Rabu, 12 Julai 2017

Bila Singapura Akan Bertindak Terhadap Jho Low?

DI Mahkamah Singapura,  Pendakwaraya telah membuat kenyataan bahawa syarikat pelaburan 1MDB telah menjadi mangsa Low Taek Jho atau Jho Low melalui transaksi penipuan dan penyelewengan atau money laundering dari  dana syarikat tersebut.

Pendakwa itu berhujah ketika mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap seorang banker yang dipenjarakan selama 54 bulan di atas kesalahan menipu, bersubahat bersabit transaksi dana yang berkaitan 1MDB dibawah undang-undang pengubahan wang haram di republik itu.

Singapura adalah satu-satunya negara di dunia yang telah menjatuhkan hukuman penjara terhadap mereka yang melanggar undang-undang bersabit skandal 1MDB. Setakat ini empat bekas banker telah dipenjarakan dan beberapa bank asing dikenakan kompaun dan diarah tutup operasinya.

Dan kesemua kes tersebut mempunyai kaitan dengan aliran dana 1MDB.


Selain Singapura,  kes 1MDB masih lagi dalam proses siasatan dibeberapa buah negara seperti Amerika,  Swiss, Luxermbourg, Hong Kong dan London.

Tetapi di Malaysia 1MDB tiada kes.  PM Najib Razak dan parti Umno bersikap seperti tiada apa-apa yang berlaku.  Dan ini diperkuatkan lagi menerusi Peguam Negara,  Apandi Ali yang mengesahkan tiada salah laku dan penyelewengan dalam 1MDB.

Dalam perbicaraan di Singapura,  ada direkodkan bahawa Jho Low telah menyelewengkan berbillon wang ke dalam akaun syarikat miliknya.  Dan wang itu dibelanjakan dengan membeli barang-barang mewah seperti lukisan, kapal layar, hartanah dan sebagainya.


Jho Low juga dikatakan sebagai arkitek dalam skandal 1MDB. Mereka yang dipenjarakan di Singapura itu dikatakan bekerja dan kenalan Jho Low.

Mereka yang terbabit dan bersubahat telah pun dibicarakan dan menerima hukuman.  Kini hanya tinggal Jho Low.

Dia kini menjadi pelarian dan bersembunyi dari publisiti dan pandangan umum.

Sekiranya pihak berkuasa Singapura mula bertindak menangkap dan mengheret Jho Low ke mahkamah maka sudah pasti banyak perkara yang tersirat dan rahsia akan terdedah termasuk mereka VVIP yang terpalit sama dalam skandal ini.

Apakah Singapura akan bertindak terhadap Jho Low?

Namun di Malaysia, Jho Low seperti kebal dan kalis peluru.  Tidak pernah disentuh pihak berkuasa.

Kekebalannya seolah seperti seorang pejuang ketuanan melayu!! 

Isnin, 10 Julai 2017

Selamat Ulang Tahun Ke 92 Tun Dr Mahathir

HARI ini genap usia Tun Dr Mahathir Mohamad yang ke 92 tahun.  Selamat hari ulang tahun Tun.

Seperti pernah dikatakan Tun,  dalam usia 92 ia dianggap sebagai satu yang diluar kebiasaan dialami orang lain.  Ertinya,  usia sebegitu dikira terlebih tahap normal.

Semua ini adalah kehendak dan kuasa Allah swt yang diberikan pada Tun.

Ayahanda Tun Dr Mahathir

Dalam usia lanjut itu Tun masih mampu bergerak ke sana ke mari termasuk memenuhi undangan di luar negeri.  Tun juga masih terus mampu menyumbangkan idea dan fikirannya melalui tulisan-tulisannya yang sentiasa ditunggu-tunggu para pembaca.

Apa pun persepsi orang terhadap Tun baik secara positif atau negatif , Tun tetap dilihat sebagai seorang negarawan dan politikus hebat negara ini.

Tidak seperti bekas-bekas pemimpin seangkatan dengannya yang jauh lebih muda, lebih selesa berdiam diri dan membisu dalam menyatakan pendirian secara tegas mengenai isu-isu mendepani negara.

Namun tidak Tun yang dikira sudah mempunyai kehidupan yang selesa dan mempunyai segala kemudahan sebagai seorang negarawan.

Tun terus mengaktifkan diri terlibat secara langsung bersama denyut hati rakyat. Kerana prinsip politiknya sejak usia muda beliau akan menegur secara terus terang sekiranya ada sesuatu yang tidak betul berlaku terutama melibatkan kepentingan bangsa dan negara.

Tindakan dan langkah politiknya adalah diluar kebiasaan yang tidak terfikir pihak lawan seperti keluar dari Umno dan keputusannya bersama satu barisan dengan seteru politiknya seperti Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim.

Bagi musuh politiknya tindakannya itu adalah tiada prinsip dan U turn.  Namun itulah pragmatisnya Tun dalam berpolitik.  Politik realistik dalam usaha menjatuhkan pihak lawan.

Tun sedang menunggang kuda

Dan kehebatan Tun bukan sahaja dalam politik malah dalam usia lanjut begitu pun beliau masih mampu menunggang kuda sesuatu aktiviti yang disukainya.

Bayangkan orang tua berusia 92 tahun masih mampu naik kuda saban minggu bagi mengisi masa lapangnya. Itulah kehebatan Tun yang memperlihatkan sebagai pemimpin hampir serba sempurna.

Namun apa pun sebagai manusia Tun juga mempunyai kekurangan dan kelemahan sebagai seorang pemimpin.

Begitu pun jasa dan sumbangannya selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri tidak mudah luput dari sejarah negara sehingga generasi seterusnya.

Selamat ulang tahun ke 92 , Tun.  Semoga diberikan kesihatan dan keberkatan Allah swt.



Bapa Ketujuh Selepas PRU14

Pertama - Bapa Kemerdekaan

Kedua     - Bapa Pembangunan

Ketiga.    - Bapa Perpaduan

Keempat- Bapa Industri dan Pemodenan

Kelima   - Bapa Tidoq

Keenam - Bapa Cash Is King

Ketujuh - Bapa ......???

Ya Allah ya TuhanKu Selamatkanlah Negaraku dari kepimpinan Bapa yang merugikan bangsaku. 

Sabtu, 8 Julai 2017

Antara pertahankan Najib atau Umno ?

APAPUN pandangan negatif terhadap Dr Mahathir,  beliau masih lagi antara Perdana Menteri(PM) terbaik pernah dilahirkan sejak merdeka.

Sejak Dr Mahathir berkerat rotan dan berpatah arang dengan Najib dan Umno berbagai gelaran diberikan padanya seperti bersikap U turn dan tidak berprinsip dalam pendirian politiknya.

Semua itu berlaku kerana beliau mempunyai satu sahaja matlamat iaitu menjatuhkan Najib.  Berada satu pentas dengan Lim Kit Siang dan kembali bertaut dengan Anwar Ibrahim adalah antara langkah realistik dalam mencapai misi menjatuhkan Najib.

Tanpa langkah-langkah tersebut matlamat mengusir Najib dari Putrajaya tidak akan berkesan.

Ketika era Dr Mahathir negara berada dalam kedudukan yang cukup tinggi dan dihormati,  disegani seluruh masyarakat antarabangsa.


Kita sentiasa berada didepan dalam isu-isu dunia diperingkat Asean, OIC,  PBB,  Negara Dunia ketiga,  Dialog Selatan-Selatan dan lain-lain lagi.

Kita bukan sahaja berani bersuara,  malah sentiasa berada didepan menjuarai  bagi pihak blok-blok negara tersebut. Kita menjadi pemimpin dalam isu-isu tertentu bukannya hanya menjadi pengikut dan memanaskan kerusi sahaja.

Pendirian kita dihormati malah ditunggu-tunggu negara-negara sedang membangun yang lain.

Semua itu disebabkan faktor sikap dinamik dan karismatik yang ada pada Dr Mahathir.  Sehingga di Indonesia, mereka memanggilnya sebagai "Sukarno Kecil".


Sekarang ini dimana kedudukan Malaysia diperingkat dunia? Dimana kedudukan Najib diperingkat Asean? Tidak perlu disebut diperingkat OIC,  Dunia Ketiga,  Negara Maju dan sebagainya,  kepimpinan negara tenggelam dan diketawakan dengan isu-isu tidak perlu seperti korupsi.

Kita hilang kedudukan sebagai peneraju dan watak utama dalam berbagai isu antarabangsa. Kita tidak lagi disegani dan dihormati apatah lagi digeruni masyarakat antarabangsa.  Kita menjadi begitu tersohor pada perkara salah diwaktu yang salah.

Semua ini perlu dipulihkan kembali melalui PRU14 ini.

Ahli-ahli Umno telah melakukan kesilapan besar kerana tidak dapat membezakan antara mempertahankan Najib dengan mempertahankan Umno. 

Berani Kerana Benar Takut Kerana Salah

PM Najib Razak melihat Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang yang tidak ada prinsip dan panik bila negarawan itu menyatakan sokongannya pada Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri(PM).

Dikatakan  tidak ada prinsip kerana Dr Mahathir telah memecat Anwar dari jawatan TPM, kerajaan dan Umno pada 1998. Selepas itu kedua mereka menjadi seteru politik.

Najib kata Dr Mahathir kini panik kerana siasatan RCI dalam skandal Forex Bank Negara semasa dia berkuasa yang melibatkan kerugian berbillion.

Soal Dr Mahathir tiada prinsip dan panik adalah subjektif seperti yang dijawabnya mengenai pendiriannya menyokong Anwar sebagai PM.

Hujahnya adalah jelas sekiranya Anwar mendapat pengampunan Yang DiPertuan Agong maka Anwar layak menjadi PM. Dan ini jelas tiada isu disini kerana Anwar telah menjalani hukuman dan sekiranya mendapat pengampunan dia layak menjadi ahli parlimen dan bertanding.

Soal sejarah dahulu antara Mahathir -Anwar tidak perlu dibangkitkan kerana ia boleh menimbulkan masalah Pakatan Harapan menghadapi PRU14.


Fokus utama adalah menjatuhkan Najib Razak yang telah terpalit dalam skandal 1MDB yang cuba dialihkan isunya pada isu Forex Bank Negara.  Isunya sama sahaja ia berkait dengan soal penyelewengan.

Soalnya siapa sebenarnya yang panik?  Dr Mahathir sudah tidak berkuasa sekarang dan sudah hilang kukunya.  Pihak berkuasa boleh mengambil tindakan sekiranya dia bertanggungjawab kerugian Bank Negara. Tidak ada siapa boleh menghalang tindakan pihak berkuasa.

Namun bagaimana dengan isu 1MDB dimana Najib mempunyai kaitan secara langsung sebagai Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB. Semua urusan syarikat itu berada dalam pengetahuan dan arahannya.

Yang sebenarnya Najib lah yang berada dalam panik dengan langkah Dr Mahathir bergabung dengan Anwar bagi mengalahkan Umno dan BN dalam PRU14 ini.

Sekiranya Najib dan Umno-BN tumbang sudah pasti skandal 1MDB akan disiasat dan dibongkar sehingga lubang cacing dan mereka yang bersalah diheret ke mahkamah.

Semua ini bakal terjadi kerana kesilapan dan kelemahan kerajaan sendiri kerana tidak mengambil sikap tegas dan telus menyiasat 1MDB. Kerana kelihatan seolah ada mereka yang terlibat mahu dilindungi.

Tempoh masa kerajaan Najib berkuasa sekarang akan tamat paling lewat Ogos 2018. Selepas itu PRU mesti diadakan.

Mulai dari sekarang tempoh itu tidak panjang dan semakin hampir.  Tidak banyak yang dapat dibetulkan oleh sesiapa pun dalam tempoh tersebut sekiranya ada pihak ingin membetulkan keadaan yang semakin berterabur dan kabur.

Seperti kata pepatah berani kerana benar.  Takut kerana bersalah. Jadi yang tidak bersalah tidak perlu lah panik.


Khamis, 6 Julai 2017

Tuan Ibrahim Cabar Bentangkan Laporan 1MDB

TIMBALAN Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man mencabar pihak kerajaan membentangkan laporan Ketua Audit Negara berkenaan 1MDB pada umum sekiranya tidak ada penyelewengan dan pencurian dana syarikat pelaburan itu.

Kerajaan melalui Peguam Negara menafikan adanya penyelewengan dan salah urus dipihak 1MDB.

Laporan Ketua Audit Negara itu kini diklasifasikan di bawah Akta Rahasia Resmi (OSA).

Permintaan dan cabaran Tuan Ibrahim itu bukan perkara baru malah itulah yang diharapkan sekalian rakyat.

Kenapa jika tidak ada kesalahan dan penyelewengan pengurusan 1MDB maka ia perlu dirahasiakan pada umum.  Bentangkan pada umum biar jelas dan terang apa yang berlaku.

Dipihak kerajaan soalannya boleh atau tidak boleh?  Jawab Ya atau Tidak?



RM2.6 Billion Duit Siapa?

DUA tahun isu 1MDB menjadi berita panas dalam dan luar negeri. Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report antara media utama mendedahkan penyelewengan dana 1MDB oleh individu tertentu yang telah diketahui umum.

Tuduhan utama adalah adanya aliran wang masuk ke akaun peribadi MO1 sejumlah RM2.6 billion. Inilah asas tuduhan penyelewengan 1MDB.

Duit itu dikatakan duit 1MDB yang berpusing-pusing dari satu akaun ke satu akaun lain sehingga akhirnya masuk singgah ke dalam akaun peribadi MO1.

MO1 menafikan ia adalah duit 1MDB. Sebaliknya mengakui betul duit sejumlah tersebut masuk ke akaunnya tetapi ia adalah duit derma daripada kerabat Diraja Saudi Arabia.

Itulah asas cerita 1MDB ini yang mendapat perhatian dunia antarabangsa.

Kerajaan MO1 menganggap semua tuduhan WSJ dan Sarawak Report berniat jahat dan fitnah.

Namun sehingga saat ini tidak ada satu pun tindakan kerajaan yang konkrit ke atas kedua media asing tersebut.

MO1 ada berkata akan menyaman WSJ dua tahun lepas.  Tetapi hingga sekarang tidak ada saman.  Hanya berulang-ulang menganggap semua tuduhan berkaitan 1MDB adalah fitnah.

Yang peliknya sejak dua tahun lalu hingga sekarang WSJ dan Sarawak Report terus konsisten melaporkan berita-berita baru pada saban minggu dan bulan mengenai penyelewengan dalam 1MDB lengkap butiran dan dokumennya sekali.

Tindakan balas kerajaan hanyalah menganggapnya sebagai fitnah jahat pihak asing bagi menjatuhkan kerajaan. Itu sahaja.  Dan jawaban ini tidak begitu menyakinkan terutama sebahagian besar rakyat bawahan.

Al Sheikh Jho Low

Kalau kerajaan benar-benar ingin hapuskan isu 1MDB ini yang dianggap fitnah dan tidak benar memang lah mudah sekali. Ia boleh dilakukan sekaligus menghancurkan usaha parti pembangkang menggunakan isu ini dalam PRU14.

Cara yang mudah dan berkesan itu adalah dengan meminta kerabat DiRaja Saudi Arabia yang dikatakan menderma 2.6 billion pada MO1 itu membuat kenyataan terbuka dan mendedahkan dirinya yang sebenar.

Dan dia boleh adakan sidang media tergempar dengan menceritakan dan mengakui apa cerita sebenarnya derma 2.6 billion itu.

Sekiranya ini dapat dilakukan maka habislah WSJ,  Sarawak Report dan parti-parti pembangkang mati akal dan kerajaan berada dipihak yang benar.

Kenapakah ini tidak dilakukan bagi menutup terus cerita 1MDB ini yang memalukan negara.  Kenapa sukar sangatkah hendak minta kerabat raja itu membantu kerajaan yang merupakan sekutu rapat Saudi Arabia.

Sekiranya ini tidak dapat dilakukan maka benarlah seperti tuduhan WSJ dan Sarawak Report duit 2.6 billion yang masuk dalam akaun peribadi MO1 itu adalah duit 1MDB yang dicuri oleh Low Taek Jo atau Jho Low.



Isnin, 3 Julai 2017

Husam Musa Bukan Calon MB Kelantan

CADANGAN Penasihat DAP Lim Kit Siang agar Datuk Husam Musa menjadi calon MB Kelantan sekiranya Pakatan Harapan berjaya menawan Kelantan pada PRU14 nampaknya telah ditolak dan dikuburkan secara diplomasi oleh Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub.

Husam  adalah Penasihat Amanah Kelantan merangkap Naib Presiden. Tetapi Husam adalah bekas pemimpin Pas yang terakhir dan paling lewat menyertai Amanah dibandingkan bekas pemimpin- pemimpin Pas lain ketika ia ditubuhkan.

Jawatan Naib Presiden yang diberikan pada Husam itu juga seperti langkah penuh diplomasi bagi menghargai keputusannya yang sedikit lewat menyertai Amanah. Dan tidak dinafikan Amanah juga mahu menggunakan aura Husam menghadapi Pas di Kelantan.


Husam Musa

Cadangan Kit Siang itu jujur kerana mahu menumbangkan kerajaan Pas pada PRU14 ini.  Dan Kit Siang hanya lihat Husam sebagai calon MB.

Dengan tempelak Salahuddin selaku Timbalan Presiden parti dan antara pengasas Amanah itu memberikan mesej jelas Husam bukan calon pilihan parti. Kerana menurut Salahuddin ramai lagi calon yang layak dalam Amanah bagi jawatan MB itu.

Salahuddin Ayub




Sekiranya Salahudin menerima dan bersetuju dengan cadangan Kit Siang itu dia tidak akan buat kenyataan seperti yang dilaporkan dalam hampir semua media.

Ini tidaklah bermakna mahu merendah-rendahkan kebolehan Husam yang sedikit sebanyak mempunyai pengaruh dikalangan anak muda.

Dalam masa yang sama ada juga yang memandang Husam agak keterlaluan dan meletakkannya dikedudukan terlalu tinggi dan tidak sepadan dengan kemampuannya.

Kalau hendak dikira sekadar contoh, Salahuddin lebih layak dan matang dari segi perwatakan dan politiknya untuk dicalonkan sebagai MB. Lagi pun Kelantan bukan asing buat Salahuddin kerana dia pernah menjadi wakil rakyat kawasan Kubang Kerian.

Seperti kata Salahuddin mengenai cadangan Kit Siang itu bahawa masih ramai lagi calon yang layak dan ini bergantung pada keputusan parti yang mempunyai majoriti jumlah kerusi.








Ahad, 2 Julai 2017

Tuan Ibrahim Tampar Muka Najib - Hadi

TIMBALAN Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man telah membuat kenyataan mengenai isu siasatan DOJ ke atas 1MDB seperti ibarat memberi penampar ke muka Presidennya, Hadi Bawang dan khasnya PM Najib Razak.

Tuan Ibrahim secara terang dan jelas berkata, isu DOJ tidak akan timbul sekiranya kerajaan telus dalam menyiasat dan mengheret penipu dan penyangak dana 1MDB ke muka pengadilan.

Langkah kerajaan merahsiakan laporan Ketua Audit Negara mengenai penyelewengan 1MDB, ketidakmampuan SPRM menyiasat, kemandulan PAC dan lain-lain telah mendorong pihak luar melakukan siasatan dan mendedahkannya secara terperinci.

Tuan Ibrahim Tuan Man

PM Najib dan Hadi pula mempertahankan 1MDB kononnya tindakan DOJ adalah mainan politik pihak asing bagi menjatuhkan kerajaan Islam.

Kenyataan tegas Tuan Ibrahim adalah sesuatu yang ditunggu semua lapisan rakyat.  Ia cukup jelas dan tidak seperti Najib dan Hadi yang cuba mempertahankan benda yang salah dalam alasan yang kabur pula.

Syabas Tuan Ibrahim.  Memang demo layak jadi pemimpin parti Isle. Bukan seperti Tuan Presiden demo cakap klu klek, klu klek tak tahu gapo!

Skandal penyelewengan 1MDB mempunyai asas yang sukar ditutup dengan cara apa sekali pun.

Dan ia adalah satu skandal penyelewengan dan pengubahan wang haram terbesar dalam sejarah dunia!

I love you Tuan Ibrahim!
I love you Tuan Ibrahim!

Haha.... Moga Allah lanjutkan usia Tuan dalam menentang segala penipuan dan kepalsuan.

Takbir 3x !!

Sabtu, 1 Julai 2017

NEWS UPDATE: DOJ - 1MDB

Someone sent me this comment:

FOUR IMPORTANT FACTS

(1) Herewith cfm to Mkini, that Swiss AG confirms CRIMINAL investigations ongoing meaning criminal prosecution/charges/warrants will follow in due course

(2) MAS Ravi Menon stated no new cases arising from the latest round of DoJ action BUT they will not hesitate to take action on new leads arising from ONGOING investigations in Singapore (which is being done by the police in Singapore) these are CRIMINAL cases being lined up against Jho (1st foremost) but others too, and please note some people have already said a warrant exists for Jho should he come to Singapore arrested on entry, but no red interpol yet as charges not laid, a matter of time ONLY

(3) DOJ, wait for the criminal grand jury indictments, WSJ, never wrong yet, and btw and interesting article today by them putting a UAE ambassador in the criminal prosecution cross hairs, his name will come up a lot soon, the fixer.........

but WSJ have stated criminal grand jury cases at least ONE person, but this will be in the end 9-10 including from this top 20 now add the ambassador fellow :

LOW TAEK JHO
Shahrol Azral Ibrahim Halmi
Casey Tang Keng Chee
Jasmine Loo Ai Leng
Larry Low Hock Peng
Low May Lin
Low Taek Seen (Szen)
Eric Tan Kim Loong (Jho so means this list 19 plus the new Ambassador fellow)
Tarek Essam Ahmad Obaid (Saudi and Swiss national)
Prince Turki bin Abdullah Al Saud (son of the late Saudi King) (Saudi national)
Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny (US national)
Khadem Abdulla Al Quibaisi (UAE national)
Patrick Mahony (UK national)

Lodin Bin Wok Kamaruddin

Mohammad Najib Bin Tun Haji Abdul Razak
Rosmah Mansor and Riza Shahriz Bin Abdul Aziz .....so

(4th) is WHEN, THE TIMING...........it's imminent, the DoJ doesn't have to wait for the civil court cases to commence hearings, they will INDICT one first, Jho obviously and expect Singapore and Swiss to announce cases/warrants exactly the same TIME, all working together!