![]() |
| Keratan akhbar Harian Waspada, 7 Mei 1981 |
Ketika rencana itu ditulis Perdana Menteri, Hussein Onn berada dalam keadaan uzur. Khabar angin bertiup kencang bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Dr Mahathir Mohamad pada masa itu adalah Timbalan Perdana Menteri. Siapa pengganti Hussein Onn tidak menjadi persoalan kerana jelas Dr Mahathir akan mengambil alih jawatan PM seterusnya.
Yang menjadi tumpuan ramai adalah siapa yang akan mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri ?
Saya fokus rencana itu pada tiga calon yang bakal mengisi jawatan tersebut.
Mereka ialah tiga Naib Presiden Umno iaitu Tengku Razaleigh Hamzah, Ghafar Baba dan Musa Hitam.
Dari ketiga Naib Presiden Umno itu Tengku Razaleigh adalah Naib Presiden paling kanan, diikuti Ghafar Baba dan Musa Hitam, Naib Presiden ketiga.
Bila Hussein Onn mengundur diri, Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri merangkap Presiden Umno. Dr Mahathir memecah tradisi parti dengan tidak memilih calon Timbalan Perdana Menteri.
Sebaliknya Dr Mahathir menyerahkan pada para perwakilan Umno menentukan siapa calon Timbalan Perdana Menteri melalui pertandingan jawatan Timbalan Presiden Umno di Perhimpunan Agung Umno.
Akhirnya berlaku pertandingan satu lawan satu antara Tengku Razaleigh dan Musa Hitam. Musa Hitam menang dalam perebutan jawatan itu dengan kelebihan 200 undi dari sejumlah 1,500 para perwakilan Umno seluruh negara.
Tajuk rencana tersebut menggunakan perkataan ' Deputi' menggantikan perkataan Timbalan yang saya gunakan. Bahasa Indonesia gunakan istilah tersebut bagi maksud Timbalan.
Setelah rencana itu tersiar, saya mendapat berbagai respon daripada para pelajar Malaysia di sana yang rata-ratanya lebih senior daripada saya. Ada seorang pegawai di Konsulat Malaysia, di Medan turut memberi reaksi.
.jpeg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan