Sebelum PRU14 Dr Mahathir sanggup ke mahkamah bertemu Anwar Ibrahim yang masih dalam penjara Sungai Buloh semata-mata ingin bekerjasama menjatuhkan rejim kleptokrasi.
Hasilnya mereka mengenepikan perbezaan pegangan politik mereka dan bersatu dalam satu pakatan bagi menghadapi PRU14.
Dan langkah dan tindakan mereka berdua berjaya sehingga mengejutkan dunia bila buat pertama kali dalam sejarah negara parti Umno hilang kuasa sebagai kerajaan pusat.
Namun kehebatan dan sanjungan dari dalam dan luar negeri pada kedua tokoh tersebut hanya dapat bertahan selama 22 bulan.
Kalau sebelum ini Mahathir dan Anwar dapat bekerjasama dan melupakan peristiwa pahit antara mereka kini suasananya sudah terbalik.
Kini mereka saling mencurigai dan sindir menyindir secara terbuka. Ini lah antara punca utama kerajaan yang ditubuhkan sesudah PRU14 tumbang begitu mudah. Dan tentunya banyak lagi faktor-faktor lain yang mempengaruhinya.
Sikap curiga dan saling tidak percaya antara mereka berdua membawa hingga ke hari ini yang menjadi batu penghalang usaha PH mengembalikan mandat rakyat pada PRU14 lalu.
Dr Mahathir juga melampau dalam hal ini. Dia boleh buat kenyataan terbuka bahawa Anwar gila hendak jadi Perdana Menteri. Dan sikapnya yang suka berdolak-dalik mengenai masa penyerahan kuasa pada Anwar. Sekejap dia kata selepas dua tahun. Sekejap tiga tahun. Sekejap dia kata soal tersebut terserah padanya. Dia berkuasa sepenuhnya menentukan bila ia akan berlaku.
Tidakkah ini menyinggung Anwar dan menimbulkan kemarahan para ahli PKR?
Dan hari ini Anwar secara terus terang dia tidak percayakan lagi Dr Mahathir.
Ini susulan cadangan dari DAP dan Amanah agar Dr Mahathir menjadi PM dan Anwar sebagai TPM dalam usaha mengambilalih Putrajaya dari Perikatan Nasional.
Saya kira dalam soal memecah kebuntuan siapa PM dan siapa TPM, adalah munasabah Dr Mahathir memberi laluan pada Anwar sebagai PM. Itu pun sekiranya Dr Mahathir serius dan bersungguh-sungguh mahu menjatuhkan kerajaan pintu belakang pimpinan Tan Sri Muhyiddin.
Apa lagi yang dia mahu? Pegang jawatan PM ke 4 selama 22 tahun. PM ke 7 selama 22 bulan. Selepas itu jadi interim PM lagi. Dah pulak letak jawatan pula sebagai PM ke 7.
Masih tidak cukupkah? Cadangan agar Dr Mahathir pegang jawatan selama 6 bulan kemudian serah pada Anwar memang tidak masuk akal.
Lebih masuk akal dan menasabah ialah Dr Mahathir perlu beri laluan dan sokongan penuh pada Anwar sebagai calon PM ke 9.
Itu sahaja penyelesaiannya bagi merungkai kekusutan hubungan Mahathir - Anwar demi mengembalikan mandat rakyat dalam PRU14.
Semuanya terletak pada Dr Mahathir sekiranya dia ikhlas tidak mahu melihat rejim kleptokrasi kembali berkuasa.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan