Saya sampai sekarang tidak faham kenapa ahli-ahli Umno masih mahu pertahankan Wak Jahid sebagai Presiden parti.
Sudah banyak bukti Wak Jahid tidak kompeten, tidak ada kualiti dan tidak mampu menjadi kepala. Jadi ekor boleh lah.
Tambah lagi dia sedang menghadapi kes 47 pertuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.
Umno mahu ke mana? Selagi ahli-ahli Umno tidak berani melakukan perubahan dan reformasi dalam pucuk pimpinan parti, maka Umno akan terus dipandang hina oleh parti-parti lain dan kaca mata rakyat.
Umno masih tidak mahu belajar dari kesilapan semasa Najib Razak dan akibat bala yang menimpa parti itu pada PRU 14 lalu.
Nampaknya ahli-ahli Umno lembab dan lambat mempelajari apa yang telah menimpa parti sehingga seolah lupa diri dan mementingkan perut masing-masing.
Umno bukan lagi parti keramat. Umno kini hanya untuk kumpulan atau geng mengejar jawatan dan harta.
Kalau begini seterusnya Umno akan pupus dan menjadi parti pembangkang kini dan selamanya.
Salah satu perubahan yang mesti dilakukan Umno demi survival parti adalah turunkan Zahid dari jawatan Presiden parti dan jauhkan parti dari masalah Najib. Ini dua perkara pokok dan asas.
Zahid dan Najib, biarkan mereka tumpukan kes mahkamah masing-masing sehingga nama mereka dibersihkan. Tidak usahlah mengheret parti terpalit dengan kes peribadi mereka.
Sekiranya mereka tidak bersalah, mereka boleh kembali aktif dalam parti. Itu cara orang sayangkan parti dari pentingkan hal peribadi.
Umno punyai ramai lagi pemimpin yang berkebolehan menerajui parti. Contoh Timbalan Presiden parti Mohamad Hasan, Hishamuddin Tun Hussein dan Khairy Jamaluddin.
Ahli Umno perlu berani dan berterus terang dan ada sikap insaf dan sedar diri apa yang telah menimpa parti pada PRU14 lalu.
Pokok persoalannya, apakah yang Umno inginkan??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan