Chelsea catat sejarah
PASUKAN pilihan Barcelona akhirnya tumbang ditempat sendiri bila seri 2-2 dengan Chelsea dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala Juara-Juara.
Dalam perlawanan pertama di Stamford Bridge, Chelsea menang 1-0.
Pemain Barca yang paling sedih dengan kekalahan ini ialah penyerang Lionel Messi. Pada ketika Barca sedang mendahului 2-1 - mereka dihadiahkan sepakan penalti. Tendangan penalti Messi terkena palang gol yang sepatutnya memberi peluang pada mereka mendahului 3-1.
Dengan gagalnya sepakan penalti itu, permainan Barcelona bertambah tertekan. Ini tambah pula dengan Chelsea yang bermain 10 orang setelah John Terry dibuang padang. Barca hampir menguasai keseluruhan permainan tetapi gagal menembusi benteng pertahanan Chelsea.
Prestasi Chelsea pula diluar jangkaan; bermain dengan 10 pemain mereka begitu disiplin dan fokus sepanjang perlawanan. Boleh dikatakan hampir semua pemain turun bertahan di kawasan kotak penalti. Dan ini menambah kesukaran para pemain Barca mencari ruang ke arah pintu gol.
Pada ketika kedudukan 2-1 dan perlawanan hampir tamat, Fernando Torres yang masuk menggantikan Didier Drogbha telah memusnahkan impian Barca dan penyokongnya dengan jaringan pada minit ke 90.
Kejayaan Chelsea ini adalah sesuatu yang dinantikan pemiliknya Roman Abramovich dan penyokongnya setelah kedudukan pasukan itu terumbang ambing dan gagal meraih sebarang kejayaan. Orang yang paling gembira tentunya, Roberto di Matteo, "Interim Manager" yang mengambilalih tugas Andre Villas Boas yang dipecat. Dengan kejayaan ini Roberto kemungkinan akan dilantik secara kekal sebagai pengurus Chelsea.
Begitu juga buat Fernando Torres yang mana prestasinya tidak menentu sebelum ini akan menyimpan kenangan manis sebagai penjaring gol kemenangan dan seterusnya mencatat sejarah buat Chelsea dalam Liga Juara-Juara.
Rabu, 25 April 2012
Isnin, 23 April 2012
Terkenang Suharto
Rakyat masih mengingatinya
PRESIDEN Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono semakin tidak popular di kalangan majoriti rakyat. Masalah korupsi dalam pentadbiran kerajaan semakin parah dari pandangan umum.
Langkah kerajaan memotong subsidi dan menaikkan harga minyak telah membangkitkan lagi kemarahan rakyat yang telah pun marah dengan kepimpinan Susilo.
Susilo adalah Presiden ke enam republik itu selepas Megawati Sukarnoputeri. Pada mula pentadbirannya, Susilo begitu popular dan berjaya menarik sokongan sebahagian besar rakyat. Kini popularitinya semakin menurun akibat masalah rasuah yang masih menyelubungi kerajaan pimpinannya.
Selepas Suharto jatuh di era reformasi dan kebangkitan rakyat republik itu telah mengalami banyak pembaharuan dan perubahan. Tidak dinafikan banyak berlaku pembaikan. Namun kebanyakan rakyat kini terkenang kembali zaman Suharto. Walaupun semasa beliau sebagai Presiden imejnya dianggap sebagai seorang diktaktor, namun beliau berjaya mengangkat martabat dan maruah Indonesia di mata dunia. Beliau juga berjaya mengekalkan kestabilan negara dan disegani kuasa-kuasa luar.
B.J. Habibi, penggantinya tidak dapat bertahan lama dan tidak berkemampuan mengekalkan imej dan reputasi Indonesia seperti masa Suharto. Timor Timur yang menjadi sebahagian wilayah Indonesia terpaksa dilepaskan. Habibi tunduk pada tekanan antarabangsa agar diadakan pungutan suara bagi menentukan masa depan wilayah itu.
Selepas Habibi muncul Abdurrahman Wahid, pemimpin Nahdatul Ulama menjadi calon Presiden. Abdurrahman yang cacat penglihatan jelas tidak mampu membawa Indonesia ke tahap lebih tinggi sebagaimana harapan besar rakyat. Beliau hanya mencatat sejarah sebagai Presiden Indonesia yang paling banyak dan kerap ke luar negara; walaupun jangka masa pemerintahannya singkat.
Setelah Abdurrahman digantikan dengan Naib Presiden, Megawati Sukarnoputeri, Indonesia terus kehilangan punca mencari seorang pemimpin yang karismatik dan kuat. Megawati juga gagal seperti Habibi dan Abdurrahman.
Maka muncul Susilo Bambang yang kelihatan menyakinkan dan penuh harapan. Pada awalnya Susilo tidak mengecewakan dan memberi harapan seluruh rakyat republik itu yang memerlukan seorang Presiden sekuat Sukarno dan Suharto.
Namun masalah korupsi yang tenat dan sukar diperangi dalam pentadbirannya telah memberi imej negatif terhadap Susilo di mata rakyat terbanyak. Dengan lain-lain masalah dalaman dan reputasi Indonesia di arena antarabangsa tidak sehebat zaman Suharto. Rakyat kini mula mempersoalkan dan mempertikaikan kredibiliti Susilo sebagai Presiden.
Mereka mula bercakap dan mengenang zaman Suharto yang dianggap lebih baik berbanding zaman sesudahnya. Suharto tidak sempurna dan banyak kelemahan, namun para penggantinya tidak sehebat Suharto dalam mentadbir dan menerajui republik itu.
Suharto bukan sahaja dikenang rakyatnya, tetapi juga turut dirasai jiran serumpunnya, Malaysia. Di bawah Suharto kedua negara serumpun telah menjalin hubungan begitu erat dan akrab ibarat "cubit peha kanan sakit peha kiri." Kini hubungan kedua negara mengalami pasang surut yang tidak menentu bukan seperti era beliau yang harmoni dan konsisten.
Malaysia juga terhutang budi dengan Suharto yang memainkan peranan penting menamatkan konfrontasi terhadap negara ini satu masa dahulu.

Ahad, 22 April 2012
Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir
Bukan tokoh penting
LANGKAHNYA keluar dari Umno tidak memberi kesan besar pada parti. Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir bukan pemimpin besar dalam parti dan negara.
Dalam Umno jawatan paling tinggi dipegangnya hanya Ahli Majlis Tertinggi. Dia bukan pemimpin Pemuda Umno dan tidak pernah bertanding pun untuk jawatan Naib Presiden.
Bukan kerana dia tidak ingin bertanding dalam jawatan tertinggi itu, tetapi sebenarnya dia tidak layak. Ertinya, Tan Sri Kadir bukanlah pemimpin parti yang terlibat dalam membuat dasar dan keputusan penting parti.
Dalam kabinet Tun Dr. Mahathir Mohamad dia dilantik menjadi Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Dan semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi dia adalah Menteri Penerangan. Itulah sahaja dua jawatan tertinggi yang dipegangnya sepanjang berada dalam kerajaan.
Semasa Umno berpecah dua kumpulan antara Team A dan Team B; Tan Sri Kadir berada di dalam Team B bersama Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Musa Hitam menentang Dr. Mahathir dan Ghafar Baba yang mengetuai Team A.
Kali ini dia bersama Tengku Razaleigh lagi dalam pertubuhan Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) sebuah badan yang separuh hidup dan separuh mati. Dalam Amanah Tan Sri Kadir adalah Timbalan pada Tengku Razaleigh yang memegang jawatan Pengerusinya.
Yang menariknya, Timbalan sudah pun keluar dari Umno tetapi Pengerusinya belum lagi ! Seorang di dalam dan seorang lagi di luar; walaupun nada mereka berdua adalah sama terhadap Umno.
Dalam politik Tengku Razaleigh lebih berpengaruh dari Kadir. Setakat Kadir yang keluar Umno ia tidak memberi kesan apa-apa pada parti. Dia kini boleh mengecam apa saja tentang Umno - parti yang telah memberi nikmat padanya sepanjang karier sebagai ahli politik.
Sabtu, 21 April 2012
Mahkamah masih bebas
Tidak dipengaruhi kerajaan
DATUK Seri Anwar Ibrahim dan para pemimpin pembangkang sentiasa meragui kebebasan mahkamah dan sistem keadilan di negara ini.
Dari dahulu hingga sekarang mereka tetap beranggapan para hakim akan menyebelahi dan mengikut telunjuk kerajaan. Ertinya, hakim, mahkamah dan sistem perundangan negara ini telah dikuasai oleh pihak eksekutif.
Dalam kes liwat 2, Datuk Seri Anwar telah melakukan beberapa permohonan agar hakim yang mengendalikan kes tersebut digugurkan dan diganti dengan hakim yang lain. Ini dibuat kerana beliau tidak yakin bahawa hakim tersebut akan bersikap adil terhadapnya.
Namun diakhir perbicaraan dalam kes liwat 2, beliau dibebaskan di atas faktor bukti tidak mencukupi. Tetapi setelah keputusan mahkamah dan beliau dibebaskan tidak ada pun sungutan dan kecaman seperti kedengaran di awalnya. Tidak ada yang buruk tentang hakim dan mahkamah setelah beliau bebas mahu pun dari pemimpin tertinggi pembangkang hingga pada para pengikutnya.
Begitu juga dalam kes liwat pertama dahulu yang melibatkan Azizan Abu Bakar. Sayugia diingatkan Datuk Seri Anwar masuk penjara Sungai Buloh selama enam tahun dahulu adalah bersabit dengan penyalahgunaan kuasa. Dalam kes liwat Azizan Abu Bakar; mahkamah rayuan telah membebaskan beliau berdasarkan sudut teknikal.
Pada hal di awal perbicaraan Anwar, isterinya serta para penyokong telah mempertikai dan meragui kebebasan mahkamah dalam mengendalikan kes tersebut.
Jelaslah segala tanggapan dan persepsi mereka terhadap sistem kehakiman negara adalah tidak benar dan meleset. Inilah trend pembangkang bila sesuatu itu berpihak pada kerajaan maka berbagai tuduhan dilemparkan. Tetapi bila ia berpihak pada pembangkang - mereka hanya mendiamkan diri.
Para pemimpin pembangkang dan pengikutnya tidak pula mengecam sistem kehakiman kononnya tidak adil bila Datuk Seri Anwar dibebaskan dalam kes liwat Saiful Bukhari Azlan.
Dalam semua keputusan hakim dalam kes liwat; mahkamah tidak pernah menolak kejadian itu benar berlaku - namun tidak dapat mensabitkan kesalahan pada tertuduh berdasarkan ianya mengatasi keraguan yang munasabah.

Jumaat, 20 April 2012
Memoir Dr. Mahathir
Anwar tidak sesuai jadi PM
DALAM memoirnya, A Doctor In The House, Tun Dr. Mahathir Mohamad menceritakan hubungan beliau dengan bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn tidaklah begitu rapat dan mesra. Allahyarham Tun Hussein adalah seorang yang tegas dan tidak suka bergurau.
Menurut Dr. Mahathir, beliau tidak tahu sebab Tun Hussein memilihnya sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas Tun Razak meninggal dunia secara mengejut.
Apa yang beliau tahu Tun Razak pernah berpesan pada Tun Hussein agar menemui beliau jika ada masalah.
Ketika menjadi TPM semasa era Hussein Onn, Dr. Mahathir meluahkan betapa beliau kurang dapat kerjasama dari Allahyarham sebagai PM. Banyak idea dan cadangan yang diberikan beliau telah ditolak.
Pada satu ketika beliau berasa berat untuk memberi idea dan cadangan kerana sering ditolak dan tidak mahu hubungannya dengan Tun Hussein sebagai PM menjadi tegang. Lebih penting Dr. Mahathir tidak mahu berlaku sesuatu yang boleh menyekat peluangnya dari menjadi PM menggantikan Tun Hussein.
Justeru itu beliau bersabar dan menyimpan segala idea dan rancangan yang beliau ingin lakukan bagi kemajuan negara. Tambahan pula cara Tun Hussein terlalu berhati-hati dan lambat membuat sesuatu keputusan.
Bila Dr. Mahathir menjadi PM sepanjang 22 tahun beliau mempunyai empat TPM, bermula dengan Tun Musa Hitam, Tun Ghafar Baba, Anwar Ibrahim dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Dari keempat tokoh itu hanya Tun Abdullah berjaya menjadi penggantinya.
Namun dari sudut yang lain dalam empat bekas TPM itu, Anwar Ibrahimlah bekas Timbalannya yang paling berkuasa dan berpengaruh. Selaku Menteri Kewangan, Anwar telah menguasai hampir keseluruhan media cetak dan letronik dalam mengukuhkan kedudukannya dalam parti dan kerajaan.
Bahkan Anwar telah menggunakan media yang beliau kuasai bagi menjatuhkan pemimpin parti yang tidak sehaluan dengannya. Kes bekas Ketua Menteri Melaka dengan seorang pelajar sekolah telah diperbesarkan habis-habisan sehingga pemimpin itu meletakkan jawatan.
Salah satu faktor Tun Ghafar terpaksa berundur dan memberi laluan pada Anwar bagi jawatan Timbalan Presiden parti adalah kerana mainan media yang dikuasai kumpulannya. Malah beliau telah memprojekkan dirinya sambil itu bergerak secara senyap untuk menjatuhkan Dr. Mahathir.
Dr. Mahathir sedar apa yang berlaku, namun beliau tidak mengambil sebarang tindakan kerana percaya beliau mampu menewaskan Anwar jika ada pertandingan jawatan parti. Lagi pun pada satu ketika Dr. Mahathir percaya bahawa Anwar adalah calon penggantinya.
Tetapi semuanya berubah setelah masalah peribadi Anwar terbongkar hasil dari surat Ummi Hafilda. Pada peringkat awal Dr. Mahathir menolak dan tidak percaya di atas segala tuduhan terhadap Anwar. Ia menganggapnya sebagai satu fitnah.
Bagaimanapun, sebelum ini beliau sebagai PM pernah menerima nasihat dari bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar tentang kegiatan sulit Anwar. Nasihat itu pun ditolaknya kerana menganggap ia tidak berasas. Sehingga ada ketika Tun Haniff kecewa kerana beliau tidak ambil serius dengan nasihatnya itu.
Namun setelah Ummi Hafilda bertindak menarik balik suratnya itu, Dr. Mahathir merasakan ada sesuatu yang tidak kena berlaku. Ini mendorongkan beliau untuk menyiasat sendiri bagi mengetahui lebih lanjut dari segala tuduhan yang diterima dari Ummi dan Tun Haniff yang ditolaknya sebelum itu.
Dari perjumpaan dengan beberapa orang saksi yang diatur dan menemubualnya beliau mulai yakin dan percaya segala apa yang berlaku ke atas Timbalannya. Justeru itu Dr. Mahathir membuat keputusan ia perlu membuat sesuatu bagi menyelamatkan negara dari jatuh ke tangan pemimpin yang boleh terdedah pada ugutan pihak asing.
Dan paling utama Anwar Ibrahim bukanlah calon yang sesuai menjadi PM negara ini. Menurut Dr. Mahathir lagi, apa yang berlaku terhadap Anwar adalah berpunca dari dirinya sendiri dan bukan orang lain.

Khamis, 19 April 2012
Datuk Zaid Ibrahim
Calon parlimen Kota Bharu
SEKITAR bandar Kota Bharu kelihatan poster-poster gambar Datuk Zaid Ibrahim terpampang di tiang-tiang letrik dan pokok serta dibeberapa buah jalan utama.
Gambarnya berwarna, bersongkok dan berbaju melayu. Sahlah, Datuk Zaid akan bertanding di kawasan Parlimen Kota Bharu dalam PRU 13 ini.
Kini beliau adalah Presiden parti KITA atau Kesejahteraan Insan Tanahair. KITA adalah parti ketiga disertainya selepas Umno dan PKR.
Beliau mungkin menjadi antara pemimpin politik yang pernah menyertai tiga parti berlainan dalam masa yang singkat. Ternyata beliau tidak dapat menyesuaikan dirinya ketika berada dalam Umno dan PKR. Maka itu dia keluar bagi meneruskan idealismenya dalam politik tanahair.
Imej dan pandangan umum terhadap sikap politik Datuk Zaid ialah beliau bukanlah seorang nasionalis melayu yang tebal atau seorang Islamis ? Penampilan beliau lebih ke arah seorang yang terbuka dan liberal dalam konteks Malaysia yang berbilang kaum.
Justeru itu beliau ditolak Umno dan tidak popular di kalangan pemimpin tertinggi dan ahli akar umbi. Dia keluar PKR pula kerana tidak berpuas hati ketika bertanding menentang Azmin Ali bagi jawatan nombor dua parti yang baginya berlaku ketidakadilan dalam kiraan undi.
Kedudukan Zaid dalam politik tanahair hampir sama dengan nasib Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Dr. Hasan Ali. Tetapi Ibrahim Ali kelihatan lebih menonjol sebagai pejuang melayu melalui Perkasa dengan bersuara lantang dalam apa sahaja isu berkaitan kaum pribumi. Apa kala Dr. Hasan pula melalui Jalur Tiga atau Jati begitu lantang dalam mempertahankan IMR iaitu Islam, Melayu dan Raja.
Sikap dan pendirian Zaid tidak jelas. Dia bukan nasionalis dari sudut ukuran Umno sebagai parti kebangsaan melayu. Dia juga bukan ahli politik haraki. Zaid adalah seorang politikus liberal dan terbuka; sama seperti ahli-ahli politik di barat dan negara maju.
Cita-cita dan idealismenya murni untuk merubah sistem politik di negara ini. Namun hasratnya agak sukar dicapai lantaran politik di negara ini masih dikuasai faktor perkauman dan agama.
Justeru apakah beliau mempunyai harapan menang di Kota Bharu; sebuah negeri majoriti melayu yang kuat berpegang pada tradisi dan pengaruh agama ? Barangkali, kawasan Lembah Kelang atau Bukit Bintang lebih cocok dengan sikap dan pendirian politiknya.
Isnin, 16 April 2012
Dari Ali Ferzat
Kartunis politik Syria
Presiden Syria, Bashar Al Assad ialah antara yang meminati lakaran kartun Ferzat ketika beliau berkhidmat di sebuah akhbar rasmi kerajaan.
Tetapi setelah meletus pemberontakan di Syria, Ferzat turut sama menyertai penentangan terhadap kerajaan Assad di jalan-jalan raya sambil mengedar lukisan kartunnya yang menggambarkan suasana semasa di negara itu. Akibatnya dia telah menjadi mangsa pada orang yang tidak dikenali dengan menyerang dan mencederakan kedua tangannya. Kemudian beliau diberi amaran agar berhenti dari melakar kartunnya yang menyindir dan mengkritik kerajaan.
Setelah mengalami kecederaan di kedua belah tangannya beliau ke Kuwait bagi mendapatkan rawatan. Kini dilaporkan beliau kembali sihat dan ingin kembali melakarkan kartunnya seperti dahulu.
ALI FERZAT adalah kartunis politik Syria yang popular dan digemari seluruh Timur Tengah. Lukisan kartunnya yang mengandungi sindiran dan mesej tidak digemari kebanyakan para pemimpin Arab termasuk Saddam Hussein dan Muammar Gaddafi.
Presiden Syria, Bashar Al Assad ialah antara yang meminati lakaran kartun Ferzat ketika beliau berkhidmat di sebuah akhbar rasmi kerajaan.
Tetapi setelah meletus pemberontakan di Syria, Ferzat turut sama menyertai penentangan terhadap kerajaan Assad di jalan-jalan raya sambil mengedar lukisan kartunnya yang menggambarkan suasana semasa di negara itu. Akibatnya dia telah menjadi mangsa pada orang yang tidak dikenali dengan menyerang dan mencederakan kedua tangannya. Kemudian beliau diberi amaran agar berhenti dari melakar kartunnya yang menyindir dan mengkritik kerajaan.
Setelah mengalami kecederaan di kedua belah tangannya beliau ke Kuwait bagi mendapatkan rawatan. Kini dilaporkan beliau kembali sihat dan ingin kembali melakarkan kartunnya seperti dahulu.
Ali Ferzat mula melukis pada usia 14 tahun -kartunnya tersiar di muka depan akhbar Al Ayyam. Mendapat pendidikan di Universiti Damsyik dalam bidang Seni. Melukis setiap hari di harian Tishreen - sebuah akhbar dikuasai kerajaan.
Setakat ini telah menghasilkan sebanyak 15 ribu karikatur. Pada 1980 telah memenangi hadiah pertama Intergraphic International Festival di Berlin, German. Kartunnya juga pernah tersiar di akhbar Le Monde, Perancis.
Ferzat ialah Ketua Persatuan Kartunis seluruh negara Arab.

Ahad, 15 April 2012
Tun Ghafar Baba
Tokoh Umno perlu dicontohi
HAMPIR semua parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) telah pun siap menyenaraikan nama-nama calon untuk diserahkan pada Datuk Seri Najib Razak sebagai calon dalam pilihan raya umum yang boleh diadakan bila-bila masa dari sekarang.
Seperti yang sering diberi penekanan betapa calon yang terpilih mesti mempunyai kriteria boleh menang.
Masalahnya bila ada yang tidak terpilih akan merajuk dan tidak puas hati. Lebih serius lagi mereka akan bertindak yang boleh merugikan parti. Seperti tidak keluar berkempen dan mensabotaj calon parti sendiri.
Ahli-ahli seperti ini biasanya mempunyai kepentingan diri lebih tinggi dari kepentingan parti. Mereka jenis ini adalah ibarat 'duri dalam daging' dan 'musuh dalam selimut' yang boleh menghancurkan parti.
Seluruh ahli Umno sebagai tunjang BN dan parti-parti komponen lain seharusnya mengambil contoh dan teladan tokoh Umno/BN dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba. Beliau adalah satu-satunya pemimpin yang meletakkan kepentingan parti lebih dari segala kepentingan termasuk dirinya sendiri.
Semasa era Tun Razak; bila Tun Dr. Ismail Abdul Rahman yang ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri meninggal dunia - Tun Razak telah memilih Tun Hussein Onn sebagai penggantinya sedangkan Tun Ghafar adalah Naib Presiden parti yang paling senior.
Sudah menjadi rahsia umum, Tun Ghafar memang mengidam jawatan TPM tersebut. Namun setelah Hussein Onn terpilih - beliau terus setia dan berkhidmat pada parti dan negara. Cuma masa itu beliau tidak menyertai kabinet Tun Razak.
Tun Ghafar adalah satu-satunya Naib Presiden Umno paling lama dari tahun 1969 sehinggalah beliau menjadi Timbalan Presiden Umno menggantikan Tun Musa Hitam. Dr. Mahathir ialah orang yang membawanya kembali dalam kabinet setelah berlaku keretakan hubungan Mahathir-Musa.
Sama ada beliau berada di luar atau di dalam kerajaan, Tun Ghafar terus memainkan peranannya sebagai anggota parti yang setia dalam apa pun situasi. Beliau ketika tanpa sebarang jawatan dalam kabinet kerajaan telah menjadi 'utusan damai' menyelesaikan krisis MCA yang berpecah dua dalam tahun 1980an.
Dan ujian paling besar dalam karier politiknya ialah bila beliau dicabar hebat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden Umno. Pertandingan jawatan tidak berlaku kerana Tun Ghafar telah mengambil langkah berundur memberi laluan pada Datuk Seri Anwar.
Begitu pun setelah berundur dari jawatan nombor dua parti dan kerajaan beliau terus setia dan berkhidmat secara low profile tanpa publisiti. Beliau tidak merajuk atau mengambil apa-apa tindakan yang mencemarkan parti. Walaupun cara beliau 'dipersarakan' sungguh menyedihkan hati, namun beliau tidak bertindak balas mengikut perasaan. Kesetiaannya pada parti cukup tinggi dan mengkagumkan semua ahli.
Ahli-ahli Umno dan parti komponen BN seharusnya mengambil ikhtibar dan teladan dari tokoh ini yang selalu merendah diri dan tidak pernah mementingkan dirinya sendiri.

Blog : Baru genap setahun
Hasil dari kemahuan dan minat
HARI ini 14 April genaplah setahun saya menulis di blog.
Semuanya bermula di atas dorongan dan kemahuan disertakan minat yang kuat dalam bidang penulisan.
Setahun adalah terlalu baru dan diibaratkan masih mentah dan belum matang dalam semua aspek.
Kalau hendak dikira saya agak ketinggalan berbanding orang lain yang telah membina blog mereka empat atau lima tahun dahulu.
Tetapi seperti kata pepatah Inggeris, "It is better late than never." Dari tidak bermula apa-apa, terlewat sedikit pun tidak mengapa. Asalkan apa yang diusahakan menjadi kenyataan.
Saya mula minat menulis sejak berada di sekolah menengah bila sering membaca dan meminati satu halaman dalam akhbar Berita Harian yang ditulis oleh penulis bernama Tan Sri Sheikh Abdullah pada akhir 70an.
Ruangan itu bertajuk "renungan". Ia adalah sebuah kolum yang terbit setiap hari kecuali hari Ahad. Halamannya terletak di bawah sekali dalam muka surat yang sama dengan rencana Pengarang yang terbit setiap hari.
Tan Sri Sheikh Abdullah adalah namanya yang sebenar dan bukan nama samaran seperti penulis-penulis pojok lain. Kolum "renungan" yang ditulisnya boleh dianggap sebagai halaman penulis pojok akhbar tersebut ketika itu.
Apa yang menarik minat saya ialah ruangan ini akan terbit setiap hari tanpa tergendala. Bahan-bahan tulisannya pula pelbagai isu menarik dari hal politik hingga kisah-kisah lucu yang ditulis secara humor. Setiap hari selepas balik dari sekolah bila saya mendapatkan naskah Berita Harian, halaman inilah yang saya baca dulu.
Setelah mengikuti ruangan itu begitu lama barulah saya tahu yang penulisnya, Tan Sri Sheikh Abdullah adalah salah seorang ahli lembaga pengarah New Straits Times (NST).
Pada tahun 1981 bila berlaku pertandingan jawatan Timbalan Presiden Umno antara Tengku Razaleigh Hamzah dan Musa Hitam; syarikat akhbar NST telah mengambil pendirian dengan menyokong Tengku Razaleigh. Manakala akhbar Utusan Melayu mengambil sikap mempertahankan Musa Hitam.
Saya juga masih ingat dalam satu tulisannya, Tan Sri Sheikh telah menyokong Razaleigh dalam pertandingan jawatan no. 2 Umno itu yang akhirnya dimenangi Musa Hitam.
Selepas Razaleigh tewas, ruangan Tan Sri Sheikh yang terbit setiap hari itu pun hilang dan tidak pernah muncul-muncul hingga hari ini. Dan saya tidak pernah terbaca lagi tulisan mahu pun namanya di akhbar-akhbar tempatan.
Oleh kerana ruangannya banyak mempengaruhi saya dalam penulisan dan pembacaan sejak muda, maka saya memberi nama "renungan" pada blog saya sebagai mengingati dan menghargai beliau sebagai seorang penulis pojok yang saya minati.
Saya berharap dapat mengikuti jejak beliau menulis setiap hari tanpa tergendala. Kecualilah sakit atau demam. Di sini saya juga ingin mengambil kesempatan memberi penghargaan pada rakan dan juga bekas Ketua saya semasa di akhbar Mingguan Islam, sdr. Mohd Sayuti Omar (MSO) yang telah memetik empat atau lima tulisan dalam blog saya ini disiarkan dalam akhbar Siasah. Saya cukup gembira dan ucap terima kasih.
Tetapi agak sedikit terkilan kerana ia tidak berlanjutan disebabkan akhbar Siasah telah bertukar haluan dan wajah.

Langgan:
Catatan (Atom)