Khamis, 10 September 2015

Tan Sri Muhyiddin Yassin Mesti Berani

MAJLIS Tertinggi Umno mengadakan mesyuarat pertama kalinya selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Ia tertangguh sebelum ini bagi meredakan ketegangan ekoran pemecatan itu.

Selepas mesyuarat kelihatan tiada apa yang besar berlaku. Najib menyatakan Muhyiddin tetap akan terus bersama dan setia dengan Umno. Begitu juga kedudukan Datuk Seri Shafie Apdal yang turut dipecat dari kabinet. Ertinya kedua tokoh ini Timbalan Presiden dan Naib Presiden akan terus bersama Presiden.

Najib dan Muhyiddin...reda sementara waktu

Sebelum dipecat dari kabinet Muhyiddin dan Shafie lantang mengkritik secara terbuka isu 1MDB dan duit derma RM2.6 billion yang dimasukkan ke dalam akaun Najib.

Tetapi lihat pada suasana selepas mesyuarat MT Umno itu semua pihak seolah berkompromi menyapu semua isu yang timbul itu dibawah permaidani - sekurang-kurangnya untuk sementara waktu.

Muhyiddin sering berkata beliau adalah ahli Umno tulen. Terbaru beliau kata beliau adalah ahli Umno totok.

Tidak pasti apakah langkah politik Muhyiddin seterusnya. Dia perlu sedar dia adalah Timbalan Presiden parti. Ertinya dia adalah orang nombor 2 parti. Dia ada peranan dan tanggungjawab besar pada para ahli.

Muhyiddin perlu tegas dan jelas dalam segala tindakan dan pendiriannya. Buat masa sekarang mesej dari langkah Muhyiddin itu agak kabur dan berbelit-belit.

Satu masa dia mengkritik Presiden secara terbuka. Satu masa lain dia berkata akan bersama membantu Presiden. Apakah Muhyiddin masih sayangkan jawatannya dalam parti ?

Sekiranya dia mahu membantu Presiden bermakna sikapnya sebelum ini telah tersilap langkah. Dan dia menyesal. Tetapi jika dia mahu menjalankan tugasnya sebagai ahli Umno tulen dan totok seperti diucapnya dia perlu berani bertindak tanpa rasa takut hilang jawatan nombor dua parti.

Dalam konteks ini Muhyiddin mesti jelas apa yang betul untuk parti dan kehendak ahli terutama dari akar umbi.

Muhyiddin melambai tangan pada para penyokongnya selepas mesyuarat MT

Apa yang jelas selepas mesyuarat MT Umno itu Najib telah berjaya menguasai keadaan dalam parti. Dia boleh dianggap sebagai pemenang dalam isu pemecatan Muhyiddin itu.Sekurang-kurangnya Najib telah berjaya meredakan ketegangan.

Namun perlu diingat Najib akan pastikan Zahid Komedi bakal mengisi jawatan Timbalan Presiden parti. Dengan suasana dalam parti begini, Muhyiddin tidak akan mampu mempertahan jawatannya sebagai orang nombor dua parti.

Walaupun sebagai Timbalan Presiden parti, Muhyiddin telah kehilangan kuasa dan segala kemudahan untuk bergerak dalam parti. Sedangkan Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri mempunyai kuasa penuh dan mutlak untuk bergerak berkempen dan sebagainya.

Sejarah lalu membuktikan ketika Tun Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri tetapi kekal sebagai Timbalan Presiden Umno tidak mampu mempertahan jawatannya bila bertanding menentang Tun Ghafar Baba bagi jawatan Timbalan Presiden parti.

Muhyiddin perlu menentukan kedudukannya. Dia sayang parti atau jawatannya sekarang ?

Kalau dia sayang jawatannya dia akan menerima nasib seperti Tun Musa Hitam.

Kalau dia sayang parti dia perlu melakukan sesuatu dengan tidak membiarkan Presiden menguasai keadaan. Dia perlu bertindak sebelum PRU 14. Kerana selepas PRU 14, sekiranya Najib masih berkuasa beliau bukan lagi Timbalan Presiden Umno.


Rabu, 2 September 2015

Perdana Menteri telah mencemar imej negara

Kumpulan anti rasuah antarabangsa desak Malaysia jelaskan derma AS$700 juta

Presiden Transparency International, Jose Ugaz berkata komitmen Malaysia untuk membasmi rasuah tidak boleh dianggap serius selagi tiada penjelasan diberikan terhadap dana yang dipindahkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 2 September, 2015.Presiden Transparency International, Jose Ugaz berkata komitmen Malaysia untuk membasmi rasuah tidak boleh dianggap serius selagi tiada penjelasan diberikan terhadap dana yang dipindahkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 2 September, 2015.Malaysia perlu memberikan jawapan terhadap dana berjumlah AS$700 juta (RM2.6 bilion) yang dipindahkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Transparency International dalam persidangan anti rasuah di Putrajaya, hari ini.
Presidennya, Jose Ugaz berkata komitmen Malaysia untuk membasmi rasuah tidak boleh dianggap serius selagi tiada penjelasan diberikan terhadap dana berkenaan.
"Kita mahu melihat lebih banyak perkembangan, tetapi ia tidak mungkin berlaku ketika soalan mengenai AS$700 juta yang dimasukkan ke dalam akaun perdana menteri belum dijawab," kata Ugaiz.
Beliau berkata demikian pada acara pembukaan rasmi Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) ke-16 di Putrajaya, hari ini.
Perwakilan dari 130 negara yang berada di dalam dewan memberikan tepukan gemuruh terhadap kenyataannya itu.
"Tiada pihak yang berada di Malaysia tidak menyedari dakwaan rasuah ini sejak beberapa bulan lalu dan bagaimana ianya merosakkan negara. 
"Ada krisis rasuah di sini," kata Ugaiz. 
Beliau berkata, dalam tempoh beberapa minggu, peguam negara yang 'kritikal terhadap kerajaan' digantikan, pasukan petugas khas yang menyiasat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) digantung tugas, penyiasat ditangkap dan akhbar digantung. 
"Ini bukan tindakan kerajaan yang menentang rasuah," katanya. 
"Mungkin kita mendengar janji pembaharuan. Bukan ini yang diperlukan ketika ini. Dan janji semata-mata tidak akan mengembalikan kepercayaan dan keyakinan," tambahnya. 
Ugaiz merupakan peguam di Peru dengan sejarah membasmi rasuah dan berkata, hanya 'seorang individu' mampu memberikan jawapan, iaitu Najib. 
Beliau bagaimanapun berkata, jika individu itu enggan ke hadapan, hanya badan penyiasat bebas yang tidak mempunyai kaitan dengan campur tangan politik boleh mencari kebenarannya. 
"Sehingga itu berlaku, tiada dakwaan daripada kerajaan berkenaan anti rasuah akan kredibel," katanya. 
Kuala Lumpur menjadi tuan rumah penganjuran IACC dan Najib akan memberikan ucaptamanya. 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Paul Low berkata beliau menasihati Najib supaya menarik diri daripada merasmikan IACC kerana khuatir keadaan menjadi 'ganas'. 
Persidangan di Putrajaya itu dihadiri lebih 1,000 perwakilan akan tamat Jumaat ini. – 2 September, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kumpulan-anti-rasuah-antarabangsa-desak-malaysia-jelaskan-derma-as700-juta#sthash.qdyfoIPw.dpuf


Komen : Ini adalah satu perkembangan yang amat memalukan rakyat dan negara ini. Pertama; Perdana Menteri tidak hadir untuk merasmikan majlis ini. Ia diwakili oleh menteri Paul Low.

Kedua; Tetamu luar yang hadir pula mengecam negara dan Perdana Menteri kita cara beliau mengendalikan isu skandal 1MDB dan duit RM2.6 billion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Kita menjadi tuan rumah pada persidangan antarabangsa mengenai rasuah dan transparensi tetapi pimpinan negara sendiri kelihatan tidak telus dan cuba "cover up" terhadap isu-isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa diperingkat tertinggi.

Sungguh memalukan ! Lebih memalukan lagi ialah Perdana Menteri kelihatan seperti tiada apa yang berlaku dan terus berusaha mahu kekal berkuasa tanpa mengambil kira apa yang berlaku disekelilingnya.

Malu. Sungguh memalukan !!


Selasa, 1 September 2015

Kamu Semua Di Belakang Kami !!

Ini adalah petikan dari blog Syed Akbar Ali

Saturday Nite Lite

Seorang doktor Yahudi berkata:

'Perubatan di Israel sangat maju. Kami pindahkan buah zakar seorang lelaki pada lelaki lain. Dalam masa 6 minggu lelaki itu boleh mencari kerja'.

Doktor Jerman pula berkata:
'Itu takda apa2. Di Jerman kami ambil sebahagian otak seorang lelaki dan pindah pada lelaki lain. Dalam masa 4 minggu lelaki itu boleh mencari kerja.

Doktor Rusia pula berkata:
Tuan2, kami ambil sebelah jantung seseorang dan letak di dalam dada orang lain dan dalam masa 2 minggu dia pergi mencari kerja.

Doktor Malaysia ketawa:
Kamu semua di belakang kami! 4 tahun yang lalu kami ambil seorang Bugis yang tiada otak, tiada hati dan tiada buah zakar and jadikan dia perdana menteri!

Kini seluruh negara kami mencari kerja!

Bergurau sahaja. Jangan marah ya. 

Komen : Hahaha... nakal la mu Syed !