NAIB Presiden Pas, Datuk Husam Musa dilantik menjadi Timbalan Pesuruhjaya Tiga Pas Negeri Kelantan. Perlantikkan ini diumumkan oleh Menteri Besar merangkap Pesuruhjaya Negeri. Dua lagi ialah Datuk Amar Nik Abdullah sebagai Timbalan Pesuruhjaya Satu dan Senator Datuk Dr Johari Mat sebagai Timbalan Pesuruhjaya Dua.
Semasa era Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar, Husam adalah exco kanan merangkap Timbalan Pesuruhjaya Dua.
Kedudukan Datuk Amar sebagai Tim. Pesuruhjaya Satu sekarang adalah sesuai dengan sifatnya sebagai Timbalan Menteri Besar, Kelantan. Perlantikkan Dr Johari Mat tidak perlu dipersoalkan kerana beliau memang layak.
Apa yang menarik untuk diikuti ialah kedudukan Datuk Husam. Sebagai bekas exco kanan dan seorang bertaraf Naib Presiden parti yang tidak tersenarai dalam barisan exco negeri dibawah pimpinan Datuk Ahmad Yakob. Kini hanya dilantik Tim. Pesuruhjaya Tiga.
Apakah perlantikkan Husam ini hanya bersifat diplomasi dan ingin mengambil hati ? Semua orang tahu Husam tidak berpuas hati dengan kedudukannya dalam kerajaan negeri selepas PRU13 dan sepeninggalan Datuk Nik Aziz sebagai MB.
Husam seolah disisihkan dan ditikam belakang dari kalangan pimpinan negeri kelahirannya sendiri. Sebab itu juga lah beberapa bulan dulu dia mengamuk dalam sidang DUN dengan memberi kritikan tentang beberapa kelemahan pentadbiran kerajaan negeri.
Tindakannya itu mengejutkan semua pihak termasuk dari Umno. Ada juga yang mempertikaikan tindakannya itu yang seolah mahu melepaskan geram terhadap rakan-rakannya dalam parti yang memainkan peranan menyisihkannya dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Seolah kelihatan dia tidak begitu ngam dengan Datuk Ahmad Yakob, lebih-lebih lagi Datuk Amar yang seperti telah merampas kedudukannya sebagai TMB.
Tetapi mujur lah dia masih terpilih oleh ahli parti sebagai salah seorang dari tiga Naib Presiden di Muktamar Pas baru-baru ini. Jika tidak Husam bakal hanyut dalam karier politik nya sementara waktu.
Setakat ini Husam belum buat sebarang kenyataan mengenai perlantikkannya itu. Namun pada hakikatnya sebagai Naib Presiden, bekas exco kanan, bekas calon Pas di Putrajaya yang begitu populis dan sebagai calon yang disebut-sebut bakal menjadi Timbalan Presiden dan seterusnya Presiden parti - Husam mungkin buat bising lagi sebagaimana dia bising dalam sidang DUN tempoh hari.
Sekali lagi kematangannya sebagai ahli politik akan diuji. Husam perlu mengelak dari beremosi bersesuaian dengan sifat nya sebagai Naib Presiden parti. Dia bukan Naib Ketua Pemuda atau pemimpin cawangan !

Datuk Husam Musa |