Presiden Umno, Zahid Hamidi dan bekas Presiden, Najib Razak mahu PRU 15 diadakan segera. Mereka tidak sanggup lagi berada dibawah kuasa parti Bersatu pimpinan Muhyiddin Yassin.
Najib dalam ucapan mesyuarat Umno Bahagian Pekan, menegaskan Umno mesti memimpin bukan dipimpin. Ertinya, Umno mesti didepan berkuasa dan menguasai bukan berada dibelakang dan dibawah Bersatu.
Hubungan Umno dan Bersatu kini hanya menunggu masa untuk meletup.
Ini kemungkinan membuka laluan kerajaan Muhyiddin bakal jatuh atau PRU 15 diadakan segera.
Zahid dan Najib tidak boleh menunggu sehingga 2023 untuk PRU 15 diadakan. Kerana sekiranya itu yang berlaku kes mahkamah mereka berdua telah selesai dan kemungkinan besar mereka sudah dihukum bersalah dan dipenjarakan.
Oleh itu PRU 15 mesti disegerakan paling lewat bulan Mac hingga April. Kerana ketika itu perbicaraan kes mungkin belum selesai.
Namun Najib telah kalah dalam kes SRC. Dia dihukum penjara 12 tahun dan denda rm210 juta. Kini dalam proses rayuan. Tetapi Najib masih ada lagi dua kes yang masih belum dibicarakan.
Masa berjalan pantas. Sekiranya tunggu hingga 2023, maka kedudukan Najib bertambah sulit.
Kes Zahid sendiri baru berjalan diperingkat awal.
Politik di Malaysia adalah siapa yang berkuasa dia lah yang akan menentukan segalanya.
Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara dan diampunkan setelah Umno tumbang dalam PRU14.
Begitu juga kes Lim Guan Eng yang dibebaskan dari kes rasuah setelah Umno tersungkur dan Pakatan Harapan berkuasa dan melantik bekas peguamnya Tommy Thomas sebagai Peguam Negara .
Dan bila kerajaan PH tumbang, kes Guan Eng dibicarakan semula.
Rakyat pun konpius. Tetapi itu yang berlaku. Nampaknya kerajaan yang berkuasa mempunyai banyak pengaruh menentukan sesuatu pendakwaan dan segala yang berkaitan dengannya.
Saya sendiri bukan lah ahli parti Bersatu. Dan tidak nampak masa depan parti itu pada masa hadapan. Sudah lah berkuasa sekarang dengan nyawa -nyawa ikan. Kalau ada dua tiga ekor katak melompat habis lah kerajaan rebah.
Sekiranya tunggu PRU15 tidak tahu bagaimana nasib parti itu kerana sokongan dan ahli akar umbi langsung tidak ada. Buktinya hendak mengadakan mesyuarat bahagian pun sukar. Yang ada hanya kuasa diperingkat menteri kabinet .
Namun Umno terutama sekali Najib tidak boleh salahkan parti Bersatu. Kerana lahir dan wujudnya parti Bersatu berpunca dari Najib juga.
Kalau tidak timbul skandal 1MDB, Muhyiddin tidak dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan ahli Umno. Begitu juga dengan Mukhriz dan Shafie Apdal. Mereka semua dipecat hanya kerana bercakap isu 1MDB.
Kerana Najib, 1MDB dan Jho Low maka tertubuhnya parti Bersatu. Disebabkan ketiga faktor itu juga semua pembangkang bersatu dibawah pimpinan Tun Mahathir bersama Anwar menjatuhkan Umno dalam PRU 14 yang paling bersejarah.
Sekiranya dahulu Najib berundur dan memberi laluan pada Muhyiddin, masalah semua selesai. Mahathir dan Anwar pun mungkin tidak bekerjasama. Bersatu pun tidak wujud.
Tetapi ahli-ahli Umno lebih pentingkan Najib dari kepentingan parti. Sekarang apa jadi? Semuanya dah jadi tahi.
Selepas Umno tumbang apakah perubahan atau reformasi dilakukan dalam parti?? Yilek....
Tidak ada apa apa hanya laungan bosku, bohku, bosskurrr....
Dan kini Umno mahu menghadapi PRU15 dengan muka yang sama yang mencalit arang dimuka dan telah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa dengan isu skandal rasuah terbesar dalam sejarah. Sehingga Umno hilang kuasa kerananya.
Masihkah ingat apa kata Pengerusi Penasihat Jemaah Umno, Tengku Razaleigh Hamzah baru-baru ini bahawa adanya Zahid dan Najib dalam parti ibarat seperti "cacat" .
Ini bukan saya cakap. Ini kenyataan Ku Li sebagai Pengerusi Penasihat Jemaah Umno. Kata Ku Li lagi, Umno perlu pemimpin yang muda dan baru bagi mengembalikan aura Umno sebagai parti Melayu tertua, berjasa dan bermaruah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan