Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil memberi peringatan pada orang-orang melayu sama ada memilih Najib Razak menerajui negara ini atau membiarkan "Maharaja" Lim berkuasa penuh dalam Pru14 ini.
Maharaja Lim yang dimaksudkannya ialah pemimpin DAP, Lim Kit Siang. Tambahnya lagi, sekiranya orang melayu dan Islam ingin terus dimartabatkan maka mereka perlu memilih Najib.
Ertinya, hanya dua pilihan, pilih Najib (kerajaan) atau Maharaja Lim (pembangkang).
Umno sentiasa memainkan isu sekiranya Umno tumbang maka DAP Cina lah yang berkuasa di Putrajaya.
DAP sentiasa menjadi modal pada Umno bagi menakut-nakutkan orang-orang melayu betapa mereka akan kehilangan segala-galanya di tanahair mereka sendiri sekiranya Umno kehilangan kuasa.
Sebenarnya dua pilihan yang disebut Ketua Wanita itu tidak betul dan mengelirukan. Yang sebenarnya dua pilihan itu bukan antara Najib atau Lim Kit Siang. Tetapi adalah antara Najib (kerajaan) atau Dr Mahathir (pembangkang).
Kerana Dr Mahathir adalah calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan memenangi Pru14 akan datang. Kit Siang bukan calon PM.
Umno tahu dengan mengaitkan nama DAP dan Lim Kit Siang, mereka dapat mempengaruhi pengundi melayu agar tidak menyokong pembangkang.
Umno cukup faham sekiranya diberi pilihan antara Najib atau Dr Mahathir maka orang melayu akan berbelah bagi dan seimbang dalam membuat pilihan.
Justeru itu digambarkan bahawa DAP lebih berkuasa dalam Pakatan Harapan dan Dr Mahathir hanya menjadi kuda tunggangan DAP.
Mereka yang low IQ dan "slow learners" (pinjam istilah Ku Nan) sahaja yang percaya tohmahan Umno itu.
Sepanjang 22 tahun menjadi PM, Dr Mahathir telah membuktikan dia tidak mudah diperalatkan oleh sesiapa termasuk kuasa besar seperti Amerika, Russia atau China. Sebab itulah dia lantang bersuara di arena antarabangsa dalam memperjuangkan kepentingan dunia ketiga dan sedang membangun.
Dalam era pentadbirannya, PM Australlia, Paul Keating dan PM Singapura, Lee Kuan Yew terpaksa memohon maaf pada negara dalam isu hubungan diplomatik.
Inikan Lim Kit Siang, hanya tokoh pembangkang tempatan. Dr Mahathir bukan tokoh politik setaraf Kit Siang apa lagi sama level dengan Najib.
Terbukti lagi sehingga kini kekuatan hujah dan sanggahan (rebuttal) Dr Mahathir dalam banyak isu negara tidak dapat disanggah Najib dengan menyakinkan rakyat.
Banyak hujah dan sanggahan Najib bertaraf remeh temeh dan tidak matang seperti mengungkit soal keturunan dan sebagainya. Isu sebenar tidak dijawab dan disanggah.
Inilah yang digeruni Umno terhadap pengaruh Dr Mahathir dalam Pru14 ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan