Khamis, 22 Ogos 2013

Terkenang pemimpin Umno dahulu

SUDAH kelihatan orang tidak lagi menghormati dan menyanjung tinggi para pemimpin tertinggi Umno. Ia bukan sahaja dari rakyat biasa malah para ahli Umno sendiri.

Orang sudah tidak segan memperlekeh dan memperbodohkan Presiden parti lantaran tidak berpuas hati dan mempertikai segala langkah dan keputusannya berkait dengan bangsa dan parti.
Tun Dr Ismail

Semasa Pak Lah Badawi menjadi Perdana Menteri dan Presiden parti beliau diperlekehkan dan diberi berbagai gelaran. Selepas Pak Lah dipaksa berundur dan Datuk Seri Najib Razak mengambil alih ada sedikit perubahan.

Namun tidak lama terutama selepas PRU13, Najib pula menerima nasib sama seperti Pak Lah; diperlekeh dan dipertikai segala tindakannya.

Tetapi Najib sehingga sekarang masih dapat bertahan tidak seperti Pak Lah yang akur dan mengalah dengan tekanan yang akhirnya meletakkan jawatan. Walaupun begitu suasana kini ada gerakkan mahu Najib ditukar dan digantikan.

Cuma tidak ada hulubalang yang berani ke depan seperti yang dilakukan Dr Mahathir Mohamad dengan dibantu TS Muhyiddin Yassin ketika memberi tekanan pada Pak Lah.

Sekarang masa Najib hanya sosek-sosek dibawah dan ditambah dengan suara-suara para blogger pro Umno yang telah memberi sokongan sebelum dan sepanjang PRU13. Mereka pun kini dah mulai bosan dengan Najib dan mulai memperlekehnya sebagai pemimpin.

Tidak ada paling perit bila ada kaum melayu lebih-lebih lagi para penyokong Umno sendiri berani menghina serta memperlekeh pemimpinnya sendiri. Di mana silapnya ?

Bila ini berlaku maka terkenang pada para pemimpin melayu Umno zaman dahulu yang disegani malah disanjungi para ahli parti. Mereka bukan sahaja terdiri dari pemimpin yang dihormati malah sangat berani dan tegas dalam memperjuangkan kepentingan bangsa.
Syed Jaafar Albar

Tidak ada dan tidak pernah mereka diperlekeh dan direndah-rendahkan para penyokong sendiri dan diberi berbagai gelaran yang hodoh dan jelek.

Selain Allahyarham Tunku, Tun Razak beberapa pemimpin Umno seperti Tun Dr Ismail Ab.Rahman, Tan Sri Syed Nasir Ismail, Tan Sri Syed Jaafar Albar (Singa Umno) dan Datuk Harun Idris adalah antara pemimpin melayu yang sukar dicari ganti.

Mungkin zaman telah berubah. Dengan dunia tanpa sempadan serta teknologi canggih di hujung jari segalanya perlu diadaptasi.

Dalam konteks ini apakah pemimpin dan rakyat tidak seiringan atau sentuhan pemimpin tidak sampai dan menyentuh sanubari massa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan