ISU 1MDB dan duit derma 2.6 billion tidak mungkin akan selesai dan akan terus menjadi misteri buat rakyat negara ini. Kerana kemungkinan besar Peguam Negara akan membuat keputusan bahawa tiada bukti yang mencukupi bagi mendakwa mereka yang pecah amanah.
Kita semua akan ternganga kerana mereka yang terlibat dalam skandal ini akan terus bebas dari sebarang tindakan undang-undang. Sehingga ini pun kredibiliti kerajaan dalam usaha menjalankan siasatan ke akar umbi tidak menyakinkan khalayak. Ada unsur kaberap untuk melindungi individu tertentu.
Apa yang menghairankan kerajaan meminta agar rakyat tidak mempercayai sumber berita dari The Wall Street Journal (WSJ) berkaitan isu 1MDB.
Tetapi WSJ terus menerus secara konsisten menerbitkan laporan salah laku urus niaga 1MDB. Ia tersebar seluruh dunia. Kerajaan tidak pun mengambil sebarang tindakan undang-undang bagi membersihkan imejnya yang tercemar. Kerajaan kata akan ambil tindakan. Namun sampai sekarang habuk pun tarak !
Bolehkah rakyat mempercayai dan menyakini segala jawaban kerajaan dalam menghadapi isu ini. Sudah tentu tidak. WSJ kelihatan lebih mempunyai kredibiliti dalam soal ini. Malah kerajaan berada dalam keadaan defisit dari sudut keyakinan orang ramai.
Kalau ini berlaku di Singapura, WSJ dah lama kena tindakan saman malu dan ganti rugi. Apakah pemimpin negara kita tidak ada teloq kot ? Kita hanya berdegar-degar umum dalam siasatan....dalam siasatan. Tetapi semua masuk angin keluar asap.
Apakah benar dalam kes ini ada cubaan kalangan tertentu untuk kaberap semuanya. Dan mahu kelihatan semuanya seolah tiada apa yang salah berlaku ?
Rakyat dah mula buka mata dan buka telinga dan mulai bijak menyaring segala maklumat antara yang benar dan palsu. Zaman kerajaan tahu segala-galanya sudah berakhir.
Lebih menakjubkan adalah kenyataan Ketua Penerangan Umno, Mat Maslan bahawa pilihan raya lambat lagi. Masih ada banyak masa lagi dan sebagainya.
Kalau beginilah sikap pemimpin tinggi dalam parti bagi menghadapi rakyat dalam PRU14, nampaknya Umno akan kehilangan banyak kerusi yang dikuasainya. Kini Umno mempunyai 88 kerusi di Parlimen. Tidak mustahil ia akan menang hanya 50 kerusi pada PRU akan datang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan