Khamis, 25 Julai 2013

Datuk Mukhriz azam bawa Kedah kembali gemilang

DENGAN perlantikkan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri (KFA) memberi harapan pasukan Hijau Kuning itu akan kembali bersaing menjadi salah sebuah pasukan gergasi dalam Liga Malaysia.

Datuk Mukhriz berazam mengembalikan zaman kegemilangan pasukan Hijau Kuning yang telah menjuarai beberapa kali Piala Malaysia dan Piala FA di era 80 dan 90an.

Dibawah pimpinan Allahyarham Datuk Basri Akil, Kedah pernah mencapai tahap kemuncak dalam Liga M dan menjadi salah sebuah pasukan disegani. Antara jurulatih tempatan yang berjaya meraih kejayaan bersama Kedah ialah Hj Ahmad Shafie dan jurulatih import Robert Alberts yang kini membimbing pasukan Sarawak.

Namun kini pasukan Kedah adalah antara pasukan yang tercorot dalam Liga M.

Datuk Mukhriz mungkin boleh mengambil inspirasi dari Tan Sri Annuar Musa yang telah berjaya menaikkan imej Kelantan menjadi sebuah pasukan yang berjaya di negara ini. Kelantan juga mengalami zaman suram dalam bolasepak sebelum ini sehingga pernah jatuh ke Liga Kelab FAM.

Berkat usaha gigih Tan Sri Annuar, Kelantan kini telah memenangi hampir kesemua Piala berprestij di negara ini. Bahkan pasukan yang digelar The Red Warriors itu berjaya mendapat penajaan dari beberapa korporat besar tempatan.

Kini KFA di bawah pimpinan Datuk Mukhriz mempunyai masa depan yang cerah untuk kembali bersinar seperti di zaman kegemilangan " Pulun Kedah Pulun" itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan