Presiden Umno, Zahid Hamidi mencabar semua Menteri Umno dalam kabinet meletakkan jawatan selepas Umno membuat keputusan memutuskan kerjasama dengan Bersatu pimpinan PM Muhyiddin Yassin.
Tidak sampai 24 jam, Pengarah Pilihanraya Umno dan wakil rakyat dari Pasir Menyalak, Tajuddin Abdul Rahman yang juga orang kuat Presiden parti, berkata dia tidak akan meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi GLC sehinggalah tamat tempoh darurat Ogos ini.
Cabaran Zahid agar semua Menteri Umno letak jawatan melibatkan juga semua pemimpin Umno yang dilantik menjadi pengerusi GLC.
Cabaran Zahid sebenarnya berpunca rasa marahnya terhadap Annuar Musa, Menteri Wilayah Persekutuan, yang begitu lantang bersuara menegur kepimpinan parti.
Sehingga kini tidak berlaku perletakkan jawatan para menteri Umno dalam kabinet.
Nampaknya mereka tidak ambil pot cabaran Presiden parti mereka iaitu Zahid.
Malah orang kuat Zahid iaitu Tajuddin Rahman pun tidak ambil pot. Dia pun menegaskan tidak akan melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Prasarana
Inilah kedudukan Presiden Umno sekarang yang semua orang tidak ambil peduli apa yang dia cakap. Seorang Presiden parti yang tidak berpengaruh dan tidak mampu menguasai parti.
Tetapi Zahid dalam ucapan sebagai Presiden Umno dalam PAU berikrar mahu menjadikan Umno sebagai parti dominan dalam Pru 15.
Lebih hebat lagi dia kata Umno perlu menang lebih dua pertiga agar Umno boleh laksanakan undang -undang syariah di negara ini.
Hmmm.... Saya kira Zahid masih berkhayal dan bermimpi. Saya ingin tegaskan (saya telah catatkan banyak kali dalam blog ini) bahawa selagi Zahid Hamidi terus pegang jawatan Presiden Umno, selama itulah Umno akan kekal sebagai parti Wak Dogol dan tidak berpengaruh. Jauh sekali sebagai parti dominan.
Umno perlu tukar nakhoda dan ketua kapal sekiranya mereka mahu menjadi parti terkuat dalam Pru 15 nanti. Zahid atau Wak Jahid bukan orangnya.
Gaya kepimpinan ke laut.
Cakap omputih pun ke laut.
Pendekatan, strategi politik tidak melangkau jauh.
Naik motor enjin besar, tiada tandingan....
Cadangan Menteri Umno dalam kabinet, Khairy Jamaluddin agar Umno mengadakan pemilihan jawatan parti secepat mungkin adalah satu pukulan maut pada Zahid yang beria-ria mahu semua menteri Umno meletakkan jawatan.
Saya tidak fikir Zahid berani menyahut cadangan Khairy tersebut. Menurut Khairy itu sahaja jalan keluar kemelut pimpinan Zahid dalam Umno kini.
Namun belum apa-apa lagi Najib Bossku telah menolak cadangan Khairy itu dengan alasan ia boleh melemahkan parti.
Tetapi bossku tidak sabar mahu Pru15 segera diadakan. Ia tidak melemahkan kedudukan negara pula ketika pandemik Covid 19 mengancam nyawa.
Itulah bossku dan Wak Jahid yang menteri Umno panggil kluster mahkamah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan