Ahad, 21 April 2013

Putrajaya : Husam bawa isu remeh

CALON Pas di Putrajaya, Datuk Husam Musa belum apa-apa lagi sudah mengaku kalah bila dia membuat kenyataan pada Harakah Daily; sekiranya kalah dia akan terus membuka pusat khidmatnya selama enam bulan bagi membantu menyelesaikan masalah dan rungutan yang dihadapi penduduk Putrajaya.
Husam Musa

Husam juga berjanji akan menyelesaikan masalah tidak cukup parking dan lain-lain yang remeh temeh. Nampaknya, Husam tidak ada isu dan agenda besar yang ingin diperjuangkannya. Ini dapat difahami kerana Umno dan BN melalui wakilnya, Tengku Adnan Tengku Mansor telah melakukan yang terbaik untuk
Putrajaya.

Sekiranya ada beberapa kelemahan kecil yang disentuh Husam berkaitan dengan prasarana dan kemudahan untuk penduduk di situ tentunya ia boleh diperbaiki dan dipertingkatkan. Isu-isu remeh yang ditimbulkan Husam tidak memberi alasan kuat pada para pengundi Putrajaya untuk bertukar angin.

Ini ditambah lagi dengan rekod Husam selaku exco Kelantan yang bertanggungjawab hal ehwal Kewangan dan Ekonomi negeri tidak menunjukkan sebarang kejayaan. Banyak projek yang digembar-gemburkan hanya tinggal batu nisan dan janji kosong.

Segala projek yang dijanjikannya di negeri itu hanya tinggal tahi. Sekarang dia cuba buat tahi pula di Putrajaya. Justeru itu Husam sendiri melalui kenyataannya menyedari peluangnya untuk menewaskan Tengku Adnan adalah tipis sekali.

Langkahnya bertanding juga di kerusi DUN Salor membuktikan dia tidak begitu yakin menang di Putrajaya. Oleh itu nyawanya dalam politik masih ada kerana peluangnya di Salor lebih baik berbanding kerusi Putrajaya.

Apa yang merunsingkan Husam sekarang ialah adanya beberapa bekas rakan rapatnya termasuk blogger, Kickdefella yang pernah bersamanya dahulu akan turut berkempen di Putrajaya bagi mendedahkan kepada para pengundi siapa sebenarnya Husam.

Ini termasuklah segala urusan berkaitan projek membabitkan Husam yang menemui kegagalan. Mereka tahu banyak perkara kerana terlibat sama.

Di Kelantan, Husam boleh kelentong tok guru Nik Aziz Nik Mat yang memang tidak tahu apa-apa tentang pentadbiran dan pengurusan kewangan. Begitu juga dengan para penyokong Pas yang menyokongnya secara membuta tuli.

Di Putrajaya yang sebahagian besarnya terdiri dari kakitangan awam kerajaan, mereka lebih bijak memilih dan menilai seseorang pemimpin atau wakil rakyatnya. Mereka bukan boleh dibodoh-bodohkan dengan segala retorik dan janji yang tidak akan tertunai.

Sekiranya Husam bertanding di Putrajaya hanya sekadar mahu menyelesaikan masalah parking dan hal-hal remeh yang lain dia sepatutnya selesaikan dahulu masalah sebegitu di Kota Bharu dahulu. Sudah 22 tahun Pas memerintah Kelantan, apa ideanya bagi mengurangkan segala masalah tersebut.

Sehingga kini baik Husam mahu pun para pemimpin tertinggi Pas belum lagi mengeluarkan kenyataan secara rasmi bahawa mereka tidak akan melelong Putrajaya sekiranya ditakdir mereka berkuasa kelak seperti mana pernah dijanjikan mantan Presidennya pada 1990an.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan