaiannya dalam politik hari ini bukan kerana dia pintar atau mempunyai apa-apa keistimewaan. Sebaliknya semua itu adalah koinsiden dan sebab musabab dengan peristiwa yang berlaku. Ertinya, dia nasib baik lah.
Begitu juga dengan Husam Musa. Pada PRU13 lalu dia bertanding di Putrajaya dan orang menggelarnya "Sultan Al Fateh"(hahaha). Dan terbaru ada orang menyifatkannya seperti Hang Tuah(hahaha) ekoran pergolakkan politik dalaman di Kelantan.
Tetapi pada saya, Azmin dan Husam bukan Hang Tuah jauh sekali nak disamakan dengan Sultan Al Fateh. Saya lebih suka samakan mereka berdua atas sikit pada watak Labu-Labi seperti dalam filem Allahyarham P. Ramlee.
Alasan Azmin kononnya Anwar bertanding di Dun Kajang adalah satu taktikal parti hanyalah satu alasan syok sendiri. Apakah semua orang sudah lupa karenah Anwar selepas keputusan PRU13 lalu yang memperlecehkan kewibawaan SPR ?
Tiba-tiba hari ini dia yakin pulak dengan SPR dan mahu bertanding dalam PRK yang tentunya dikendalikan badan yang dikecamnya itu. Sebabnya mudah bagi orang politik seperti Anwar, Azmin atau Husam bila sesuatu berpihak padanya ia akan sokong. Tetapi bila tidak berpihak padanya ia akan mempertikai dan mempersoalkan apa saja.
Cuma kita berharap dalam PRK Dun Kajang nanti Anwar dan Azmin boleh menerima keputusan dengan baik. Jangan pulak bila kalah nanti mereka tuduh macam-macam terhadap SPR termasuk menuduh BN bawa masuk pengundi hantu Bangla dan sebagainya.
Pada Azmin dan Husam sebagai pemimpin masih muda tak payahlah ikut jejak Anwar yang menerima elaun RM 1 (Satu ringgit) sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Kini terbukti nilai politik Anwar hanya sebanyak seringgit itu lah.

Azmin Ali |

Husam Musa |