Rabu, 10 Oktober 2018

Umno Salah Tidak Bertanding di PRK Port Dickson

Pemimpin Umno di Port Dickson telah menyeru para ahli partinya yang seramai 13,000 orang keluar mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)  pada 13 Oktober ini.

Dia juga menyarankan agar mereka bebas mengundi calon-calon yang bertanding. Asalkan calon itu berkhidmat demi kebaikan bangsa dan negara.

Umno tidak bertanding dan meletakkan calon di PRK ini kerana membantah alasan ia diadakan.

Pun begitu bukan semua ahli Umno menerima keputusan parti yang tidak mahu bertanding.

Namun itulah keputusan muktamad yang ambil Presiden parti Zahid Hamidi.

Apakah keputusan Umno tidak bertanding itu betul?


Yang jelas ia telah menjejaskan imej Umno dan merendahkan kedudukannya sebagai parti yang sering melaungkan "Hidup Melayu".

Dan yang terpenting menjadikan Umno sebagai parti yang tidak relevan pada suasana semasa lebih-lebih lagi selepas kejatuhan pada PRU 14 Mei lalu.

Buktinya 13,000 ahli Umno di Port Dickson terkapai-kapai seperti anak ayam kehilangan ibu. Mereka seperti tidak mempunyai maruah kerana parti tidak meletakkan calon.

Mereka diberi pilihan memilih dan mengundi calon PH Anwar Ibrahim, calon Pas dan lima lagi calon Bebas.

Mereka ahli Umno kelihatan seperti orang bodoh dan bengong kerana pemimpin yang membuat keputusan itu pun bodoh dan bengong sama.

13,000 ahli bukan jumlah yang sikit.

Umno dilihat hanya mahu kembali berkuasa melalui pintu belakang dan mengharap ihsan parti lain bagi mengembalikan mereka ke Putrajaya.

Itulah sahaja mimpi dan harapan Umno selepas tsunami 9 Mei lalu.

Mereka masih bermimpi dan berkhayal dan tidak mahu menerima realiti Umno semakin tidak relevan.

Umno hanya mahu menyertai kelab parti Pas Pis Pus...

Sepatutnya Umno turut sama bertanding bagi menguji apakah rakyat masih bersamanya. Bukan hanya retorik dengan slogan melayu dan bangsa bagi meraih simpati rakyat.

PRK Port Dickson adalah medan yang sesuai bagi Umno membuktikan ia masih relevan dalam politik tanahair.

Umno telah persiakan peluang itu dan menjadikan para ahlinya tidak bermaruah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan