Gelang Patah adalah kubu kuat BN sejak 1959 - pilihan raya pertama. Kawasan ini setiap kali pilihan raya akan diwakili calon MCA. Majoriti pengundinya adalah kaum Cina yang jumlahnya lebih 52 peratus.
Datuk Abdul Ghani |
Lim Kit Siang yang sering berpindah kawasan untuk bertanding pada awalnya begitu yakin akan menang lebih-lebih lagi ia adalah kawasan majoriti Cina. Seperti biasa ia menonjolkan dirinya sebagai pemimpin kaum Cina yang boleh diharapkan berbanding pemimpin MCA dan Gerakan.
Langkah Kit Siang ke Gelang Patah dari Ipoh Timur sebagai menyambut impian Pakatan Rakyat menawan Putrajaya dalam PRU 13. Negeri Johor yang pesat membangun menjadi sasaran penting DAP selepas berjaya berkuasa di Pulau Pinang.
Walaupun Gelang Patah merupakan kubu kuat BN, namun Kit Siang memberanikan dirinya bertanding di situ kerana ia adalah kawasan majoriti Cina. Dengan politik perkaumannya dia tentu yakin dapat memenangi hati pengundi Cina.
Kit Siang mengira lawannya tentulah datang dari pemimpin kaum Cina juga. Kalau ia bukan pemimpin tertinggi MCA ia sekurang-kurangnya pemimpin kaum Cina di Gelang Patah.
Sekiranya ini berlaku Kit Siang berpeluang besar menang di Gelang Patah seterusnya mencatat sejarah dapat menawan kubu kuat BN sejak 1959 lagi.
Dengan kerjasama politik Umno dan MCA, BN telah membuat keputusan mencalonkan Datuk Abdul Ghani Othman yang telah berjaya melaksanakan tugasnya sebagai Menteri Besar Johor selama 18 tahun.
Pencalonan Datuk Abdul Ghani adalah di luar kebiasaan. Ia mengejutkan sendiri Kit Siang dan Pakatan pembangkang. Inilah pertama kali seorang pemimpin besar Umno bertanding di kawasan majoriti Cina.
Sekiranya peringkat awal peluang Kit Siang untuk menang adalah besar sekali. Tetapi setelah BN meletakkan Menteri Besar Johor itu peluang Kit Siang sudah jadi 50-50.
Lim Kit Siang |
Datuk Ghani pasti mendapat sokongan besar dari kalangan pengundi melayu dan India. Dan kaum Cina pula yang sebelum ini menyokong calon BN akan diuji kesetiaannya pada kerajaan. Apakah mereka mahu terus menikmati proses pembangunan yang berjaya dilaksanakan MB itu selama ini atau tertarik dengan stail politik Kit Siang yang cauvinis ?
Datuk Abdul Ghani tidak akan tertekan dalam pertandingan di Gelang Patah nanti. Kerana dia sudah berjaya melaksanakan tugasnya sebagai MB Johor. Manakala Kit Siang tidak dapat menandingi rekod khidmat cemerlang Datuk Abdul Ghani yang telah berkhidmat pada semua kaum terutamanya kaum Cina di Johor.
Gelang Patah akan menjadi medan uji antara kesetiaan dan sentimen perkauman. Gelang Patah adalah kubu BN. Berdasarkan rekod ianya mustahil boleh jatuh ke tangan pembangkang. Kecuali faktor perkauman memainkan peranan.
Gelang Patah juga akan menjadi gelanggang penentuan buat Kit Siang sama ada karier politiknya berkubur di situ atau sebaliknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan