menjadi juara di Sukan SEA 2009 dan Piala AFF
Suzuki pada 2010 kini K.Rajagopal memikul tugas
menghadapi Piala Asia dan mempertahankan kejuaraan Piala AFF tahun depan.
Rekod Rajagopal sedikit tercalar bila pasukan negara tersingkir di Kelayakan Piala Dunia setelah
tewas ditangan Singapura.
Dalam beberapa perlawanan persahabatan selepas
itu pun tidak menunjukkan sebarang peningkatan.
Harimau tewas dengan pasukan Australia 0-5 dan seri 1-1 dan tewas 2-3 pada pasukan India.
Rajagopal perlu membuat persiapan rapi dari sekarang bagi menghadapi dua kejohanan penting tahun depan. Beliau tidak boleh terlalu banyak bereksperimen dengan mencuba pemain-pemain baru. Malah beliau harus memperkemaskan skuad yang ada.
Prestasi Rajagopal dalam mempertahankan kejuaraan Piala AFF dan Piala Asia adalah penting kerana ia akan menentukan nasib masa depannya sebagai jurulatih negara.
Sekiranya beliau gagal membawa pasukan Harimau mencapai kejayaan sudah tentu kontraknya dengan FAM tidak akan disambung. Misinya tahun depan bakal menentukan nasibnya sebagai jurulatih negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan