Kepala Bapok pernah menyatakan keyakinan betapa Umno dan BN akan menang majoriti dua pertiga di Parlimen pada Pru14 ini.
Apakah dia benar yakin atau sekadar melepaskan peluru kosong? Seperti dia memberikan angka-angka mengenai ekonomi negara - peratus itu naik, ini naik sedangkan rakyat dibawah menghadapi keperitan memikul kos kehidupan harian.
Ibarat berkata dan memberi gambaran sesuatu namun pada hakikatnya adalah berlainan apa yang sebenarnya berlaku.
Apa yang berlaku pada Felda, MARA, Tabung Haji dan lain-lain berkaitan isu rasuah dan penyelewengan adalah tidak masuk akal orang-orang melayu masih mahu bergantung pada Umno.
Ketiga institusi tersebut yang menjadi lambang kemegahan dan kemajuan orang melayu kini seolah dikhianati oleh mereka yang diamanahkan mengurusnya. Terbaru isu penipuan tanah Felda di jalan Semarak yang bernilai RM270 juta.
Isu rasuah dan penyelewengan semakin parah. Dalam Umno sendiri sudah tidak ada check and balance sehingga semua menjadi tukang angguk dan Yes men!
Sudah sampai masa semua pemimpin yang ada hari ini ditukar. Negara dan rakyat berhak mendapat kerajaan dan pemimpin yang lebih baik dan berkualiti.
Dan ini boleh dilakukan pada Pru14 ini. Memang tidak masuk akal sekiranya majoriti rakyat masih mahu mengekalkan kerajaan yang terang korup dan tidak amanah untuk lima tahun lagi.
Rakyat berhak mendapat kerajaan baru dan mengheret para pengkhianat dan perasuah ke muka pengadilan.
Sudah cukup rakyat telah dimonyetkan dengan bermacam slogan dan mulut manis pemimpin yang mementingkan diri dan kelompok.
Kali ini rakyat tidak akan lagi terpengaruh dengan ungkapan emosi demi bangsa, agama dan negara semata-mata untuk mendapat undi. Malah menggunakan perkataan "Allah" sekalipun tidak akan menyelamatkan mereka lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan