Inilah pertandingan kali ketiga buat Dr. Haron Din dalam pilihan raya. Dalam dua PRU terdahulu beliau kalah keduanya. Pertamanya pada PRU 11, 2004 beliau tewas pada calon BN, Syed Razlan Syed Putra Jamalullail (adinda Raja Perlis) dengan lebih tiga ribu undi.
Dr. Haron Din |
Pada PRU 12, 2008, Dr. Haron Din dikalahkan lagi oleh calon BN, Ismail Kassim (adik Shahidan Kassim) dengan majoriti tipis 300 undi. Apakah kali ketiga ini beliau akan berjaya dan dipilih para pengundi Arau untuk ke Parlimen ?
Berdasarkan kekalahannya pada 2008 dengan hanya 300 undi kemungkinan besar kali ini beliau mempunyai harapan terpilih menjadi wakil di Parlimen dalam percubaannya kali ketiga berturut-turut.
Sebenarnya pada PRU 10 tahun 1999, Dr. Haron Din telah dicalonkan oleh parti Pas bertanding di Kubang Pasu, Kedah menentang mantan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ia telah menjadi tumpuan besar seluruh negara kerana melibatkan dua tokoh besar yang secara kebetulan bergelar Dokter. Satu itu dokter perubatan dan satu lagi dokter bomoh air jampi.
Namun pertandingan itu tidak menjadi kenyataan. Dr. Haron telah menarik diri di saat-saat akhir disebabkan masalah teknikal. Khabarnya, beliau telah menjadi penjamin pada seseorang yang sedang menghadapi tindakan mahkamah ekoran soal pinjaman bank.
Justeru itu Pas telah menggantikannya dengan mencalonkan bekas wartawan veteran Subky Latif bagi menentang Dr. Mahathir di Kubang Pasu. Ketika itu Subky adalah anggota AJK Pas Pusat merangkap Ketua Penerangan.
Subky Latif |
Bagi Dr. Mahathir dan BN khususnya amat kecewa penarikan diri Dr Haron itu. Pada BN calon pengganti, Subky Latif bukanlah lawan yang seimbang. Dan Subky pula boleh dianggap sebagai calon bidan terjun Pas. Kesediaan Subky bertanding juga lebih ke arah mencari publisiti peribadi bagi menghadapi seorang tokoh besar dan negarawan.
Akhirnya Dr. Mahathir menang mudah dengan kelebihan majoriti yang besar. Penyertaan Subky hanya sebagai pelengkap syarat pertandingan.
Subky Latif juga mencatat sejarah sebagai bekas wartawan yang kalah dalam semua pertandingan yang disertainya. Bermula sejak 1982 beliau mewakili Pas di Parlimen Kemaman, Parit Buntar dan Gunung Semanggol, Perak. Semuanya tewas pada calon BN. Dan juga dalam satu pilihan raya kecil di Pelabuhan Kelang, Subky dikalahkan oleh calon MIC, V. Govindaraj.
P/S : Kejayaan Dr. Haron Din ke Parlimen merunsingkan calon PM Pakatan Rakyat,
Datuk Seri Anwar Ibrahim - ulasan posting akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan