Rencana di atas diterbitkan dalam Berita Harian, halaman Sastera dan Budaya pada 1985. Saya mengulas satu ucapan Pak Sako kepada para peserta kursus penulisan anjuran Dewan Persuratan Melayu Pahang. Ucapan Pak Sako itu dilaporkan dalam Berita Harian , di bawah tajuk " Sifat penulis yang mudah angkuh perlu dikikis ".
Pak Sako atau Dr Ishak Haji Muhammad (1909 - 1991) ialah seorang sasterawan, wartawan, nasionalis dan pejuang kemerdekaan yang terkemuka.
Saya ulas ucapan Pak Sako itu panjang lebar dengan menokok tambah dari sudut pandangan saya dari inti ucapannya itu.
Antaranya saya membuat beberapa perbandingan sikap para penulis yang sudah terkenal dengan sikap para penulis muda pada waktu itu. Saya mengaitkan nama Kassim Ahmad bagi menghuraikan sudut pandangan saya dalam rencana tersebut.
Kassim Ahmad (1930 - 2017) ialah seorang penulis, pengarang yang terkenal. Beliau juga seorang ahli falsafah, pemikir intelektual, ahli politik dan penyair. Bukunya yang tersohor, " Hadis Satu Penilaian Semula " telah diharamkan oleh kerajaan.
Selepas rencana tersebut disiarkan saya terkejut dan tidak menyangka bila membaca reaksi Kassim Ahmad dalam Berita Harian, halaman Surat Pembaca. Dalam surat itu beliau meminta saya memberi bukti bilakah dia memandang rendah terhadap para penulis muda.
Di bawah ini adalah keratan Surat Pembaca yang ditulis oleh Kassim Ahmad itu.
![]() |
| Allahyarham Kassim Ahmad |


.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan