Sabtu, 14 November 2026

Perang Iran : Presiden Donald Trump Tidak Ada Pilihan

 Kini sudah memasuki bulan yang kesembilan sejak Amerika melancarkan serangan terhadap Iran. Setelah diserang, Iran telah menutup laluan Selat Hormuz. Sebelum Amerika menyerang Iran, Selat Hormuz adalah laluan antarabangsa yang bebas bagi seluruh kapal-kapal dagang di dunia.

Hingga sekarang Selat Hormuz dikuasai sepenuhnya oleh Iran. Mana-mana kapal yang ingin melalui selat tersebut mestilah meminta izin dari pihak berkuasa Iran terlebih dahulu.

Tindakan Iran ini adalah sebagai satu tindakan balas dan hukuman terhadap Amerika di bawah arahan Presiden Donald Trump menceroboh kedaulatan Iran pada 28 Februari 2026.

Banyak yang menjadi korban dari serangan Amerika itu yang dibantu rejim Israel. Kemuncaknya ialah terkorbannya pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khameini bersama ahli keluarganya. Dan bukan sedikit sejumlah para pemimpin tertinggi tentera Iran turut terkorban.

Yang paling menimbulkan kemarahan masyarakat antarabangsa adalah tindakan tentera Amerika menyerang dan membunuh lebih 160 kanak-kanak sekolah di Minab. Kes ini telah dibawa ke International Criminal Court (ICC) sebagai kes penjenayah perang




Presiden Trump, Setiausaha Negara, Marco Rubio dan Setiausaha Pertahanan, Pete Hegseth sentiasa memberikan naratif pada pihak media dan dunia bahawa Iran telah berjaya dilemahkan dan sebahagian besar kekuatan militer Iran telah dihancurkan. Ertinya, Iran sudah tidak ada kemampuan dan hanya menunggu masa rejim Ayatollah dijatuhkan.

Namun hakikat dan kenyataan sebenar adalah sebaliknya. Iran terus berdiri teguh dengan kekal penguasaannya terhadap Selat Hormuz. Setiap kali serangan Amerika dibalas dengan serangan balas menghancurkan seluruh pangkalan tentera Amerika di Timur Tengah, termasuk Qatar, Kuwait, Bahrain, Jordan dan Arab Saudi.

Para penganalisis militer mentaksir kini seluruh pangkalan tentera Amerika di Timur Tengah telah lumpuh. Bagi menyelamatkan saki baki aset militer dari serangan Iran, Amerika kini sedang memindahkan semua aset dan logistik itu ke wilayah Israel.

Tetapi Presiden Trump sering berkata Amerika telah memenangi perang dengan Iran. Kenyataan Trump itu sering diketawakan oleh masyarakat antarabangsa, malah dipersenda oleh rakyat Amerika sendiri. Mereka bertanya, kalau Amerika telah menang kenapa Iran masih menguasai Selat Hormuz ? 




 

Lebih memalukan adalah permintaan Trump pada negara-negara pakatan NATO bagi membantu memerangi Iran ditolak mentah-mentah. Mereka enggan campurtangan atas alasan perang itu bukan perang pilihan mereka. Dan Trump tidak pernah berbincang sebelum perang dilancarkan terhadap Iran. 

Justeru itu perang dengan Iran ini Trump kelihatan terasing dan hanya bersama Benyamin Netanyahu. Para pemerhati antarabangsa berpendapat Presiden Trump tidak mempunyai jalan keluar atau 'exit plan' dalam kancah perang dengan Iran yang beliau sendiri mulakan.

Trump cuba melakukan rundingan dengan Iran melalui orang tengah namun setakat ini tidak berhasil. Kerana Iran bersikap tegas dan tidak kompromi sedikit pun dalam mempertahankan hak kedaulatannya.  Bagi Iran, Amerika adalah pihak penceroboh dan pihak yang memulakan perang.

Trump dalam keadaan serba salah kerana pihak Amerika gagal dalam beberapa rundingan sebelum ini bagi mencapai persetujuan kedua pihak. Trump juga mempunyai pilihan terbatas melalui operasi ketenteraan kerana para penasihatnya di Pentagon berpendapat risiko besar jika Iran diserang sekali lagi. Kekuatan militer Iran tidak boleh diduga lebih-lebih lagi apa yang telah ditunjukkan Iran dalam menghancurkan seluruh pangkalan tentera Amerika di Bahrain, Kuwait dan Jordan.

Berita terkini Naib Presiden JD Vance sedang berusaha gigih melalui proses diplomasi bagi mencapai persetujuan dengan Iran untuk menamatkan perang sia-sia ini.

Bagaimanapun, Iran seperti biasa tetap tidak berganjak dan meminta Amerika memenuhi tujuh syarat dan permintaan Iran sebelum sebarang rundingan dimulakan. Tanpa memenuhi syarat-syarat ini tiada perundingan akan dijalankan dengan pihak Amerika.

Berikut adalah tujuh tuntutan dan syarat Iran yang perlu dilaksanakan pihak Amerika terlebih dahulu;

1- Menarik balik sekatan ekonomi terhadap Iran.

2- Amerika mesti mengundurkan sejumlah tenteranya di Timur Tengah.

3- Mengaktifkan kembali pengecualian impot minyak Iran yang diberikan pada Jun lalu.

4- Membebaskan dana dan aset Iran yang dibekukan di luar negeri, termasuk dana yang disimpan di Qatar.

5- Menerima secara rasmi laluan baru Selat Hormuz yang ditetapkan oleh Iran dan Oman serta menutup laluan pelayaran lainnya.

6- Menamatkan dan menghentikan seluruh operasi ketenteraan, terutama menghentikan serangan Israel terhadap Lebanon.

dan 7- Menghentikan blokade tentera laut dan maritim Amerika terhadap pelabuhan di Iran.


 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan