Ahad, 15 Disember 2013

Mat Sabu dan Syiah

KERAJAAN mesti mengambil tindakan tegas terhadap Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, bersabit dengan tuduhan amalan Syiah yang dianutinya. Kerajaan dan Jakim tidak boleh melengah-lengah atau mengheret tempoh dakwaan di mahkamah.
Tim.Pres. Pas Mat Sabu

Rakyat sedang menunggu tindakan selanjutnya. Sekiranya kerajaan dan Jakim tidak bertindak dan hanya bercakap, maka orang ramai akan menuduh pihak berkuasa hanya bermain politik dan tidak serius.

Kesediaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Zahid Hamidi untuk berdepan dengan Mat Sabu di mahkamah adalah sesuatu yang positif. Ini menunjukkan beliau tidak melempar tuduhan liar tanpa asas.

Reaksi Mat Sabu pula untuk menyaman Zahid di atas tuduhannya itu lebih kelihatan satu tindakan politik. Apakah Mat Sabu betul berani saman Zahid di mahkamah ?

Banyak orang percaya Mat Sabu hanya gertak dan cakap kosong sahaja. Dia tidak mungkin membawa kes ini ke mahkamah. Kalau dia saman juga, kesnya tidak akan menang.

Oleh itu kerajaan perlu buktikan dalam kes ini ia tidak bermain politik. Seperti kata Zahid, KDN bertanggungjawab terhadap keselamatan negara. Jakim pula soal akidah.

Jika kerajaan bersikap hangat-hangat tahi ayam dalam kes Mat Sabu ini, pada lain masa rakyat awam akan hilang keyakinan serta akan mempersenda apa sahaja kenyataan pihak berkuasa. Lebih-lebih lagi parti Pas yang pastinya mendapat modal bagi memperlekehkan kerajaan.

Dan Zahid sebagai Menteri Dalam Negeri akan diberi gelaran sebagai Menteri Amaran !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan