Ahad, 5 Julai 2015

Antara Dr Mahathir dan Dr Haron Din

MURSYIDUL AM PAS, Dato Dr Haron Din dalam satu majlis agama telah menegur sikap sesetengah orang Islam di negara ini yang mempunyai tabiat "janji melayu" dalam kehidupan mereka seharian. Seperti berjanji tetapi tidak ditepati.

Beliau memberi contoh pengalamannya sendiri bila ada orang berjanji bertemu dengannya, misalnya pukul 2 petang tetapi hanya muncul 3 petang iaitu sejam lewat seperti yang dijanjikan. Begitulah seterusnya ia tidak pernah tepat. Itu dalam konteks masa. Dalam hal-hal lain kehidupan seharian juga sama ia payah menepati sebagaimana janji dimulut.

Dr Haron Din

Dr Haron menambah lagi sikap tidak menepati janji adalah ciri-ciri orang munafik. Beliau menggesa kita berubah perangai pada yang lebih baik kerana Islam mengajar perkara yang baik.

Dr Haron menekan lagi agar masyarakat kita mengambil contoh dan teladan dari bangsa Jepun yang sentiasa menepati masa dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Selain sikap mereka yang tepat pada masa mereka juga tidak membazirkan masa. Beliau kagum dengan akhlak bangsa Jepun dalam perkara menepati masa itu.

Saya tertarik dengan ucapan Dr Haron dan gesaannya agar mengambil teladan dari sikap bangsa Jepun. Kerana orang Jepun bukan beragama Islam. Namun kita boleh mengambil pengajaran dari sifat-sifat positif yang terdapat pada bangsa yang telah maju dan moden itu.

Dalam konteks ini kita perlu menoleh kembali 34 tahun dahulu, Ayahanda Dr Mahathir Mohamad telah pun melaksanakan satu dasar pandang ke Timur. Dasar ini tidak lain hanya mahu mengambil contoh sikap bangsa Jepun untuk diterapkan dalam kehidupan seharian masyarakat kita. 

Ayahanda

Ya, 34 tahun dahulu ketika Ayahanda dalam peringkat awal tempoh sebagai Perdana Menteri. Ramai yang menyokong dasar pandang ke Timur ini malah ramai juga melihat dari sudut negatif. Lebih malang lagi ada orang dari parti Isle menganggap Ayahanda sama seperti Firaun !


Dr Haron bercakap hari ini pada 2015 sedangkan Ayahanda telah membuat satu dasar negara pada 1981 iaitu 34 tahun dahulu. Memang jauh jaraknya itu. Inilah yang dikatakan perbezaan dalam iltizam dan pemikiran.

Namun yang penting sudah ada kesedaran dan keinsafan dalam usaha memperbaiki sifat-sifat negatif bangsa dalam usaha memertabatkan bangsa dan agama. Tidak mengapalah kalau telah ketinggalan keretapi sedikit !


1 ulasan:

  1. Seronok dengar citer Harun Din bermimpi jumpa nabi.

    BalasPadam